Rasuah merupakan satu wabak yang boleh meruntuhkan tamadun. Rasuah juga merupakan bukan penyakit baru. Sejak bermula tamadun manusia dari empayar Rom hingga kini, rasuah merupakan aktiviti tertua dunia.
Di Malaysia, dan seringkali negara dunia ketiga, amalan rasuah selalunya dianggap berleluasa. Adakah Barat tidak mengamalkan rasuah? Saya meragui mereka tidak melakukan tetapi kesedaran sivik dan 'pemikiran negara maju' mereka dengan 'rules of law' dan sebagainya berjaya mengekang aktiviti itu seperti di negara dunia ke tiga. Lagipun, di Barat pemisahan kuasa mereka benar-benar diikuti tidak seperti di sini yang banyak 'kuasa budi bicara'.
Apabila sesebuah kerajaan berkuasa, rakyat akan bertempik hapuskan rasuah. Dalam survey kebanyakkan rakyat Malaysia menyuarakan keresahan mereka terhadap amalan rasuah di Malaysia. Mereka minta kerajaan bersungguh-sungguh memerangi rasuah.
Tapi hakikatnya, jika Malaysia sudah benar-benar teruk rasuahnya, siapa sebenarnya yang tidak terlibat? Adakah rasuah masih dianggap aktiviti individu atau sebenarnya sudah menjadi penyakit hingga ke tahap institusi?
Kita memang tidak ada data yang komprehensif tentang kegiatan rasuah kerana berbagai sebab. Selalunya rasuah berlaku kerana ada faedah yang terlibat kepada kedua pihak. Kecuali mungkin perangkap yang dibuat oleh pegawai SPRM, amat jarang rasuah yang berlaku antara dua pihak - yang memberi dan menerima - boleh dibuktikan. Ini dilema SPRM.
Dalam politik contohnya, seringkali kita marahkan pemimpin yang memberi wang, dan perwakilan yang menerima wang. Kita kata politik wang merosakkan, tetapi hanya pemimpin yang dihukum dan dicela. Mengapa perwakilan tidak dicela sedangkan mereka juga mendapat faedah dari aktiviti 'memberi dan menerima' ini.
Dan cuba kita fikirkan apa akan jadi kepada negara apabila semua lapisan masyarakat sedikit sebanyak terlibat dalam aktiviti rasuah. Apa jadi jika bukan hanya ahli politik yang rasuah, malah pegawai kerajaan, perniaga kecil dan besar yang terlibat dengan kerajaan, orang awam yang ingin masalah mereka segera diselesaikan dan kebetulan pegawai berkenaan 'perlukan duit kopi' untuk mencepatkan proses, kontraktor bukan hanya kelas A tapi juga kelas F yang mana jika tidak beri, technician akan cari jalan duit kerja susah lulus dan sebagainya. List ini tidak akan ada kesudahannya jika hendak saya bariskan.
Segala ini akan berpilin-pilin bagaikan spiral yang tidak ada mula dan tidak ada akhirnya. Saya cadangkan kerajaan perlu banyak kurangkan red tape dalam urusannya, dan kurangkan kuasa budi bicara kepada pegawai yang menguruskan kepentingan awam.
Saya biasa dengar orang kerajaan marahkan orang politik yang rasuah, tetapi kebanyakkan mereka juga melakukan perkara yang sama dalam urusan yang mereka berkuasa.Begitu juga dengan pegawai sektor awam, untuk mendapatkan projek dan ingin mencepatkan sesuatu, mereka memberi 'imbuhan' tumbuk rusuk.
Jadi kita semua yang anti rasuah ini sebenarnya ingin rasuah dihapuskan tetapi.....
No comments:
Post a Comment