Followers

Saturday, July 24, 2010

Parti Melayu Ketiga

Sebelum ini saya pernah menulis, 'Mencari Parti Melayu Baru' pada 19hb Jun 2010. Baca sini. Tulisan itu datangnya dari keresahan saya melihat permainan politik kedua parti Melayu iaitu UMNO dan PAS. Apabila mereka berpecah, dan tidak ada salah satu darinya mampu menjadi dominan, mahu tidak mahu mereka terpaksa 'mengurat' undi bukan Melayu. Maka datanglah berbagai tawaran dan pakej yang menarik baik dari UMNO mahupun PAS kepada kaum lain. Kepentingan Melayu hanya menjadi 'umpan politik' saja.

Dalam blog Kickdefella, penulis blog berkenaan menceritakan bagaimana pada permulaan lagi perpaduan Melayu hanya digunakan oleh pemimpin PAS, lebih tepat lagi Salehudin Ayub sebagai trump card untuk berunding dengan DAP.Kejadian yang berlaku di Perak, sebaik PRU ke 12 dimana tidak ada parti yang boleh memerintah, dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani ingin menjadi orang tengah mendamaikan dua parti Melayu/Islam - PAS dan UMNO - untuk membentuk kerajaan. Malangnya, keihklasan Mufti berkenaan yang tidak ada kepentingan politik digunakan oleh PAS sebagai bahan untuk tawar menawar dengan DAP. Selebihnya adalah sejarah. Baca sini.

Kepada peminat PAS, hentikan berfikir bahawa PAS merupakan parti berteraskan Islam lagi. Ia merupakan parti dan kuasa adalah matlamat mereka. Tidak salah menyokong PAS tetapi jangan harap sangat ganjaran akhirat jika niat tidak betul sejak dari mula. 

Para ahli siasah nampak seperti buntu bagaimana ingin menyelesaiakan persoalan Melayu ini. Saya bercakap bagi pihak atas pagar yang sayangkan Melayu. Siapa yang perlu dipilih jika kedua-duanya berbontot hitam? Sekarang ini sedang hangat diperkatakan semula tentang perpaduan Melayu. Kedua-dua parti Melayu ini diminta berunding dan berdamai. Perlukah usaha diplomasi ini?

Bagi pihak UMNO, saya rasa tidak perlu. Julius Caesar pernah berkata, jika kamu sedang berunding dan berdiplomasi, sediakan angkatan tentera dibelakang perundingan itu. Hanya orang bodoh yang berdiplomasi kosong tanpa trump card atau 'buah sulit'. Malah pemimpin PAS sebelum berunding dengan DAP juga menyediakan altenatif UMNO sebelum memasuki perundingan. PAS mendakwa UMNO terdesak dan memerlukan mereka. Anehnya, UMNO yang memiliki lebih banyak kerusi Melayu lebih nampak terdesak dari PAS yang sentiasa berharap belas ihsan DAP dan sesekali PKR.

Sebelum ini saya menulis tentang isu 'Meluat' dan nampaknya mendapat sambutan. Ini realiti UMNO pula. Rata-rata masih ramai yang sayangkan 'UMNO' tetapi meluat dengan 'pemimpin UMNO'. Lama-kelamaan orang akan meluat dengan UMNO sendiri jika masih enggan berubah. Orang UMNO perlu faham, mesej dari pengundi pada PRU ke 12 adalah, sesuatu sedang terbentuk, satu trend yang tidak sesuai dengan pemerintahan ala UMNO sedang terbentuk. Zaman 2/3 sudah berakhir dan pengundi tidak mahu ada parti yang dominan.

Tun Musa pernah berkata: "Politik UMNO adalah politik kampung". Ini kerana orang kampung yang banyak menyokong UMNO kerana masih berharap pada orang politik dan pembangunan. Makin berdikari orang Melayu makin mereka tidak perlukan UMNO. Orang bandar tidak mempedulikan UMNO atau kepimpinan mereka tidak relevan bagi orang bandar. 

Diluar bandar, kecuali Kelantan, taktik pemimpin UMNO menabur duit dan pembangunan merupakan senjata yang ampuh. Bila kebanyakkan 'luar bandar' ini mengalami proses urbanisasi dan makin ramai pengundi muda yang pintar dan berpelajaran(lebih merbahaya jika menganggur), taktik menabur duit dan menjanjikan pembangunan merupakan taktik yang sudah lusuh. UMNO perlukan additional value yang lain untuk menawan hati pengundi muda. 

Dengan ringkas, berpandukan kata-kata Tun Musa yang ada benarnya dizaman gemilang UMNO, makin urban sesuatu constituency, makin sukar mendalami hati nurani pengundi. Ia tidak akan selesai dengan sekadar membina jalan, menurap dan menurap lagi jalan yang sudah diturap, program 'Pemuda' masuk kampung(mengapa tak Pemuda masuk bandar?) membuat jambatan walaupun tiada sungai atau parit, membuat cable car ke Gunung Tahan dan sebagainya. Pembangunan hanya akan laku di kawasan seperti Hulu Tembeling serta Sabah dan Sarawak sahaja.  

Menyedari hakikat minat orang Melayu terhadap UMNO dan PAS sudah menurun, malah ramai Melayu tidak meminati politik dan mengundi sekalipun membuat kedua-dua parti ini sedang 'bercinta' dengan kaum bukan Melayu. Bila kedua-dua parti Melayu ini gagal membawa agenda Melayu, Presiden Perkasa memberi idea untuk membubarkan kedua-dua parti Melayu berkenaan. Dan sudah tentu saranan itu hanya gimik kerana parti mana yang perlu dibubarkan dahulu juga satu persoalan.

Tidak mustahil juga, lambat laun Perkasa akan menjadi sebuah parti pula.





4 comments:

Anonymous said...

Jika pERKASA menjadi sebuah parti politik, maka scenario politik Melayu akan berubah. Perkasa mungkin akan jadi parti dominan orang Melayu. Semangat juang yang kuat akan muncul demi menjaga masa depan jenerasinya.Orang Melayu akan lebih sedar tentang semangat juang yang unggul seperti menentang British dan jepun.Kaseh sayang pada bangsa dan agama akan lebih menyerlah lagi jesteru itu tidak sesiapa yang akan dapat mengkotak katikan bangsa Melayu lagi..........

Anonymous said...

hidup 'PERKASA'
hidup 'PERKASA'
hidup 'PERKASA'

one one no belen said...

Salam.Tak ada salahnya dengan UMNO.yang p[enting buang semua pemimpin pemimpin UMNO yang bangsat tu.Masalahnya sekarang terlalu ramai si bangsat dalam UMNO.

Anonymous said...

STB,

Sombong melahirkan keangkuhan dan kezaliman produknya perpecahan dan perselisehan. Akhirnya meluat lah dan timbul pertanyaan apakah aku perlu menyokong lagi?. Soal nya dah tahu kenapa sokong walaupun perampok dan penyangak serta pemungkar. Kesalahan nya pada kita, jangan gaduh lah ,terima aja lah, kan itu semua adalah ujian Allah belaka supaya kita berfikir.

STB, kebelakangan ini karya sudara adalah berani dan amat berani. Tak pe lah berani menyuara kebenaran untuk kebaikan yang sekurang berkalimat sekurang-kurang nya 9 kali sehari semalam "Tiada Tuhan melainkan Allah" dan " Muhammad itu pesuruh Allah". Maka STB Teruskan tanpa "Fear" dan "Favour", yang penting berfakta dan ikhlas tanpa menimbulkan fitnah. Itulah Q STB.


TQ Kuang Bukit.