Saya tidak tahu mengapa kaum Cina sangat fobia dengan keris. Mungkin kerana keris senjata Melayu, atau kerana keris ini sangat mistik, atau mungkin kerana juga keris merupakan 'jiwa Melayu' seperti pedang samurai. Mengapa mereka tidak takut Melayu yang berpistol? Pistol boleh tembak dari jauh.
Keris memang senjata mistik orang Melayu. Ia bukan hanya senjata untuk membunuh musuh, tetapi ia lambang penyatuan dunia Melayu. Di mana-mana dalam Kepulauan Melayu, zaman silam orang menggunakan keris. Raja-raja Melayu juga masih mengekalkan keris sebagai lambang kebesaran di raja. Bila Melayu kahwin, keris turut digunakan dalam acaran bersanding. Keris adalah Melayu, Melayu adalah keris.
Satu fitnah racist yang dimainkan oleh pengkhianat bangsa seperti Nizar Jamaludin terhadap Datuk Seri Najib adalah kononnya ucapan DSN hendak amuk dan basahkan keris dengan darah Cina. Ucapan ini dibuat semasa pilihanraya Hulu Selangor. Jika 'amuk' mesti dikaitkan dengan 'keris'. Boleh saja mengamuk pakai parang, pisau Rambo, M16 macam Prebet Adam atau Ak 47, tetapi jika hendak meracistkan Melayu, keris akan dikaitkan dengan 'amuk' tadi. Ada cerita bertajuk 'Amuk' lakunan Nasir Bilal Khan juga menggunakan keris. 'Amuk' dan 'keris' memang ekslusifnya Melayu. Mungkin Melayu PAS akan mengamuk menggunakan pedang orang Arab sebab lebih Islamik, gamoknya.
Ada tokoh Pemuda UMNO menggunakan keris dalam Mesyuarat Agung UMNO. Beliau mencium keris walaupun diprotes oleh kaum Cina. Setelah prestasi buruk BN dalam Pilihanraya Umum ke 12, pemimpin berkenaan minta maaf. Cium saja keris, sokongan BN pun merosot. Hebat keris ini. Sakti tetapi boleh membawa bencana jika tidak kena dengan pemakainya. Tak rasilah kata orang Melayu.
Dalam bendera UMNO ada dua bilah keris yang tidak bersarung. Apabila UMNO sering berebut jawatan hingga membawa perpecahan, ada tokoh UMNO mencadangkan dibuangkan saja keris itu. Buang keris bererti buang jiwa Melayu. Sebab keris jiwa Melayu orang Cina sangat takut dengan keris.
Sebenarnya tidak salah adanya dua bilah keris dalam bendera UMNO. Ada sikit yang 'tak comel'nya keris UMNO tidak bersarung. Keris telanjang mudah karat dan perlu sentiasa diasah, dilangir dan dikemiyankan.
Keris yang baik adalah keris yang berada dalam sarungnya, hanya keluar bila benar-benar diperlukan. Keris sebegini sangat bisa.
3 comments:
Kenapa Cina takut dengan KERIS?
Menurut cerita dari Arwah Nenek saya ketika 13 Mei berlaku ada sekumpulan Hero Melayu yang menentang kaum Cina dengan menggunakan KERIS, yang lebih menakutkan keris itu berjalan dengan sendirinya dan membunuh hanya orang Cina sahaja. Menurut nenek saya itu yang menyebabkan lebih ramai orang cina yang terbunuh berbanding orang Melayu dan disebabkan itu juga mereka takut dengan keris.
Dan kalau tak salah saya setiap kali berlaku perarakan Maulud Nabi di kawasan MELAKA kaum cina akan lebih selesa berada di dalam rumah berbanding di luar kerana ditakuti akan adanya keris terbang itu lagi. Ianya adalah kisah yang benar dan saya mengalaminya setiap tahun semasa kecil dahulu mereka akan berada di dalam rumah dan hanya dewasa lelaki yang berada diluar dan memerhati perarakan berlangsung.
Salam Srt,
Huraian yang baik disertai dengan analisa yang tepat.
Keris di pakai dalam acara kahwin melayu dan di pakai oleh raja melayu dan dipakai juga oleh orang melayu semasa menerima darjah kebesaran bergelar, ini kerana hak eksklusif melayu. Lambang Keris pada bendera UMNO, dulu saudara kata UNO yang tak bersarung itu adalah tepat melambang sentiasa bersedia pada bila -bila masa, keris itu tidak akan pernah berkarat, sentiasa sediakal sifat nya. Kata keris berkarat itu hanya khayalan yang berkenaan saja. Saya percaya dan yakin keris umno itu di buat dari standard steel ,kalis karat. Itu sebad pihak tertentu gayat kerana tikam keris berbisa dan menyakit kan. gitu gamok nya (pinjam kata saudara).
Cuma satu lambang keris telah hilang, iaitu lambang pada duit syiling malaysia bernilai ! ringgit. Sebab nya tak tau lah. Mungkin disebabkan kalau duit dimasuk dalam poket seluar lebih dari 2 keping, berbunyi kuat, bergermercing, itu yang ditakutkan, gamok nya, bukan kerana bunyi ditakutkan, tapi daulat lambang keris yang di seriaukan oleh pihak berkenaan. Lagi pun lambang keris diluar sarung dan tak mungkin di sarungkan.Makna keris amat tinggi daulat nya hingga kecut hati.
TQ
Salam saudara Cencaluk dan anon 1:08,
Terima kasih atas komen.
Post a Comment