Keputusan PMR sudah keluar. Seperti biasa akhbar dan berita perdana akan mengembar gemburkan berapa ramai pelajar yang mendapat A. Tak lama lagi keputusan SPM juga akan keluar, dan seterusnya STPM. Rakyat Malaysia masih dan makin taksub dengan berapa ramai A anak-anak mereka dapat.
Adakah A ini boleh dicerakinkan kepada daya saing mereka nanti apabila mereka memasuki dunia 'realiti'? Berapa ramaikan rakyat Malaysia yang pernah mendapat banyak A akhirnya memenangi Hadiah Nobel, mencipta sesuatu yang baru dan membuka horizon baru kepada umat manusia?
Genius tidak datang dari persekitaran yang 'mendatar'. Genius datang dari persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Kreativiti yang asal dari perkataan 'create' atau mencipta. Dan genius bukan juga orang yang sentiasa betul dalam percubaan mereka untuk melepasi 'uncharted territory'. Mereka sering gagal, mengalami proses 'trial and error', sebelum akhirnya berjaya menyambung 'dot' yang terlepas dari mata kasar manusia.
Ini yang membezakan mereka dengan 'gifted'.
Lihat sistem pendidikan kita. Di peringkat sekolah seluruh tenaga pekerja guru dicurahkan untuk melahirkan seramai mungkin pelajar yang mendapat A. Di universiti juga hampir sama. Akhirnya dimana lahirnya sang genius?
Bill Gates pelajar yang 'tercicir' semasa di Harvard. Albert Einstein gagal memasuki universiti dan hanya lab assistant semasa menemui teori relativitinya. Pencipta laman web sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencipta Facebook ketika isengnya, hanya untuk membalas dendam terhadap bekas teman wanita yang memutuskan hubungan dengannya.
Genius sebenarnya boleh dilahirkan di mana-mana. Apa yang penting mereka perlu diberi kebebasan untuk mencipta dan tidak dilarang dengan sekian banyak taboo(antaranya sekatan 'agama' dan tahyul). Jika Malaysia hanya menyanjung pelajar yang mendapat sekian banyak A tapi tidak menggalakkan kebebasan mereka untuk 'mencipta', akan lahir pula sebahagian ramai 'bekas pelajar mendapat A' tetapi beratur untuk menjadi PTD.
Mereka tidak ada jawapan lain kepada masalah kurang pekerjaan. Tunggu dan tunggu, kerana mereka tidak pandai 'mencipta', tetapi hanya menghafal.
Genius tidak lahir dari orang yang mendapat banyak A. Tidak juga sama sekali dari sekolah pintar seperti Permata tanpa iklim yang menggalakkan kreativiti.
3 comments:
Dasar pendidikan hari ini melahirkan golongan pelajar copy paste yg berjela2 dgn skor A nya. Mana hilangnya golongan pelajar yg menempah nama 9A1 dlm SPM pada tahun 80-an dan 90-an? Apkah kita hanya mampu melahirkan penghafal kitab tanpa sedikitpun melahirkan sang pencipta?
-tenno-
Setakat paper qualification tidak menjamin mereka akan menjadi pekerja yang baik.
Kalaulah hanya paper qualification yang akan berjaya di dalam hidup, dah pasti ramai jutawan dari kalangan graduan.
Kementerian Pelajaran tak reti2 nak berubah...........................
Post a Comment