Followers

Friday, July 23, 2010

Meluat

Semalam, selepas mempengerusikan mesyuarat MKT, PM Najib telah dilontarkan satu soalan yang memeranjatkan beliau: "Benarkah orang sudah meluat dengan UMNO?". Lebih memeranjatkan saya, soalan berkenaan boleh ditanya kepada seorang PM yang mana partinya sedang memerintah. Memeranjatkan lagi, boleh pula soalan berkenaan keluar dalam Berita Perdana milik stesen TV pro BN.

Dengan tenang PM menafikan dakwaan itu. Sementara PM Najib menunjukkan liberalnya beliau, dan toleransi beliau ditanya soalan yang sensitif, seorang menterinya pula cuba menggunakan pengaruhnya sebagai menteri menghalang berita dilaporkan. Baca sini. Dalam blog Another Brick in the Wall, Nor Yakcop cuba menghalang akhbar milik kerajaan seperti STAR, Berita Harian dan NST dari melaporkan soalan YB Wee Choo Keong berkaitan dengan penglibatan beliau dengan isu Zarinah Anwar, Chairwoman Security Commission. Hanya Utusan Malaysia yang gagal dihalangi dan sempat mengeluarkan berita berkenaan.

Ini dua realiti yang berbeza dan tidak hairan jika ada dakwaan 'ramai orang sudah meluat dengan UMNO'. Walaupun PM cuba menunjukkan beliau transparent namun masih ada menterinya yang menggunakan kuasa untuk menutup 'bangkai gajah dengan nyiru'.Ini zaman teknologi maklumat, lambat laun kebenaran akan keluar juga.

Menarik juga hujah PM, mustahil orang meluat dengan UMNO kerana ahli UMNO kini seramai 3juta lebih. 'Mereka' semua sayangkan parti. Dan ini reality check kepada UMNO: jika 'mereka' seramai 3juta lebih itu sayangkan parti, mengapa begitu banyak mesyuarat cawangan yang tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat ketika tahun mesyuarat yang tidak ada pemilihan? Ini realiti yang berlaku dicawangan-cawangan. Ramai yang datang mesyuarat jika ada pemilihan kerana adanya 'imbuhan' atau kerana individu yang hendak merebut jawatan dan menjadi perwakilan mengumpul pengikut dan penyokong untuk menang.

Benarkah ahli seramai 3 juta itu benar-benar memberi impak kepada keperkasaan UMNO? Nampaknya buat masa ini, kebanyakkan ahlinya 'berpolitik' untuk meraih kebendaan. Dalam blognya SAKMONGKOL AK47, Dato' Ariff Sabri memberi statistik tentang parti-parti di Britain. Parti Buruh mempunyai seramai lebih kurang 200000 ahli dan parti ini menjadi pemerintah beberapa kali di England. Parti Tory pula mempunyai keahlian seramai 300000 sahaja. Ahli kepada kedua-dua parti ini kecil jika dibandingkan dengan populasi penduduk Britain. Ini persoalan klasik antara kualiti versus kuantiti. Untuk rujukan lebih lanjut baca sini.

Ada ura-ura hendak menambahkan lagi ahli UMNO. Kita sudah lihat dalam beberapa siri pilihanraya, jumlah ahli UMNO yang ramai tidak menjamin kemenangan calon BN. Jadi disini keahlian yang ramai tidak boleh diterjemahkan sebagai undi yang banyak. Dalam kata lain, bukan hanya orang ramai yang bukan ahli UMNO yang meluat dengan UMNO, malah ahli UMNO sendiri yang 'meluat' dan menterjemahkan dalam bentuk undi dengan mengundi pembangkang.

Dato' Sri Najib sebagai Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Naib-naib Presiden UMNO dan MKT, sudah sampai masa membetulkan semula UMNO. Apa yang saya nampak jika mereka menjawat jawatan menteri, mereka terlalu sibuk sebagai menteri dan organisasi yang membolehkan mereka menjadi menteri hatta PM diabaikan. Jika ada yang memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda tanpa menjadi menteri akan lebih lesu kerana menjadi menteri merupakan ultimate prizenya.

Dengan ramainya ahli akan lebih banyak masalah. Antaranya korum daif, politiking, perebutan jawatan yang teruk, politik wang, dan tidak puashati dengan pembahagian 'rampasan perang'. Membesarkan organisasi UMNO bermakna membesarkan lagi karenah birokrasi, menjadi lamban dan tidak innovatif. Parti yang lebih kecil, lebih innovatif. Jika tidak percaya baca buku 'The Fate of IBM'.

Dan akhir sekali, untuk mengelakkan UMNO dari menjadi parti yang meloyakan orang ramai, ia perlu kembali ke perjuangannya yang asal: mempertahankan Melayu. Untuk itu, UMNO kena kembali menjadi persatuan UMNO dan bukan wadah mencari makan atau menjadi parti peluang. Dalam blog Jebat Must Die, penulis menerangkan sebelum tahun 1990an, UMNO merupakan persatuan in real sense. Mereka tidak ada agenda 'membuat duit' melainkan benar-benar untuk berpesatuan, mendekati rakyat dan membuat amal. Baca sini.

Selepas tahun 1990 baru orang-orang muda menyertai UMNO untuk mendapat kontrak, pink form dan connection. Sejak itu, UMNO sudah tidak menjadi keramat lagi. Ketika UMNO sedang keramat dahulu, kita ambillah era kemuncak Tun Mahathir, berani atau tidak wartawan bertanya soalan 'meluat'? 

Kepada semua ahli UMNO, renungkanlah.






6 comments:

Anonymous said...

Kami sayangkan UMNO,tetapi amat meluat dgn Ketua Cawangan,Ketua Pemuda UMNO yg begitu tamakkan kuasa,memegang jawatan sampai berpuluh tahun.... ingat boleh bawa bawa sampai lubang kubur ke!!!!!!meluat sungguh...ketua pemuda hanya sibuk dgn projek ketua cawangan pun sama,ahli2 tak bertambah macam ni ke UMNO nak maju..Kepada Ketua Cawangan,Ketua Pemuda kalau rasa sudah lama tu berilah laluan kepada golongan muda pula kami pun pandai memimpin bukan anda sorang saje yang boleh.....

ClorocBleach

Anonymous said...

Ahli UMNO yang berkualiti dan proaktif adalah lebih baik daripada ramainya ahli yang tidak memainkan peranan sebagai pejuang parti, agama dan bangsa. UMNO perlu merapati rakyat,ambil berat tentang masalah mereka, kuat berpegang pada agama....merapati jemaah masjid dan surau dsbg. Mesti menanamkan semangat jihad dimana didalam sesuatu pekerjaan mereka tidak harus mengharapkan imbuhan serta kebendaan. Contohi bagaimana saudara2 kita dalam PAS. Mereka sanggup bermatian2 dalam perjuangan. Renungkanlah.......

Anonymous said...

NAK RENUNG APA,KAU TU YANG OPATUT RENUNG DIRI DULU,FATWA KAFIR,SOLATJEMAAH DUA IMAM,SEMBELIH UMNO HARAM,NAK RENUNG APA.KALAU BANGKANG PAS CEPAT CEPAT KELUAR FATWZA.HARI HARI DOK GILA SEKS,DALAM BLOG PAS PR BANYAK DOK IKLAN UBAT KUAT,

AKU TAJK PEDULI NAK SIAR KE TAK NAK SIAR KOMEN AKU,TAPI AKU SEDIH DENGAN PAS NI DOK JAJA UGAMA SEOLAH OLAH DIA YANG MASUK SYURGA DULU .UMNO SEMUA MASUK NERAKA,KAU INGAT SYURGA NERAKA KAUORANG PUNYA KE.

IMAN DINILAI DARI HATI .CUBA KAU RENUNGKAN HATI KAU,KALAU DOK BENCI ORANG MENGUMPAT MENGEJI MENGATA,KAFIR SANA KAFIR SINI
APA HUKUMNYA.

MEMANG PADANLAH DENGAN ORANG ORANG PAS,DAPAT MURSYIDIL PUN PERASAAN KUAT.
LEBIH HEBAT DARI RASULULLAH.NANTILAH KAU AKAN TENGUK.NIK AJIS PUN DURHAKA DENGAN SULTAN,ALLAH SENTIASA MEMBERI KEJUTAN PADA ORANG YANG LALAI.LALAI ADA DUA JENIS

1.LALAI KERANA KUAT BERUGAMA SAMPAI MENYIMPANG DARI AGAMA

2.LALAI DENGAN HARTA BENDA DUNIA SAMPAI LUPA AKHIRAT.

KAU ORANG DALAM KATWEGORI MANA.
RENUNGLAH DIRI KAU PULAK.

sri tribuana said...

Salam semua;

Saudara ClorocBleach, saya paham perasaan saudara.

Anon 8:53, tidak perlu organisasi besar-besaran kalau ahlinya tak phm malah tak tau yang dia ahli UMNO. Yg penting kualiti.

Anon 11:o6, saudara pengkritik paling lucu pernah saya temui. Saya sendiri ahli UMNO dan pernah memegang jawatan dalam UMNO, saya cuma menegur untuk kebaikan UMNO. Lihat perenggan ke 7 dalam artikel ini. 'Those who cannot be counsil cannot be help', sesiapa yg tidak boleh dinasihati, tidak boleh ditolong, kata Benjamin Franklin. Saya rasa org mcm saudara ini banyak dalam UMNO, itu sbb orang meluat dgn UMNO - rasa betul, tak boleh ditegur dan angkuh.

Anonymous said...

Saya pun sayang UMNO.

Betul ClorocBleach. Saya setuju dgn anda.

Tak perlu jauh. Tengok UMNO di Shah Alam. Lesu!!..PAS buat ceramah tapi tiada tindak balas drp UMNO. Letak banner mengarut. Letak iklan mengarut kat Shah Alam.

Sepatutnya UMNO Shah Alam kena lebih proaktif.

Dasar PR tidak kemana. Slogan MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR sememangnya adalah umpan menunggu mangsa.

Mangsa adalah rakyat Selangor!

Tapi sebagai syarat UMNO kena berubah sebelum rebah!

Tukarkan segera Pemuda UMNO SELANGOR! Itu sahaja..

Berjuang utk MENAWAN SELANGOR KEMBALI!!!..

tebing tinggi said...

Meluat nak komen pasal UMNO


1sekolah >1bahasa >1Malaysia