Followers

Tuesday, November 9, 2010

Galas dan Batu Sapi.

Kedua kemenangan ini sangat bermakna kepada kerajaan BN, terutama di Galas. Batu Sapi sememangnya kubu BN tetapi kali ini ia tidak mengulangi seperti di Sibu. Batu Sapi kekal ditangan BN.

Kedua-dua kemenangan ini merupakan kemenangan moral kepada BN, dan pukulan hebat buat PR. Sementara BN jangan terlalu 'carried away' dengan keputusan yang memihak kepada mereka, PR juga perlu banyak muhasabah diri. PR perlu buktikan mereka jauh lebih baik dari BN jika berhajat menawan Putrajaya. Setakat at par saja tidak memadai. Rakyat lebih senang dengan 'the devil they know'.

Sebenarnya beberapa faktor penting mengapa PAS tewas di Galas. Pertama faktor Tengku Razaleigh. Tidak dapat dinafikan pengaruh Ahli Parlimen Gua Musang ini memang memainkan peranan yang penting. Beliau faham constituencynya, dan tidak membenarkan jentera BN bergerak dengan gerombolan kereta mewah, menyerang peribadi lawan dan bertindak aggresif. 

Sebaliknya, Tengku Razaleigh menggunakan pendekatan berhemah, lemah lembut dan tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tengku Razaleigh menunaikan apa yang rakyat kehendaki. Antara isu bagi kaum Cina adalah perumahan dan tanah yang mana kerajaan PAS Kelantan telah mengabaikan. 

Di sini baik PR mahupun BN perlu belajar sesuatu. Sokongan dalam politik tidak selamanya kekal. Begitu juga kebencian rakyat tidak kekal kepada mana-mana parti. Rakyat akan memberi undi kepada mana-mana pihak yang mempertahankan mereka. Jadi mitos undi Cina bersama PR tidak benar di Galas. Cina tetap akan mengundi BN apabila kepentingan mereka terancam. Di Galas dalam isu tanah ini, kerajaan PAS telah mengabaikan hak mereka dan memberi kepada syarikat Singapura.

Begitu juga dengan mitos pengundi muda yang menyokong PR. Di Galas, undi pengundi muda dan kaum CIna membantu kemenangan BN. Apabila pengundi muda melihat ada kepincangan dalam pentadbiran PAS, ada juga unsur-unsur hipokrasi dan oppression, mereka tidak segan silu mengundi BN.

Di sini BN juga tidak boleh lalai. Jika mereka membuat sesuatu yang tidak popular dan oppressive undi akan bertukar semula kepada PR. Kedua-dua pihak ini perlu konsisten dalam memperjuangkan rakyat. The best man win. Di Galas BN merupakan best man.

Galas sebagai sebuah kawasan pendalaman telah cuba di tawan semula oleh PR dengan isu nasional. DAP membawa potret mendiang Teo Beng Hock, tentang 1Malaysia dan memainkan sentimen chauvanist tetapi mereka lupa, pengundi lebih berminat memastikan tanah mereka terjamin dari isu-isu seperti ketelusan dan sebagainya. Kemenangan BN di Galas kerana Tengku Razaleigh memahami masalah setempat constituencynya.

Seperti kata Dato' Ariff Sabri, Datuk Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia silap dalam menyimpulkan kemenangan BN. Antara kesimpulannya adalah penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin, penerimaan rakyat terhadap program-program ekonomi dan konsep 1Malaysia dan beberapa isu nasional menjadikan kemenangan di Galas ini sebagai 'monumental'. Baca sini. 

Saya sendiri sependapat dengan Dato' Ariff Sabri dalam soal ini. Memang kemenangan Galas dan Batu Sapi memberi momentum kepada BN, dan kelihatan PR dalam keadaan hilang keyakinan diri, mula salah menyalah tetapi kemenangan ini belum bererti penerimaan rakyat sepenuhnya terhadap slogan dan konsep. Galas membuktikan, sesiapa menindas rakyat, walau indah mana pun slogan seperti 'PAS for all' dan 'Keadilan Islam' hanya retorik jika rakyat terus-terusan ditindas.

Jadi the golden rule is, rakyat memang patut didahulukan dan benar-benar didahulukan bukan hanya slogan yang indah saja.







3 comments:

Anonymous said...

Setuju, rakyat lebih menilai apa yg berlaku disekitar mereka berbanding apa yg berlaku diperingkat nasional. buktinya sokongan rakyat kpd pakatan dlm PR umum yg lalu krn PR bijak memainkan sentimen rakyat dgn janji2 indah negara berkebajikan. isu nasional ada peranan tetapi tidak sebesar isu kecil yg besar dimata rakyat spt masalah tanah,bekalan elektrik, lampu jln, naik taraf jalan dan yg penting ada program pemimpin bersama rakyat.

oRang kAmpong said...

Pas xdak kuat sbnya.deme menang di negeri lain selain dr kelantan kerana undi bukan melayu.klu kwn ni org kampong cina kwn ngundi PAS. satu2 parti yg sanggup bg bulan dan matahari pd cina demi UNDI.deme ni lansong xdak memikir sensiviti org melayu.mereka akan berkerjasama dgn sapa sjer demi UNDI waima SYAITAN xpon.bukan kwn ckp tok guru sendiri yg ckp semua org tau mlh dunia pun tau.kwn setuju dgn aok memang Ku Li punya aura byk membantu di Galas xp peranan bloggers pun bukan kecik anak klu idak masakan kita byk dpt undi dr penggundi muda.disini kwn nak cadangkan kpd PM melalui aoklah bab aok geng baik ngan dia supaya melantik Ku Li sebagai Chairman Petronas.kita nengok goner gaya org tua tu nak selesaikan isu royalti minyak tuntutan Kelantan.amacam berani aok ngabor ke.

larasdua said...

setuju dengan sdr. Lagi pun pengundi muda bertambah ramai. Mereka kali ini banyak perkara mengubah mereka. Jenerasi muda kelantan kali ini akan membawa perubahan besar kepada Kelantan jika kena orang dan gayanya.