Zaman Dark Ages di Eropah merupakan zaman orang putih sangat mundur. Faktor utama yang memundurkan mereka adalah kerana pengaruh gereja pada semua aspek kehidupan mereka. Dari sekecil-kecil perkara seperti pakaian, hingga ke pentadbiran yang mana jika seseorang raja Eropah tidak sebulu dengan Vatican, mereka akan di 'excommunicate'kan. Jika ini berlaku dalam dunia Christiandom, semua raja Christian yang lain akan memusuhi raja yang di'excommunicate'kan.
Akibatnya, berlaku perang yang tidak ada kesudahan, bukan hanya antara Christian dengan Islam, tetapi juga antara Chrstian dengan Christian. Eropah ketika itu sangat mundur, tidak ada penggunaan akal yang rasional, penemuan sains hampir pupus dan pemikiran Eropah diselubungi oleh dogma 'ulama' Christian. Fatwa Vatican merupakan agama mereka.
Kemudian muncul zaman Renaissance dan Enlightment. Pemikiran rasioanal dan saintifik mengambil alih pemikiran Eropah. Fine arts muncul di mana-mana, penemuan sainstifik oleh Galileo Galilee dan Corpernicus mengubah corak pemikiran Eropah walau disanggah gereja. Eropah menjadi maju dari segi sains, seni, ketenteraan, politik dan perdagangan apabila meninggalkan agama dan 'ulama-ulama' Christian.
Sekarang Barat jauh lebih maju dari umat Islam dari segala segi. Umat Islam terlalu mendengar pendapat-pendapat diluar Quran. Kononnya hanya golongan tertentu boleh menafsir Quran, dan golongan biasa hanya perlu ikut saja. Apa yang berlaku kepada Christian sudah berlaku kepada umat Islam..
Quran tidak bertentangan dengan pemikiran rasioanal tetapi pemikiran sesetengah ulama bertentangan. Kita menjadi mundur kerana menjadi dogma. Allah dengan jelas menyatakan Allah menurunkan Quran bukan untuk menyusahkan hambaNya. Pemikiran ulama banyak yang menyusahkan ummah dan bertentangan sesama mereka pula.
Quran bukan hanya untuk dibaca dan diperindahkan bacaannya sahaja. Ia merupakan panduan, seperti peta perlu difahami semasak-masaknya jika kita tidak mahu sesat. Learn it by heart. Quran menjanjikan jika umat Islam benar-benar mengikuti panduan yang Allah perturunkan melalui Quran, umat Islam tidak akan sesat, tidak akan keliru. tidak mundur dan tidak miskin. Lihat sekeling dalam dunia Islam, jelas kita sudah keliru dan meninggalkan Quran.
Secara empirical, terbukti kita menjadi mundur kerana kita mendengar terlalu banyak dogma, dan Quran bukan dogma.Sampai masa kita perlu mengikut Quran dan berfikiran rasioanal dan sainstifik yang mana ini sebenarnya ajaran Quran, dan Islamik.
No comments:
Post a Comment