Kogress PKR sudah berakhir. Banyak yang menarik tentangnya. Antaranya apabila bukan Islam menghuraikan dengan panjang lebar tentang makna Al Quran sedangnkan beliau masih belum beriman dengan ajaran Allah, maka ini antara liberal a'la PKR.
Anwar merupakan anugerah Allah atau 'Godsend' buat rakyat Malaysia., kata Wan Azizah. Saya merasakan, Anwar sendiri yang buat teks ucapan Wan Aziziah itu, dan selain dari isteri memuji suami, comfirm Anwar satu golongan dengan Kkairy Jamaludin - mendapat penyakit narcissus aka syok sendiri.
Paling menarik apabila Wan Azizah minta dihapuskan Ketuanan Melayu dan gantikan dengan ketuanan rakyat. Dengan retorik ini, Wan Azizah berharap seramai 28 juta rakyat Malaysia sebagai rakyat akan menyokong PKR. Jangan terpedaya dengan retorik ini.
Wan Azizah sebenarnya hanya melaungkan semula perjuangan DAP dengan Malaysian Malaysianya. Jika tidak ada Ketuanan Melayu maka hasrat DAP menjadikan Malaysia sebagai Malaysian Malaysia akan mudah tercapai. 'Rakyat' hanya bidak untuk mengumpan Melayu dengan gambit murahan PKR.
Jadi rakyat mana yang hendak diperjuangkan?
Wan Azizah mendakwa Ketuanan Melayu disalahgunakan oleh UMNO untuk membenarkan mereka merompak rakyat atas nama Melayu. Tuduhan yang sama dilemparkan oleh mereka terhadap Dasar Ekonomi Baru sebelum ini.
Mari kita imbasi sejarah.
Dalam Revolusi Perancis, 'rakyat' bangkit sebagai mob dan memaksa raja turun takhta. Kemudian rakyat yang ramai itu tidak boleh memerintah Perancis dan akan melantik 'orang-orang' tertentu untuk menjadi 'kerajaan'. Dan 'orang-orang' tertentu itu yang kononnya dari kalangan rakyat menjadi monster dan menjadi lebih kejam dari raja.
Robbiespiere dan 'Reign of terror' memancung lebih banyak kepala orang Perancis - bersalah atau tidak - atas nama rakyat. 'Gerakan Rakyat' ini akhirnya bertindak lebih zalim dari raja yang mereka gulingkan. Komunis Russia menggulingkan Czar atas nama 'People of Soviet.' Komunis Rusia membunuh dan menzalimi rakyat Rusia lebih zalim dari Czar. Semuanya atas nama rakyat.
Jadi PKR bukan parti pertama menggunakan 'rakyat' sebagai extra value menarik orang ke partinya yang kian hancur. Memang ada segelintir Melayu liberal yang berminat dengan konsep 'sama rata sama rasa' tetapi masih ramai Melayu yang takut mereka kehilangan kuasa.
PKR ingin memberi gambaran mereka perjuang rakyat dan tidak seperti UMNO yang mengenyangkan tembolok masing-masing, tetapi mengapa Ketuanan Melayu menjadi mangsa? Jika ketelusan yang PKR dambakan, mengapa ahli India mereka wiped out kesemuanya dalam pemilihan pucuk pimpinan.
Ketuanan apa dalam PKR sekarang? Bangsa apa Azmin Ali, Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Shaifudin Nasution? Mana kaum minoriti yang mereka perjuangkan?
Jika PKR gagal menghapuskan Ketuanan Melayu atau Malays dominance dalam partinya sendiri kerana majoriti ahli PKR Melayu, dan mereka tidak senang juga melihat kaum lain dominan dalam parti mereka, apa beza PKR dengan UMNO?
Sebenarnya ketuanan rakyat ini hanya retorik untuk meraih sokongan bukan Melayu, dan Melayu liberal. Jika UMNO jaguh ketuanan Melayu, PKR lebih teruk kerana mereka jaguh 'Ketuanan Anwar.'
2 comments:
Wan klu di takdirkan anWAR dptlah jd PM aok rasa siapa hak dier pancung dulu.TDM? Tidak x.BLOGERSLAH.
salam orang kampung,
siapa mangsa Anwar? tentulah org yg x sebulu dgnnya....
saya ingin menjawab komen saudara yang tidak saya publishkan, demi menghormati permintaan saudara.
1. saya tidak kecewa, jauh dari itu kerana sebenarnya life saya getting better and better.
2. oleh kerana 'getting better and better' dan syukur kpd Allah, saya menjadi sibuk.
3. Kesibukan itu boleh jadi penghalang kpd saya untuk menulis sebanyak mungkin kerana saya bukan blogger 'CnP' tetapi menulis sendiri idea saya. Ini memerlukan konsentrasi yang tinggi.
Itu saja.
Post a Comment