Mula-mula Isa Samad menang Naib Presiden UMNO, undi tertinggi. Kemudian beliau didapati bersalah, dilucutkan jawatan dalam parti, tidak dibenarkan bertanding dan memegang apa-apa jawatan selama sepenggal. Sebaik habis tempohnya, beliau menjadi calon ADUN Teluk Kemang dan menang besar.
Adakah peluang kedua Isa Samad menerajui GLC ini menunjukkan bahawa Dato' Sri Najib seorang yang pemaaf? Tidak ada siapa yang tidak boleh 'dipulih'kan oleh beliau.
Banyak tekanan yang dikenakan oleh beberapa pihak agar menggugurkan menteri seperti Nor Mohamad Yaakob dan Nazri Tan Sri Aziz, tetapi DSN masih memberi mereka peluang. Dengan terlantiknya Isa Samad menerajui GLC penting ini, adakah bermakna desas desus Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri akan menjadi kenyataan?
Seperti yang pernah ditulis oleh Dato' Ariff Sabri, blogger Sakmongkol AK47, Dato' Najib, seperti bapanya Tun Razak, boleh menerima kesalahan-kesalahan orang disekelilingnya dan memberi peluang kedua kepada mereka. Menurut Sakmongkol, Tun Razak tahu beberapa pegawainya berfahaman kiri aka komunis tetapi masih mengekalkan mereka.
Namun dalam jangka pemerintahannya yang pendek, Tun Razak berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia dan masih dianggap salah seorang negawan ulung yang Malaysia pernah ada. Adakah Dato' Sri Najib akan mengalami perkara yang sama?
Melantik Isa Samad menerajui Felda dan memberi peluang kedua kepadanya berbeza dengan Khairy Jamaludin. Khairy didapati bersalah, seperti Isa tetapi ketika itu Tun Abdullah masih PM, jawatankuasa disiplin tidak menghukum Khairy dengan sewajar. Beliau diberi amaran keras, dibenar bertanding dan menang.
Irregularity yang menaungi Khairy sepanjang kareer mentuanya ini yang tidak disenangi rakyat. Belum diambil kira lagi campurtangan KJ dalam menentukan calon, ahli kabinet dan beberapa deal khazanah yang merugikan Malaysia yang dibrokerkan oleh KJ. Dan sebenarnya beliau masih tidak menerima sebarang hukuman, malah bebas menerajui sayap Pemuda.
Sebaliknya, Isa sudah menjalani hukumannya, sudah di 'pulih' dan di 'putih'kan dan sewajar beliau diterima. KJ merupakan liability kepada BN, dan sewajarnya beliau kekal begitu jika Dato' Sri Najib ingin nama BN sebagai jenama yang semakin diterima kini.
7 comments:
kj terlalu cepat memegang kuasa..itulah yang orang marah..siapa kj ini sebenarnya? sebelum paklah menjadi PM, tiada siapapun pernah mendengar namanya.
selepas paklah jadi PM, barulah wujudnya makhluk bernama kj ni. malah kejatuhan umno juga disebabkan oleh makhluk ni.
asalam,
sama-sama kita membantu Tan Sri Isa Samad dalam azamnya "mahu mencapai apa yang dimatlamatkan kerajaan ketika menubuhkan Felda"
terima kasih dan wasalam. izinkan saya paparkan artikel tuan di blog saya untuk rujukan dan bacaan..
selain dari terlalu cepat mmgang kuasa..kerosakkan yg dilakukan oleh kj pon terlalu cepat masa dia berkuasa..so..aku harap dia blah dr umno..
KJ tidak matang.
Dia juga yang muda2 sudah nak kenakan orang tua Isa Samad.
Biar dia mampus lagi baik. Masih baru dah besar kepala.
Anwar tak macam tu masa dia masuk UMNO. Dia pun buat belakang2. Tak macam KJ.
Kemunduran parti Melayu ini ada sebab yang benar dan ada sebab yang diputarbelit. Namun, sebab yang diputarbelit lebih menguasai perbincangan kerana kepalsuan itu adalah manis untuk ditelan sedangkan kebenaran adalah pahit untuk ditelan. Lumrahlah tuh!
Makanya kebenaran berupa perebutan memuncak antara puak Al-Juburi dan Al-Bossinya yang menjadi titik tolak kejatuhan parti Melayu adalah pahit untuk ditelan oleh pihak yang terkait. Apapun, usah hairan kerana atas kepentingan puak, buat-buat lupa adalah wajib tetapi bukan pilihan.
AntiSpin
Aku tak faham kenapa Mohd Hassan masih kekal. Sudahlah tak dapat 2/3. Aku dan kebanyakan anak Negeri Sembilan masih menyimpan perasaan meluat di atas 'bodekan terlebih' Mohd Hassan terhadap KJ semasa Dol Ah jadi PM dulu. Semoga pengekalan ini boleh menyebabkan rakyat Negeri Sembilan menghukum BN yang masih berdegil tidak mahu mendengar suara akar umbi rakyat!
Salam semua,
saudara zm.azami, terima kasih kerana siarkan artikel saya di blog tuan.
Saudara badut Rakyat, saya dh linkkan blog saudara.
Post a Comment