Peranan para blogger sudah mula diiktiraf. Sebenarnya sebelum PRU ke 12, blog digunakan sebagai saluran menyampaikan maklumat oleh golongan yang dinafikan oleh media perdana. Tun Abdullah dengan Kallimullah menyekat orang yang tidak setuju dengan dasar mereka dari menyuarakan pendapat mereka dari arus perdana. Tokoh paling besar yang menjadi mangsa ketika itu adalah Tun Dr. Mahathir.
Walaubagaimanapun, pembangkang sudah lama menggunakan blog ini sebagai penyampai maklumat dan propaganda yang berkesan. Seperti kata Datuk Ibrahim Yahya, tidak seperti media konvensional seperti akhbar-akhbar, blog menerobos masuk ke mana sahaja tanpa sekatan.
Baru-baru ini Utusan Malaysia mengeluarkan ranking 100 blogger mengikut traffik paling ramai dikunjungi. Statistik menunjukkan, blogger mesra kerajaan melebihi blogger pembangkang dari segi kunjungan. Penulis artikel berkenaan, Zaini Hassan mengiktiraf blog sebagai media berpengaruh masa kini, malah beliau mengakui lebih berpengaruh jika dibanding dengan akhbar atau media konvensional. Baca sini.
Sementara itu, seorang blogger otai, Braveheart telah mengimbau semula sejarah penubuhan Blogger Pembela Negara yang dilakukan secara sukarela oleh beberapa orang individu yang tidak mempunyai kepentingan politik selain membela kerajaan BN yang mereka yakini dapat menjaga Malaysia dengan lebih baik.
Ada dua artikelnya yang menarik. Artikel pertama dibawah tajuk Pro Kerajaan Menguasai Blog, Mana UMNO Sebenar? dan Mengimbau Kenangan - Blogger Pembela Negara.
Dalam artikel pertama, beliau menyoal peranan UMNO yang sebenar kerana boleh dikatakan selama ini blogger cambah sendiri. UMNO tidak menyediakan kemudahan dan latihan yang intensif dalam menyediakan cyber troopernya. Memang ada sekali sekala usaha tetapi hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. UMB atau Unit Media Baru boleh dikatakan gagal jika di ukur dari segi produktivitinya.
Dalam artikel kedua, beliau bernostalgia sejarah awal penubuhan BPN. Ada antara rakannya sudah menjadi tersohor dan elit, ada yang tercicir, malah ada yang bersara seperti blogger Kumbang. Turut dimuatkan adalah senarai asal ahli BPN serta tarikh mereka mula berblog. Dan mereka melakukannya secara sukarela.
Sejak akhir-akhir ini, nampaknya memang dunia blog diwarnai oleh golongan yang 'menjaga' blogger. Golongan yang 'manjaga' blogger ini bukan usaha UMNO tetapi usaha segelintir orang-orang yang mempunyai kepentingan dan berupaya dari segi kewangan. Ini mewujudkan golongan 'blogger elit' yang menjadi blogger sebagai career. Mereka dibayar. Baca sini.
Seperti politik wang, fenomena ini merosakkan dunia blogosphere dan BPN sendiri sudah hilang keaslian serta lari dari matlamat. Semuanya kerana 'komersialisme'. Fenomena ini juga lambat laun akan memecahkan para blogger yang sepatutnya bersatu dalam hal menyokong kerajaan. Mereka akan berpuak dan berpecah mengikut kehendak 'towkey' mereka.
Orang politik - samada pembangkang atau kerajaan - memang cekap menggunakan apa senjata saja yang mampu membunuh musuh mereka. Senjata ini akan diekspoit sebaik mungkin dan blogger akan berguna - sangat berguna - apabila ia mampu membunuh penghalang mereka.
Tapi ingat jika para blogger tersilap langkah, mereka akan menghadapi masalah hasil dari penulisan mereka. Pertama, kebanyakkan mereka tidak terlatih secara ilmiah kursus kewartawanan kecuali beberapa blogger seperti Syamsul 'Marahku' dan Datuk A. Kadir Jasin sendiri. Kedua kebanyakkan mereka tidak terlatih dari segi perundangan untuk melindungi diri mereka dari saman undang-undang.
Beberapa blogger tersohor seperti Rocky's Bru, A. Kadir Jasin dan Hassan Skodeng sedang menunggu perbicaraan kes-kes saman yang melibatkan blog mereka. Sheikh Kickdefella dan blogger Penarik Baca pernah ditangkap kerana blog mereka. Jika ini berlaku, para blogger tanpa mengira ideologi politik akan melaungkan semangat fraternity mereka sebagai 'fellow blogger'.
Kawan semasa senang mudah dicari, ketika menangis semua lari. Blogger tidak ada siapa yang peduli dimasa jatuh mereka, apa lagi jika mereka sudah tidak berguna politically. Tidak juga dipedulikan oleh 'paymaster' mereka. Blogger hanya akan mencari rakan blogger juga untuk bahu membahu minta sokongan.
Maka bertempiklah kita minta bantuan rakan-rakan blogger yang kita tinggalkan ketika kita menjadi 'elit'. Pada 24 September, di mahkamah seksyen PJ ketika perbicaraan kes saman TNB terhadap Hassan Skodeng, blogger Mahaguru memberitahu Rocky's Bru sampailah masanya blogger-blogger bersatu menentang kezaliman. Katanya: "authorities are not done with intimidating us".
Dan jawapan Rocky adalah: "Yeah, easier said than done. The Malaysian blogosphere is so fragmented, Mahaguru. Divided and ruled by politicians." Untuk ke artikel penuh, klik sini.
Yeah you were so right Datuk Rocky, as you being referred as Penghulu Blogger. Open and read Niccolo Machieavelli's The Prince; you will find this: "Don't put your trust on princes."
Jangan sesekali mempercayai bulat-bulat orang politik - tidak kira parti apapun mereka.
3 comments:
Tersilap Fakta, Ranking pro kerajaan tu dikeluarkan oleh PERAKTODAY, kemudian beberapa hari selepas tu baru Utusan keluarkan fakta tu, yng diambil dari Peraktoday.
Betul, jangan percaya orang pol itik. Mereka lepas tengkuk saja. Sebagai blogger jangan segan silu. Kita jaga Instusi bukan jaga orang. Orang tak betul kita tibai.
terima kasih amigo! besar posting!
Post a Comment