Followers

Wednesday, June 30, 2010

Memudahkan Yang Haram dan Menyusahkan Yang Halal.

1. Mari kita berfikir.

2. Seorang Islam yang ingin berkahwin sangat susah. Kena  pergi kursus JAKIM. Jika berkahwin luar negeri kena minta 'Kebenaran Kahwin'. Jika sudah beristeri kena minta izin isteri dan kelulusan kadi. Kahwin halal samada poligami atau tidak. Kita susahkan ia.

3. Rumah urut banyak cambah. Kelulusannya bukan susah. Jika haram pun, hari ini tutup, esok buka semula. Di rumah urat berleluasa zina dan maksiat. Zina haram tapi dipermudahkan urusannya.

4. Cerai dibenarkan walaupun Allah tidak suka. Wanita yang digantung tidak bertali disusahkan urusannya untuk mencari kebahagiaan. Kononnya untuk mengurangkan penceraian dikalangan umat Islam. Kebahagiaan wanita diabaikan hanya kerana ingin mengurangkan statistic.

5.  Jika ada bijak pandai hendak mengajar atau berceramah atau bertukar pandangan yang berlainan sedikit kena minta kelulusan atau lesen atau kebenaran berceramah. Jika tidak akan ditangkap kerana tidak mengikut Ahli Sunnah, di cop Wahhabi dan lain-lain. Pintu perbincangan ditutup sama sekali. Umat Islam tidak dibenarkan berfikir. Semua kena ikut apa yang difatwakan oleh 'ulama'. Tidak boleh ada budaya ilmu. Yang ada cuma budaya 'parrot' - ulang berkali-kali apa yang tok guru kepada tok guru kepada tok guru kepada tok guru ajar. 

6. Quran rujukan paling akhir. Kedua akhir adalah hadis. Rujukan pertama apa kata tok guru ini dan tok guru itu. Apabila tok guru itu dan ini berkata-kata, tidak boleh dibantah sebab dia keramat, wali atau separuh wali.

7. Kesimpulan: dipersusahkan yang halal dan baik tapi dipermudahkan yang haram dan menyesatkan. Minum arak dan berjudi dipermudahkan. Tidur dalam masjid dipersusahkan.

Apa sudah jadi kepada orang Islam ini?



2 comments:

Anonymous said...

Salam SRT,

Semoga sehat dan berbahagia.

2. Adakah itu akibat minda dan pemikiran penjajah?. Sepatutnya pemikiran dan pemerhatian SRT diperhalusi, seolah-olah nya Undang-undang buatan manusia mengatasi Al-Quran dan Hadith. Apa sudah jadi?.

TQ Kuang Bukit.

sri tribuana said...

Salam kembali saudara Kuang Bukit,

Lama juga tidak memberi komen, terkejut saya tadi. Sihat?

Saya rasa asalnya memang penjajah kerana meletakkan kuasa 'agama' pada pihak tertentu yang 'untouchable' pulak tu. Kemudian kita sudah merdeka, tidak sesuai menyalahkan penjajah sampai bila2.
Ada juga datangnya masalah taksub org kita pada individu tertentu yg digelar alim ulama ini. Sgt membahaya kerana kita lari dari ajaran Rasulullah yg menekankan Quran sebagai panduan hidup yg datangnta dari Allah sendiri.