Followers

Tuesday, July 13, 2010

1 Billion

MCA menuntut kerajaan menyediakan 1 Billion kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam Rancangan Malaysia ke 10, dan in return, Cina akan kembali mengundi BN. Itu yang didakwa oleh MCA - 1Billion untuk undi kaum Cina. Seperti kata perpatah Rom "Anyone has his price". Jadi ini merupakan tag price kaum Cina - 1Billion untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. 

Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dibenarkan wujud tetapi  kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukkan. Asalnya, mereka seharusnya boleh membiayai sekolah jenis kebangsaan sendiri kerana ia bukan sekolah teras oleh kerajaan. Jika kaum Cina dan India tidak mampu, tutup sahaja dan hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. 

Kemudian, mereka menjadi entiti politik. Mereka boleh mengundi dan menentukan parti mana yang menjadi kerajaan. Kerajaan, atau parti politik akan tunduk  jika tidak mereka akan kehilangan sokongan dari puak ini. Demokrasi memang politik pertandingan siapa popular walaupun popular itu bererti membawa kehancuran. Tambahan pula orang politik Melayu sendiri takut untuk membawa perubahan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memulakan 1pendidikan untuk semua. 

Semuanya - masa depan, pendidikan - diperjudikan untuk menang pilihanraya.Apa guna kuasa jika kerajaan takut bertindak. Tindakkan yang diharapkan ini sebenarnya untuk kebaikan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya tidak nampak mengapa perlu ada sekolah jenis kebangsaan mengikut kaum. Jika ingin 1Malaysia, perkauman perlu dihapuskan atas nama apa sahaja - apa lagi pendidikan.

Sekarang, apabila Cina bercakap pasal sekolah jenis  kebangsaan Cina, ia adalah hak kaum Cina, India juga sama dengan Hindrafnya. Semua kononnya demi 'human right' kaum bukan peribumi.Apabila Perkasa bercakap pasal hak Melayu seperti biasiswa, Melayu dilabel sebagai racist. Dan ada parti kata mereka berjuang untuk Islam. Islam apa jika majoriti penganutnya iaitu Melayu lemah dan terhimpit.

Dan berkokoklah Melayu Liberal, Tanggang Moden dan Si Kitol seperti Ketua Pemuda UMNO, itu memang hak kaum Cina. Berperanglah mereka dengan PAS dan Perkasa. Sinqui dan Dong Zhoau tidak akan berperang dengan Wee Ka Siong. Lim Kit Siang tidak akan berperang dengan Chua Soi Lek dalam soal kepentingan kaum mereka. Semua ada tugasan, tidak seperti poli-tikus Melayu yang dah tidak kenal mana ekor mana kepala.

SAKMONGKOL Ak47 membuat satu teori menarik. Jika PM merupakan Lone Ranger, maka KJ merupakan Tontonya iaitu sidekick kepada Lone Ranger bagi menangkis desakan ultra Malay ini. Baca sini. Jadi menurut beliau, KJ membuat 'kerja jahat' PM untuk berperang dengan golongan Melayu radikal. Ini kerana KJ bukan menteri kabinet walaupun mungkin beliau berbuat demikian untuk menjadi menteri kabinet. Mungkin juga beliau akan menjadi 'scape goat' jika rancangan ini backfire. Mungkin juga bukan jawatan kabinet yang KJ dapat tetapi menjadi 'kambing korban'. Ini teori Dato Ariff Sabri bukan saya. Don't shoot the mesengger, kata Datuk Ti Lian Ker.

Penutup kepada entri ini, saya ingin cerita perihal seorang kadi disebuah negeri. Ada satu kes pergaduhan rumahtangga yang merujuk kepada kadi berkenaan. Pasangan itu datang berasingan bagi mengadu masalah masing-masing. Hari pertama kadi itu didatangi oleh si suami. Si suami mengadu perihal salah laku isterinya. Isterinya malas memasak, asyik bermain mahjong, suka keluar dan tidak mempedulikan rumahtangga. Kadi berkenaan menyebelahi si suami.

Esoknya isterinya pula datang mengadu. Isteri menceritakan si suami seorang pemalas, tidak mahu bekerja, suka berpoya-poya dengan kawan-kawan dan suka berjudi. Kadi menyebelahi isteri pula. Dalam diam, isteri kadi berkenaan turut mendengar masalah rumahtangga pasangan berkenaan. Isteri kadi itu juga sudah tahu segala masalah pasangan itu, sudah nampak apa yang perlu dilakukan. Dia tidak setuju suaminya menyebelahi kedua-dua pasangan suami isteri itu. Baginya, salah seorang mereka, atau kedua-dua mereka perlu ditegur.

Mendengar nasihat isterinya itu, kadi berkenaan membetulkan kata-kata isterinya pula!

Pemimpin perlu berani menyebelahi kebenaran. Roosevelt pernah ditanya, apa kualiti seorang pemimpin. Jawab beliau: "Quick and firm decision." Kadang-kadang main selamat paling tidak selamat. Bak kata dek Sara dalam CSI, "not making a decision is making a decision". The worst one pula.








4 comments:

Anonymous said...

Saya memang dah lama tak percayakan najib bro. Ultra Kiasu semakin melampau. Mahu segalanya berunsurkan CINA. Adalah lebih baik mereka berhijrah ke China, Taiwan atau Hongkong. Bukankah mereka akan mendapat 'syurga' kecinaan di sana. Mahu Rm1 Billion? Selepas ini SJKT pula minta RM1Billion, Kadazan SJKkadazan, SJKIban, SJKSikh, SJKMelanau, SJKDayak mereka semua akan menuntut Rm1Billion. Satu ayat sahaja yg terbaik untuk ahli politik di Malaysia bro.. MEREKA SEMUANYA SIAL!!!

Antihipokrit

Unknown said...

Melayu Mudah Mengalah...

Anonymous said...

Ditelan mati emak, diluah mati bapak, tulah teman rasa dilema DSN skg.Dia tu, nombor satu melayu tapi melayu dah brpecah dan trpaksa tagih simpati mangkuk2 lain.Lain zaman TDM, skali sergah .... Kalu kita ditempat DSN, ada pulak pengkhianat melayu duk buat huru hara, kelam kabut dibuatnya.Pe2 hal melayu kena sedo dan brsatu.Politik jelah kuasa yang kita ada, tu pun dihujung tanduk.

sri tribuana said...

Erm, setiap masalah ada jalan keluar, bak kata dek Tun M, perah sikit otak