Isu berkaitan penurunan FDI di Malaysia ini sedang hangat diperkatakan. Ustaz-ustaz dan ulama-ulama ekonomi dari kedua pihak - pembangkang dan kerajaan - mengeluarlah hujah masing-masing dengan laporan terbaru dari UNCTAD tentang merosotnyanya sebanyak 81% FDI ke Malaysia ini. Pembangkan cuba mempengaruhi orang awam kononnya ini berlaku kerana ketidakcekapan kerajaan BN. Pro kerajaan pula akan mengeluarkan hujah-hujah dengan statistik dari MITI, MIDA, beberapa penulis yang 'faham' ekonomi dan business, malah adik kepada PM, Nazir juga turut terlibat untuk memberi kefahaman kepada rakyat.
Di akhir artikel ini, saya akan linkkan semua pandangan ulama-ulama ekonomi yang membuat tafsiran seperti ulama 'agama' juga. Dari Al Fadhil Tony Pua, Jebat Must Die, Lim Kit Siang, Dato' Sakmongkol hingga ke Melayu Raya Daily dan WZWH juga membuat ulasan. Seperti yang pernah saya tulis, semua peristiwa ada 'Roshomon'nya. Kita percaya apa yang kita hendak percaya.
Saya tidak faham sangat ekonomi, juga bukan busineman yang mempunyai jaringan ekonomi seluruh dunia seperti Calvin Sankaran(ada kena mengena dengan Sankaran Dandai ke?), jadi roshomon saya lebih kepada ingin mengulas roshomon versi Tun Mahathir. Tun sudah menulis pandangan beliau terhadap FDI ini pada 23hb Jun 2010. Saya memilih beliau kerana beliau merupakan exponent kepada kejayaan membawa pelabur asing melabur ke Malaysia dalam era tahun 90an, dan antara rahsia kejayaan ekonomi beliau. Baca sini artikel beliau yang bertajuk 'Foreign Direct Investment'.
Menurut Tun, Malaysia perlu hati-hati dalam memilih pelabur, apa lagi jika pelabur yang tidak membawa keuntungan kepada Malaysia. Orang melabur kerana banyak sebab, antaranya kos buruh yang rendah, effisien pegawai kerajaan dan kurang red tape, politik yang stabil dan sebagainya.
Malaysia sudah bukan negara yang memerlukan pelaburan bagi peluang pekerja untuk buruh murah, kerana Malaysia banyak mengimport pekerja asing bagi buruh murah. Dengan kata lain, pekerja asing yang memperolehi faedah hasil dari sesetengah FDI ini.
Begitu juga denga membawa 'dana asing'. Sesetengah pelabur menggunakan kemudahan dana tempatan dan bersaing dengan usahawan tempatan. Ada sesetengah FDI ini pula melabur di stok market untuk bertujuan memanipulasikan harga pasaran saham. Apabila berlaku sesuatu yang tidak kena, seperti index menjunam di New York dan negara lain, fund manager ini akan menarik pelaburan mereka dan sekelip mata negara akan mengalami kerugian. Ini yang berlaku pada tahun 1997 di Malaysia, Indonesia, Thailand dan harimau Asia yang lain. Ini fenomena 'eletronic herds'.
Tun Mahathir juga tidak setuju beberapa projek pembangunan di Malaysia ini diuruskan oleh pelabur asing. Saya qoute perenggan ke lima yang memang wajar di quote pun:
5. We should be more selective with FDI. Where there is local capacity as in property development in designated corridors, and Government is willing to invest in infrastructures, there is no necessity to invite foreign investors. Certainly we should not encourage foreign developers to develop high cost projects which are not within reach of local buyers. Rather Government should help local investors to develop these specialised areas by building needed infrastructure.
Tun mencadangkan agar Malaysia perlu lebih selektif dalam membawa pelabur asing yang melabur di Malaysia. Beliau mencadangkan lebih ditumpukan kepada pelabur yang membawa teknologi yang tinggi dan memerlukan pekerja yang profesional dan mahir, bukan pekerja 'cheap labour' yang menguntungkan pekerja asing. Dengan ada peluang pekerjaan yang tinggi bagi kerja-kerja profesional, boleh mendedahkan rakyat kita kepada teknologi negara berkenaan.
Dengan ini, boleh kita ambil kesimpulan, kekurangan FDI ini tidak juga mencerminkan merosot ekonomi sesebuah negara. Bukan ramainya pelabur itu menentukan faedah kepada sesebuah kerajaan, tetapi kualiti pelabur asing dan jenis pelaburan yang dibawa juga sangat penting. Di bawa ini adalah link blog-blog yang saya janjikan:
Jebat Must Die
masterwordsmith-unplugged
Lim Kit Siang
Sakmongkol AK47
Tony Pua 1
Tony Pua 2
Baca dan buat kesimpulan sendiri. Ingat Ayat 17 dan 18, surah Az Zumar.
No comments:
Post a Comment