Meletak jawatan politik jika tidak perform atau melakukan salah laku atau tidak berjaya menunaikan janji dalam negara maju seperti Jepun dan Korea merupakan tindakkan kenegarawanan dan bermaruah. Di Malaysia, dianggap bodoh kerana mengosongkan kerusi empuk. Justeru pemimpin Malaysia yang jelas sepatutnya meletak jawatan tidak akan kecuali jika sudah benar-benar tidak berjaya 'menutup bangkai gajah' lagi.
Di sesetengah negara maju, mereka meletakkan value atau nilai yang tinggi kepada penjawat jawatan politik kerana mereka yang menentu hala tuju atau jatuh bangun sesebuah negara. Di sini jawatan dianggap hak peribadi dan seperti Miranda 'sukar dilepaskan'. Memang ada pemimpin politik yang meletak jawatan seperti Tan Sri Rahim Tamby Chik, Abu Hasan Omar, Othman Aroff dan Sabarudin Chik tetapi mereka dikenakan tekanan serta ada 'senjata' yang menyebabkan mereka meletak jawatan. Dalam kes Rahim Tamby Chik dan Abu Hasan Omar, perletakkan jawatan kerana ada 'skandal' yang tidak boleh disembunyikan lagi.
Di Jepun, seorang Perdana Menterinya meletakkan jawatan apabila gagal menunaikan janji untuk menutup pangkalan tentera Amerika di Okinawa. Sebelum itu, ada seorang PM mereka meletakkan jawatan kerana ada anggota kabinetnya terlibat dengan skandal rasuah.
Di Malaysia, ada seorang MB yang terlibat dalam hubungan romantik dengan seorang puteri Sultan yang menafikan mereka berkahwin dengan mudah menipu rakyat. Sudah jelas beliau menipu, beliau terus menjadi MB.
Baru-baru ini begitu ramai anggota kabinet di zaman Tun Dol yang banyak melakukan kerosakkan pada ekonomi Malaysia masih terus memegang jawatan. Walaupun nama mereka tanpa segan silu lagi didedah oleh para blogger - kadang-kadang blogger kerajaan - namun pemimpin berkenaan tetap dengan muka tebal memegang jawatan. Hanya Datuk Shahrir Samad sahaja yang berani meletak jawatan setelah kalah dalam MKT. Mungkin beliau seorang 'rare breed'.
Pemimpin datang dan pergi. Sudah sampai masa Malaysia kena mempunyai moral politik yang tinggi seperti negara maju. Masih ramai pemimpin lain yang juga boleh memimpin jika mereka yang 'terasa pedas makan cili' itu meletakkan jawatan. Letaklah kepentingan negara mengatasi segalanya seperti ahli politik Jepun.
Ini namanya patriotik
1 comment:
Salam.Sebenarnya pemimpin pemimpin kita tidak ada rasa tanggungjawab.Mereka lebih memikirkan kuasa untuk kepentingan diri mereka sahaja.Tapi kenapa masih diundi lagi?.Pengundi juga silap
Post a Comment