Followers

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010.

Hari ini merupakan hari terakhir 2010. Kebetulan hari ini hari Jumaat. Kebetulan juga kerajaan mengumumkan cuti sempena kemenangan Malaysia sebagai juara Suzuki Cup. Perfect last day of the year.

Kemenangan Malaysia baru-baru ini bukan hanya kemenangan. Lebih dari itu, ia mengangkat self esteem Malaysia yang sudah lama tidak mengecapi 'keagungan'. Seperti kata iklan Maxis, "They didn't just win, they made a nation believe in itself."

Ia juga menyatukan semua kaum di Malaysia. Kita hanya orang Malaysia, dari keturunan mana semua menyokong skuad negara. 1Malaysia yang gagal di Selangor kerana ditolak oleh Ronnie Liu, mendapat tempat di stadium dan mana-mana televisyen yang menayangkan perlawanan itu. Tanpa politik. Tanpa disedari oleh kita semua.

Kita harap, kejayaan pasukan Malaysia penutup kepada 2010 ini bukan pula pengakhiran kegemilangan Malaysia. Kita sudah lama tidak gemilang walaupun dibawah PM yang melancarkan slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'. Yang 'Tak Cemerlang, Gemilang dan Terbilang for the wrong reasons' hanya SIL.

Malaysia pernah setaraf dengan Korea Selatan, bukan tandingan Jepun. Thailand. Indonesia dan Singapura bukan saingan di era Mokhtar Dahari, Santokh Singh dan Sau Chi An.Sementara Korea Selatan dan Jepun sudah melangkah ke World Cup, kita bergelut dengan Timor Leste, sesekali gembira bila berjaya mengalahkan Laos dan Vietnam.

Ini ingatan bahawa kita pernah gemilang, merundum dan baru menanjak naik semula. Jangan terlalu dibuai mimpi kerana masih banyak kerja perlu dilakukan. Tahniah Safee Ali, ada jejak bertapak Supermokh dalam diri anda. The revival of no 10 dalam skuad negara.

Selamat datang 2011.

1 comment:

Mr Sam said...

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia.