Followers

Monday, November 8, 2010

Kebebasan Bersuara Untuk Semua.

Pembangkang sering melaungkan kebebasan bersuara. Mereka sering menuduh kerajaan tidak demokratik, tidak terbuka dan tidak transparent. Sebenarnya, pembangkang mengamalkan sistem double standard. Tidak mengapa jika mereka mengkritik tetapi mereka tidak boleh dikritik.

Ketua de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menerima saranan Dr. Asri yang minta beliau berundur dari kancah politik. Maka melompatlah pencacai beliau mempertahankan DSAI. Begitu juga dengan saranan Zulkifli Nordin yang minta DSAI kembali ke pangkal jalan dari segi politik. Seperti yang kita jangka, pengikut Anwar yang fanatik akan mengecam kedua tokoh berkenaan.

Dalam blog Datuk Seri Anwar memuatkan tulisan Dr. Muhamad Nur Manuty yang bertajuk Menyanggah Tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Dr. Asri bersuara atas manifestasi ketakutan pemerintah dengan fenomena kebangkitan rakyat.

Sudah menjadi pengetahuan umum, bagi PR mana-mana pihak yang tidak bersekongkol dengan mereka akan dituduh talibarut kerajaan. Perkara ini dijawab oleh Dr. Asri dalam Minda Tajadid dibawah tajuk Jangan Melenting Jika Anda Melaungkan Freedom of Expression.

Menurut Dr. MAZA:

"Freedom of expression yang dilaungkan oleh sesetengah pihak tidak memberi makna jika hanya mereka setuju suara mereka dan menghalang suara orang lain. Cadangan Dr MAZA tentang DSAI bukanlah pandangan agama, ia sekadar pandangan seorang rakyat dalam satu isu politik yang terbuka."

Terbaru Dr. MAZA membuat posting tentang dinasour politik yang tidak boleh ditegur. Baca sini. Menurut beliau, politik adalah semasa dan memenangi massa 'ketika ini' lebih penting dari brood dengan 'kenangan semalam'. Kita kena akui, budaya samseng, ugut, fanatik dan fasisme memang sedang melanda PKR. Mereka tidak menyuburkan demokrasi, sebaliknya sedang menternak kuku besi.

Pembangkang sering melaungkan bahawa kerajaan tidak telus dan memberi kebebasan. Apabila muncul seorang pemimpin yang lemah dan tidak tahu apa sebenarnya kebebasan, tanpa mengawalnya seperti Tun Abdullah, mereka mengambil kesempatan dengan mewujudkan pertubuhan haram seperti Hindraf. Mereka menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan menghasut rakyat dan memburuk-burukkan negara di luar negeri.

Apabila kritikan dihalakan kepada mereka, dengan cepat mereka cuba menghalang kebenaran dan menyekat kebebasan. Beberapa individu dalam PKR sedar bahawa kebebasan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh PKR hanya dongengan. Beberapa individu dalam PKR juga menjadi masa politik ala samseng seperti kes Rahimi, Saiful Bahari dan sebagainya.

Tun Dr. Mahathir yang dituduh diktator dan kuku besi sebenarnya lebih terbuka. Beliau menolak saranan untuk menyaman Barry Wain yang menulis dan mengkritik kepimpinan beliau dalam Malaysian Maverick. Beliau juga enggan menyaman Barry Wain kerana menurutnya seorang pemimpin perlu berani menerima kritikan.

Mari bandingkan Tun Dr. Mahathir dengan Anwar Ibrahim. Berapa ramai individu yang mengkritik Anwar yang telah disaman oleh Anwar? Ketika beliau menentang Tun Ghapar, Datuk Seri Rafidah Aziz berkecuali dalam mencalonkan samada Anwar atau Tun Ghapar dan ini tidak disenangi oleh Anwar. Berkecuali pun tidak disenangi.

Siapa lagi diktator? Semuanya akan terjawab jika Anwar ditakdirkan mendapat kuasa. Minta dijauhkan Allah.
 





7 comments:

Zaidan said...

I like this post so much! Say no to DSAI

Anonymous said...

Salam Bro.Sebenarnya penyokong PR memang buta hati.Tidak dapat menilai kritikan membina.Bagi mereka semua yg mereka buat saja yang betul manakala apa yg orang lain buat yg dihati mereka sendiri mengakui keberulannya namun tetap mereka kata salah.Memang hati mereka sudah buta

larasdua said...

memang susah nak terima komen kalau orang lain hentam kita. Itu sebab dalam PC ini boleh blok komen orang hihihi.

Anonymous said...

kenapalah orang melayu tak muhasabah diri dan asyik berlawan sesama sendiri?

sri tribuana said...

Salam semua,

Yes Zaidan, say no to DSAI,

saudara anon 12:37,

Anwar sejak dlm ABIM hngga ke UMNO dan sekarang PKR menanam rasa taksub pengikutnya kpd diri Anwar sendiri. Setia buta tuli sgt merbahaya dan menggalakkan diktatorship.

saudara anon 2:12,

erm.... mmg tak ada freedom yg sebenar2nya tapi jgn hipokrit minta org buat kalau sendiri tak boleh buat,

anon 9:00,

nama pun politik, tetapi perbezaan pendapat menguntungkan asalkan kita tidak menggunakan emosi berlebihan.

mata angin said...

I like your writing sir, knoledgible, fact and advance. Should be proceed. Do not imfluence with others. Develope your style dan charismatic. SAY NO TO ANWAAAAAAR ...

sri tribuana said...

Salam mata angin,

Thanks, selamat berkenalan