Followers

Sunday, November 7, 2010

Caesar Dan Cato.

Julius Caesar - the general,conqueror of Gaul, important writer, great organizer,strategist and military leader,politician, diplomat and heartbreaker, victor who showed clemency to the defeated, steadfast and daringly nonchalant,a man who ceaselessly active and seems never to have known failure, for whom any set-back was merely a prelude to further success, swift and brilliant in action.(Meier

Marcus Porcius Cato - ingenious and quite unconvetional in his tactics and his choice of means, but no strategist; inflexible and sure of his aims, which he himself never doubted and none disputed.(Meier)

Rom menjadi republik setelah Junus Brutus membunuh raja terakhir Rom. Junus Brutus merupakan nenek moyang kepada Brutus yang membunuh Julius Caesar pada Ides of March. Kecintaan rakyat Rom kepada 'kuasa rakyat' dan kebencian mereka kepada tyrant dan raja adalah sangat luar biasa. Mereka bahkan membuat undang-undang sesiapa yang ingin menghidupkan semula sistem beraja akan dihukum bunuh dengan dilontarkan ke Tarpian Rock.

Akhirnya Rom dikuasai oleh para senator yang dipanggil 'Father' dalam sistem demokrasi Rom. Masyarakat Rom terbahagi kepada dua golongan: samada mereka patrician atau plebian. Patrician adalah orang asal Rom, sementara plebian adalah orang yang dinaturalkan untuk menjadi warganegara Rom. Selalunya patrician dianggap golongan aristokrat, sementara plebian adalah orang biasa.

Gaius Julius Caesar merupakan seorang ahli politik Rom yang berasal dari darah Julii dan seorang patrician. Ketika zaman Caesar muncul dalam pentas politik Rom, keluarganya yang dikatakan keturunan Venus sudah tidak penting pada era itu.

Sementara itu, Cato juga merupakan keluarga patrician tetapi keluarga Cato mendominasikan Dewan Senat sejak zaman berzaman. Marcus Porcius Cato(Cato the Younger) iaitu musuh abadi Julius Caesar merupakan model seorang aristokrat Rom sejati. Beliau menjadi senator ketika berumur 35 tahun, senator paling muda dalam sejarah Rom.

Kedua tokoh politik ini merupakan orang yang penting dalam mencorakkan politik Rom hingga berlaku Perang Saudara dan muncul semula sistem beraja dibawah cucu saudara Julius iaitu Augutus Caesar. Caesar dan Cato bagaikan ying dan yang, tapi bertentangan sifat dan cara serta saling tidak melengkapi. Jika Caesar putih, Cato pula hitamnya.

Dalam buku penulis biografi Julius Caesar, Christian Meier membuat perbandingan antara Cato dan Cesar melalui penilaian Sallust, seorang ahli sejarah Rom yang sezaman dengan mereka. Ini perbandingannya:

"In his discussion of this occasion, Sallust compares and contrasts Caesar and Cato.In many ways they were almost equals - in lineage, age, eloquence, greatness of mind(magnitido animi) and fame. Caesar was deemed great because of his public gifts and generosity, Cato because of his blameless life. The one was famed for his clemency and compassion, the other for his severity. Caesar won fame through giving, helping and forgiving, Cato was wasting nothing. In the one the poor found refuge, in the other the wicked found ruin. The one was praised for his lightness and flexibelity, the other for his unshakable firmness." - Caesar; Christian Meier.

Sebenarnya, kedua tokoh ini mewakili dua realiti dunia Rom yang berbeza. Republik Rom sudah corrupted, pemusatan kuasa terlalu kuat kepada para senator yang akan sewenang-wenang membuat undang-undang bagi melindungi kepentingan mereka. 

Caesar sebagai outsider(outsider maknanya bukan senator) merasai denyut dan nadi rakyat. Walaupun beliau seorang bangsawan(optimate) namun Caesar sangat rapat dengan golongan bawahan dan memahami aspirasi mereka.Caesar tahu masyarakat Rom yang membenci tyrant telah diekploit oleh para senator atas nama 'suara rakyat'. Jika dulu rakyat ditindas oleh raja, sekarang oleh para senator.

Caesar seorang reformist, sanggup menukar dan mengenepikan mana-mana undang-undang dan konvesyen yang baginya tidak sesuai dengan zaman. Sementara Cato pula sangat percaya setiap inci tradisi mesti dipertahankan dan tidak boleh berganjak dari ijmak senator dan tradisi terdahulu. Di sini bermula 'clash of personality' dua orang kuat Rom ini.

Caesar tahu beliau seorang tidak akan mampu menentang para senator yang sangat berpengaruh. Cato pula memang sangat popular dikalangan senator, dan kata-katanya sering mempengaruhi keputusan Senat. Oleh kerana Caesar sedar beliau tidak mampu berseorang dalam menangani Senat Rom, Caesar membuat pact dengan Pompey dan Crassus. Pakatan ini dinamakan First Triumvirate.

Pompey merupakan seorang general yang berjaya. Ketika berusia 20an beliau sudah mengalahkan lanun-lanun di Mithridates dan mengalahkan pemberontakan Spartacus. Kejayaan ini membuatkan beliau dikenali dengan nama Magnus Pompey atau Pompey the Great. Seperti Caesar, Pompey juga tidak menyenangi para senator.

Crassus pula seorang yang paling kaya di Rom. Di Rom tidak ada siapa yang mampu menandingi kekayaan Crassus. Antara rahsia kejayaan politik Caesar adalah wang Crassus. Namun kedua mereka - Crassus dan Pompey - tidak secekap Caesar dari segi politik.

Pakatan First Triumvirate ini musnah apabila Crassus terbunuh ketika ekspedisi di Parthia. Sementara itu Pompey yang mengahwini anak Caesar, Julia mula merasa kurang senang dengan kemasyuran Caesar yang berjaya menakluk Gaul satu persatu. Kematian Julia ketika melahirkan anak dan kematian Crassus pada waktu yang sama menyebabkan Pompey berjaya di'goda' oleh Cato bagi menyebelahi para Senator.

Pada 49BC, Perang Saudara meletus antara Julius Caesar dan Pompey. Caesar akhirnya berjaya mengalahkan Pompey dan mengakhiri Republik Rom. Beliau telah menjadi Diktator seumur hidup dan banyak membuat reformasi pada zamannya. 

Cato pula telah membunuh diri di Munda kerana tidak mahu ditawan oleh Caesar. Kematian Cato bererti berakhirnya era kegemilangan senator dan republik Rom.Cato adalah republikan Rom. Sementara Caesar adalah pemula era Pax Romana.





6 comments:

oRang kAmpong said...

Wan buku sejarah kwn ilang anyut dek banjir.xp klu xsilap kwn deme berdua ni homosex dak.xsemestinya nak jd the great leader kena homosex wan.aok jgn gitu ah.ari dah mlm ni kwn kat Singapore ngan drebar je ni.xp aok xsah bimbanglah wan kwn normal.wlwmcmmne pun tujuan aok a very good artikel.kwn klu pandai omputih ada terpikir gak artikel ni.aok memang cekaplah wan tabik spring dr oRang kAmpong tuk aok.teh tarik satuuu.

sri tribuana said...

salam org kampung,

kwn nak kenal sangat awk ni, comform org kampung kwn ni... ish3 tak adil deme kenal ke kawan, kwn tak tahu sapa deme ni...
Tapi tak apa lah, erm mmg ada sejarahwan mengatakan caesar homoseks tetapi ketika mudanya sebelum dia famous.. biseksual sangat normal di Rom dan Greek ketika itu.. bukti mengatakan Caesar homoseks juga tidak kukuh, seperti hadis palsu, mungkin ditulis oleh musuh2nya...
Cato comform lelaki sejati kerana sifat dia yg bermoral. Cato sangat berprinsip.

Apa yg saya nak utara kat sini, kedua pemimpin ini mengingatkan saya kpd Mahathir dan Ku Li. Mahathir seperti Caesar, optimis dan pragmatik sementara Ku Li tradisionalis dan mementingkan prinsip dan moral.. masyarakat selalu diminta memilih, kalau ikut saya, saya mahu kedua-dua jenis ahli politik ini utk bergabung dan saling melengkapi...

Anonymous said...

Salam.Ikut Mahathir ke Ku Li ke kwn tak kisah asal jgn ikut Bro Anwar huhu

Anonymous said...

orang mecam mana pun perlu hadir utk menyatakan yang hak dan batil.

dunia penuh tipu daya dan kerap kita terbatal, di ulangi...

sejarah mengajar kita kepada yang hak dan yang batil

kerana Mhammad dicipta Allah...Alhamdillah!

Anonymous said...

Anwaar kata liwat sedap sangat cubalah keh..keh..keh..

Blog wzwh kena liwat ke lakar je hhuhu

Anonymous said...

bilalah malaysia nak jadi macam negara scandinavia di mana rakyat yang memastikan pemimpin menjalankan tugas mereka, tidak hanya taksub dengan kuasa dan aura ...