Followers

Monday, July 26, 2010

Pelajar Luar Negara

Kerajaan kita mempunyai berbagai sebab menghantar pelajar kita yang cemerlang menuntut diluar negara. Mula-mula ianya dasar. Lama kelamaan ianya amalan. Kemudian kita lupa punca atau sebab kita menghantar pelajar kita ke belajar keluar negara. Mungkin sebab kita ada peruntukkan. Masa itu negara baru merdeka, infrastruktur belum membangun, duit tengah banyak dan kita perlu ilmu.

Kita menghantar pelajar kita dengan biasiswa pembayar cukai. Oleh itu kita perlukan sesuatu yang berguna kepada Malaysia. Kita tidak mahu mengalami nasib India, dimana Nehru mewujudkan sebuah tempat pendidikan untuk melatih the cream of Indian society dengan duit pembayar cukai India, hanya selepas itu segala para genius mencurah bakti ke Amerika dalam bidang IT. Semuanya kerana walaupun Nehru menggalakkan 'software' pelajar India, tetapi India sendiri lack of hardware.

Dalam posting terbaru Dr. M.Bakri Musa, beliau menerangkan bagaimana bermulanya 'tamadun' di Korea Selatan hingga Korea mampu mengubah nasib mereka menjadi salah satu gergasi industri. Baca sini. Seperti Jepun, Korea Selatan merupakan bangsa yang taksub dengan pelajaran, sains dan teknologi. Walaupun pendidikan Korea Selatan merupakan antara yang terbaik, namun rakyat Korea tetap taksub untuk menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pendidikan tinggi di negara maju seperti Amerika.

Kerajaan Korea juga dengan berhemah memujuk pelajar Korea yang banyak berhijrah untuk kembali ke Korea dan memajukan negara mereka. Malaysia juga ada mencadangkan perkara yang sama dan cuba memancing pelajar kita untuk kembali berkhidmat dengan Malaysia. Saya dengar ada peruntukkan, mungkin ada consultant yang akan dipertanggungjawabkan. Malaysia kena ubah cara yang menggunakan duit rakyat ini. Bagi orang Korea, cukup sekadar sesekali Presiden mereka beramah mesra dalam majlis makan malam untuk memancing mereka berkhidmat dengan kerajaan mereka.

Dalam perbualan saya dengan beberapa pelajar tajaan JPA di luar negara, salah satu kesilapan kerajaan kita adalah terlalu cepat memanggil pulang pelajar kita untuk berkhidmat di Malaysia. Ini tidak memberi mereka peluang untuk 'mengimport' teknologi yang mereka pelajari di luar negara.

Saya menemui seorang doktor Melayu yang sudah 15 tahun berkhidmat di Ireland. Beliau merupakan pakar dalam bidangnya dan akan menjadi consultant apabila pulang ke Malaysia nanti. Dua tahun lagi, sebaik habis sahaja researchnya nanti beliau akan kembali berkhidmat di Malaysia tetapi beliau sudah menimba cukup ilmu dan pengalaman dalam bidang kepakarannya.

Menurutnya, polisi JPA ketika itu agak longgar. JPA  membenarkan pelajar tajaannya berkhidmat di luar negara asalnya pelajar berkenaan berjaya membuktikan mereka memang bekerja dalam bidang yang mereka ceburi. Rationalnya adalah untuk membenarkan pelajar berkenaan membawa apa saja teknologi baru ke Malaysia. Polisi itu tidak diteruskan sekarang ini kerana Kementerian Kesihatan memanggil balik pelajar tajaan JPA untuk berkhidmat dengan mereka secepat mungkin. Ini tidak mendedahkan pelajar kita kepada persekitaran baru. Saya rasa JPA perlu kembali ke polisi asalnya.

Tujuan kita menghantar pelajar luar negara bukan hanya untuk mempelajari ilmu yang boleh dipelajari di Malaysia, Kita ingin juga mendedahkan mereka kepada budaya kerja, teknologi dan sains negara berkenaan.


1 comment:

Megat Alam Gempita said...

Kerajaan perlu ubah dasar penghantaran pelajar ke luar negara. Perlu ada perjanjian membenarkan para pelajar bekerja 2 tahun di luar negara selepas graduate untuk menimba ilmu dan kemahiran sebelum diwajibkan pulang untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 2 tahun.
Tempoh 2 tahun yang digunakan untuk bekerja di luar negara boleh juga digunakan oleh para pelajar membayar kembali pinjaman tajaan mereka.
Bukan setakat ilmu tetapi pengalaman,wang simpanan, AP kereta bahkan silap-silap mak bapak boleh menantukan orang oversea lagi. sama-sama untung maa.