Followers

Thursday, December 30, 2010

Melayu Berpolitik Kerana Sentimen?

Saya nak tergelak membaca posting Anwar Ibrahim bertajuk Mengapa Melayu Berpolitik Mengikut Sentimen?

Satu ketika dulu, saya pernah melabelkan pengikut Anwar dalam reformasi selepas beliau dipecat kerana mengikut sentimen. Bukankah Anwar yang terkenal dengan kebolehan pidato membakar semangat orang itu sebenarnya memainkan sentimen? Sejak bila jaguh retorik tidak menggalakkan sentimen?

Seorang rakan saya, warga Kanada yang bekerja di Malaysia sebelum ekonomi gawat melabelkan Anwar sebagai hanya 'cheerleader'. Ketika beliau melabelkan itu, Anwar berada dipuncak kuasa, dikatakan tokoh Islam paling sempurna yang pernah dilahirkan dan berkarismatik dan dinamik. Tapi rakan saya telah nampak Anwar hanyalah ketua 'pom pom' saja.

Dalam posting berkenaan, beliau mengutuk dasar pengswastaan. Kononnya sejak ia diperkenalkan oleh Tun Mahathir, UMNO bukan berjuang untuk rakyat lagi. Anehnya, beliau merupakan sebahagian anggota kabinet zaman Tun Mahathir ketika era pengswastaan. Tengku Razaleigh yang menentang pengswastaan kalah dengan Tun Mahathir lalu menubuh parti Melayu Semangat 46. Anwar ketika itu penyokong tegar Tun Mahathir. Anwar ingin tipu siapa di sini, mungkin generasi muda tidak tahu namun masih ramai yang ingat.

Benar kata Syed Akhbar Ali, sesuatu yang merungsingkan kita jika Anwar menjadi PM adalah bahagian intelligentnya, belum lagi di ambil kira bahagian intelektualnya.

Tun Mahathir yang telah memodenkan Malaysia dengan begitu pantas, dengan sekelip mata menjadi musuh generasi baru setelah memecat Anwar. Mengapa Anwar tidak menilai kejayaan Tun Mahathir bukan hanya sekadar memodenkan Malaysia, malah menyelamatkan Malaysia dari menjadi hamba IMF?

Anwar hasut rakyat, membawa cerita kekejaman Tun Mahathir kepadanya, antara beliau dipecat tanpa sebab(kita pun tahu sebabnya), mata lebam dan sebagainya. Jadi modal apa yang Anwar gunakan ketika itu kalau bukan sentimen?

Kaum Cina yang mengundi berdasarkan perkiraan 'untung-rugi' telah menyelamatkan kerajaan BN Tun Mahathir pada tahun 1999. Orang Melayu gagal melihat kebenaran Tun Mahathir, kejayaan Tun mengekang IMF dari menerobos menguasai ekonomi Malaysia. Orang Melayu tidak mengundi BN kerana hanya mata lebam, dan 'aniaya' Tun Mahathir kepada Anwar. Siapa yang main sentimen di sini?

Sekarang kebanyakkan orang Melayu sudah bijak. Mereka akan mengundi berdasarkan parti yang menjamin kesejahteraan mereka. Isu mata lebam sudah gagal meraih undi. Buktinya Tun Abdullah mendapat undi paling tinggi tahun 2004, mendapat mandat paling sedikit dalam sejarah pilihanraya Malaysia pada tahun 2008. Pengundi yang hampir sama, kepada kerajaan pimpinan PM yang sama tetapi keputusan yang sangat berlainan.

Ini buktinya generasi muda Melayu juga bukan senang dipengaruhi oleh sentimen 'mata lebam' lagi, Mereka mahu kerajaan yang lebih dari sekadar pemimpin yang memainkan sentimen seperti Anwar Ibrahim.

No comments: