Followers

Sunday, July 25, 2010

Negara Kita

Sedih bila mengenangkan nasib negara kita. Kita tidak lagi antara harimau asia. Ekonomi nampaknya tidak ke mana. Dalamannya, banyak yang perlu dibaiki. Sistem kehakiman, mungkin juga reformasi politik, memerangi rasuah oleh pegawai kerajaan dan orang politik. Sistem pendidikan yang menyedihkan. Tidak ada apa yang dikatakan 'rules of law', atau jika ada pun sangat minimum. Terlalu banyak pula kuasa budibicara - oleh pegawai tinggi kerajaan, dan juga poli-tikus. Kita masih dalam negara dunia ke tiga, India dan China sudah lebih maju.

Beberapa campurtangan kekerabatan dalam rejim Pak Lah amat menyedihkan bagi negara moden seperti Malaysia. Seperti yang dihidangkan dalam blog-blog seperti Another Brick in the Wall, Big Dot Com dan Rocky's Bru tentang jual beli harta negara melibatkan Security Commission satu contoh Malaysia perlu mempunyai rules of law dan kurangkan discreationary power bagi check and balance kuasa para ahli politik dan birokrat. Kalau tidak, selagi itu Malaysia akan terus ditadbir oleh 'tangan-tangan tak nampak' untuk kepentingan mereka.

Kita sudah kehilangan Pulau Batu Putih, Limbang dan Blok L dan M. Jika di sesetengah negara seperti China, mereka mungkin akan hukum bunuh sebagai pengkhianat negara, tetapi di Malaysia orang berkenaan dihadiahkan tanah sekitar Carcosa Sri Negara sebagai 'balasan untuk meletak jawatan'. Kroninya masih berleluasa - ada yang menjadi orang kuat parti, ada yang masih menguasai GLC dan yang menjual maklumat pun masih bebas melebarkan sayapnya.  Kita masih belum tahu 'untung rugi'nya pula dalam perundingan berkaitan tanah KTM di Singapura. Segalanya akan diketahui 'nanti' - bila nasi dah jadi bubur.

FDI Malaysia menurun sebanyak 81%, bagi tahun 2009. Pada tahun 2008, nilai pelaburan FDI kita sebanyak USD7.32 billion, menurun kepada hanya USD 1.38billion. Jika hendak senang, kita salahkan sahaja kemelesetan ekonomi dunia. Malangnya, krisis bukan hanya mendatangi kita. Jiran-jiran kita juga mengalami masalah yang sama. Namun jiran kita di selatan, yang dipisahkan oleh hanya jambatan bengkok sangat bagus dalam menangani krisis ini. Ekonomi mereka sangat baik, walaupun persekitaran hampir sama dengan kita, masalah hampir sama dengan kita. Cuma dalamannya tidak sama. Oh, Singapura tidak ada masalah menantu dan isteri.

Your character is your destiny.

Untuk record, saya bukan pembangkang...

3 comments:

Anonymous said...

aLO-ALO SINGPORK TU KECIK DARI LEMBAH KLANG SEMUA TAU SEMUA DAH SEDIA DEK BRITISH TAMBAH SANA SINI SIKIT DAH JADI NEGARA MAJU RAKYAT DIKONGKONG CINA JENIS YAHUDI LAK TU DAN GENG YAHUDI MANA TAK MAJU KATA ORANG PENANG LA KELIN BUNTIN PUN BOLE BUAT.

udanggalah said...

Selagi kita tidak bersatu dan hormat-menghormati, segala kesilapan sukar diperbetulkan..POLITIK kita kini mirip Thailand dan Indonesia, kenapa tak mencontohi Jepun, Korea dan Singapura...Dulu semasa kita susah semua boleh bersatu, sekarang ni ibarat berebut harta melalui kuasa..

sri tribuana said...

Salam sauara Anon 3:35,

Singapura juga, seperti negara lain, mengalami krisis ekonomi global. Apatah lagi mereka sekutu kuat Amerika. Sini bukan masalah cara mentadbirkan negara, tetapi keyakinan orang melabur ke negara kita, atau mereka. Kita boleh membenci mereka dan melabelkan mereka apa saja tetapi hakikat tetap sama: segi sistem politik dan pentadbiran, pelabur asing lebih yakin kepada mereka. Sebagai businessman, apa yg kita pikir tak penting tetapi apa yg customer(pelabur) pikir yg penting. Di sini sentiment tak banyak membantu. Malaysia perlu berubah.
saudara udanggalah,
saya bersetuju dengan saudara. Malaysia perlu muhasabah diri.