Followers

Sunday, July 18, 2010

Madah Berhelah

Pada pagi-pagi ahad yang santai ini, saya teringatkan lagu popular Ziana Zain era 90an, 'Madah Berhelah'. Tajuk lagu bukan hanya sekadar lagu, ia sangat rapat dengan peribadi bangsa Melayu. Melayu dulu suka berkias, berlapik dan tidak blunt. Mereka takut menyinggung perasaan orang yang berinteraksi dengan mereka, maka terciptalah kiasan dan bidalan.

Melayu sekarang mungkin sudah berubah. Mereka mungkin lebih blunt dan terus terang. Pernah sekali semasa Tun Musa Hitam masih TPM, beliau menyarankan Melayu kena ada sedikit unsur-unsur kurang ajar. Rationalnya mudah - beliau tidak mahu Melayu menjadi pembodek, pencacai dan pak turut kepada pucuk pimpinan. 

Tun Mahathir terkenal sebagai tokoh yang blunt. Beliau sentiasa bercakap berdasarkan fakta, tidak mince words dan terus terang. Sifatnya yang combative, atau anti-pungkar kata orang Jerantut membuatkan beliau dianggap keras kepala kerana tidak pandai - atau tidak mahu - berbahasa bahasi. Dalam masa yang sama, sifatnya yang bercakap direct seperti kritikan beliau terhadap Almarhum Tunku, Pak Lah, kelemahan orang Melayu dalam bukunya Dilema Melayu, kritikan beliau terhadap sistem feudal mencetuskan kontroversi. Melalui kontroversi beliau menjadi makin popular dan akhirnya menjadi PM Malaysia yang membolehkan beliau mengubah apa yang diprotesnya selama ini.

Tun Mahathir memang naik melalui kontroversi. Ada seorang ahli politik muda yang bercita-cita hendak menjadi PM sebelum 40 tahun cuba melalui laluan perit Tun Mahathir. Ketua Pemuda UMNO ini cuba mencetuskan kontroversi demi kontroversi supaya namanya tidak hilang dalam lipatan sejarah - maklumlah beliau satu-satunya KP UMNO yang di boo dengan jeritan "KJ - rasuah!". Sekarang ini jika tidak melakukan sesuatu, beliau hanya menjadi melukut ditepi gantang.

Blogger SAKMONGKOL AK47 dalam posting terbaru megulas kontroversi yang dilakukan oleh KJ.Baca sini . Antaranya termasuklah berperang dengan Ibrahim Ali dan Perkasa. Sebelum ini Dato' Arrif Sabri juga membuat hipotesis KJ melakukannya dengan 'blessing' PM dalam diam.

"Your mission KJ, if you willing to accept is to combat Perkasa, and finish Ibrahim Ali once and for all. However, if you terkantoi, the GOVERMENT DENY any knowledge." Arahan ala  Mission Impossible.(Dialog ini saya reka, bukan Dato' Ariff Sabri)

Blog SAKMONGKOL AK47 juga mengulas kenyataan KJ yang tidak akan mempertahankan jawatan KP UMNO Malaysia pada pemilihan akan datang. Beliau tidak bersetuju kerana menurutnya, jika KJ letak jawatan sekarang, siapa yang layak menjadi KP Malaysia? Benar, kecantikkan adalah dimata yang memandang!

Kenyataan KJ untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai KP pada pemilihan akan datang mendapat berbagai sambutan. Jocelyn Tan menafsirkan, KJ sebenarnya 'testing the waters' samada ingin kekal sebagai KP atau mencuba nasib di MKT. Baca sini. Kesimpulannya, kenyataan KJ untuk tidak mempertahankan post KP UMNO bukan bermakna beliau ingin bersara dari politik, tetapi mempunyai berbagai niat dan tujuan. KJ sedang 'madah berhelah' sebenarnya!

KJ, seperti Anwar merupakan smart manipulator. Kebolehan beliau menarik blogger-blogger anti-KJ menulis mengenai beliau merupakan bukti KJ seorang yang crafty. Dengan ini, nama beliau tidak terus tenggelam dan tetap diperkatakan. 

Kelemahan beliau untuk menjadi popular adalah isu yang dipilihnya. Tidak seperti Tun Mahathir yang shrewd dalam mencetus kontroversi, KJ yang crafty sangat gelojoh. Berperang dengan Ibrahim Ali dan Perkasa merupakan isu yang tidak bijak dipilih oleh KP UMNO ini. Seperti kata seseorang: tidak banyak faedah yang diperolehi dengan menyokong Ibrahim Ali, tetapi mungkin seseorang itu akan kehilangan segalanya jika memilih untuk bertempur dengannya.

Apapun ulasan 'intelek' yang dihidangkan oleh blogger seperti Dato' Arrif Sabri dan Datuk Ti Lian Ker tentang kelemahan Ibrahim Ali, beliau tetap dilihat sebagai champion of the Malay. Betul salah bukan isu. Isunya adalah sentiment orang Melayu yang majoriti. Bahkan PM sendiri tidak berani bertembung secara terbuka  dengan Perkasa. Mungkin KJ kambing korbannya.

Kesimpulannya senang sahaja. Selama lima tahun KJ dibawah naungan mentuanya sebagai PM, beliau melalui jalan mudah. Sekarang beliau kena belajar sepak terajang politik yang the highest level. Selamat datang ke dunia politik yang sebenar. Selamat datang ke 'sarang binatang-binatang buas'.

Baca juga komen Syed Akhabr Ali mengenai kedudukan KJ di sini. Dalam blog berkenaan, penulis link banyak blog yang membicarakan tentang KJ. Paling menarik, poll yang dibuat oleh blogger Apanama. Di sini keputusannya:







BILA KHAIRY JAMALUDDIN HARUS LETAK JAWATAN?



Semalam 173 votes 64%
Hari ini 71 votes 26%
Esok 7 votes 2%
Pemilihan UMNO akan datang 16 votes 5%

Saya sendiri berpendapat, KJ sudah lama meletakkan jawatan kerana beliau merupakan liabiliti kepada UMNO. Saya tidak setuju pendapat Dato' Arrif Sabri, UMNO tidak harus bergantung kepada satu-satu pemimpin, apalagi Khairy Jamaludin.




1 comment:

Anonymous said...

KJ tak tanding KP UMNO.Tapi akan bertanding ketua pemuda berok.Sesapa yang ikut KJ bolehlah jadi ajak pemuda berok.