Followers

Monday, November 1, 2010

Kejujuran Sejarah.

 Akibat mengabaikan Sejarah, lihat jawapan soalan asas tentang Malaysia.

Sejarah akan dijadikan matapelajaran wajib lulus bagi SPM. Alhamdulillah. 

Selama 50 tahun pendidikan Malaysia berbuat silap, akhirnya mereka mendapat pertunjuk. Teringat saya pada perpatah Cina: "Masa yang paling elok menanam balak ini adalah 20 tahun yang lalu, dan yang kedua terbaik adalah SEKARANG."

Sebenarnya segala kekalutan yang berlaku kini adalah kerana kita tidak memahami masa silam. Mengulangi kembali kata-kata George Santayana: "Those who forget the past, condemned to repeat it." Bangsa yang tidak menghargai sejarah mereka adalah bangsa yang lemah.

Lihat saja tamadun dunia, semua bangsa kuat seperti Babylon, Rom, Mesir Purba, Islam dan China merupakan bangsa yang mencatat setiap peristiwa yang berkitar sekitar bangsanya.

Lihat pula bangsa Red Indian, orang Asli Australia, orang Asli Malaysia, puak-puak Afrika dan sebagainya, mereka bukan bangsa yang menghargai sejarah dan tidak mencatat. Jadi dunia ketamadunan terbahagi dua: golongan yang merekod sejarah dan yang tidak merekod sejarah. Melayu termasuk kategori pertengahan.

Melayu merekod tetapi banyak dibumbui dengan mitos dan legenda. Sukar juga jika kita berfikiran mantiq dan kritis untuk menerima bulat-bulat pensejarahan 'Sejarah Melayu', 'Tuhfat Al Nafis', 'Negarakertagama', 'Pararaton' dan "Babad Tanah Jawa". Banyak sangat unsur-unsur mistik dan perlu 'read between the line'.

Oleh kerana tidak faham sejarah, jika orang mengatakan Melayu pendatang dari Indonesia, maka anak-anak Melayu percaya. Malah golongan yang menuduh juga tidak faham sejarah bahawa rantau ini dikenali dengan nama Kepulauan Melayu hingga ke Filipina. Konsep kenegaraan seperti Indonesia, Brunei dan Malaysia tidak wujud dalam dunia Melayu silam.

Buku-buku teks sejarah juga perlu di kemaskini dan perlu jujur pada peristiwa. Buku-buku teks juga tidak perlu menjadi seperti kebanyakkan ahli politik Melayu: apologetik. Seperti kata Cromwell kepada pelukis potretnya: "Lukiskan wajah ku yang sebenar, walau hodoh dan berjerawat, berketuat lukiskan agar generasi akan datang tahu wajahku yang sebenar."

Buku teks sejarah perlu jujur. Malaysia memang asalnya Tanah Melayu. Period. Kerajaan sebelumnya adalah kerajaan Melayu, oleh orang Melayu dan untuk orang Melayu. Period. Malayan Union hanya ditentang oleh orang Melayu. Period. Tidak ada istilah menjaga sensitiviti kaum. Sejarah adalah sejarah. Period. 

Dalam hal pendidikan dan sejarah, jangan sesekali tunduk pada desakan ultra kiasu. Baca sini.




3 comments:

sembang kedai kopi said...

Salam.Pepatah ada menyebut belajarlah dari sejarah,jangan sampai sejarah mengajar kamu :-)

Anonymous said...

Cuba cek dan kaji pula blog2 yang dah lama bongkar sejarah sebenar orang Melayu, Malaysia & Nusantara :

1) mistisfiles.blogspot.com

2) riwayatmelayu.blogspot.com

3) lokalgenius.blogspot.com

4) ibnurusydi.blogspot.com

sri tribuana said...

salam anon 10:20,

mistisfile sudah saya link, yg lain2 akan dilinkkan.