Followers

Wednesday, June 16, 2010

Cina Juga Bukan Bangsa.

Nanti dulu, kaum Cina jangan mengamuk, baca sampai habis dulu. Ini bukan posting untuk retaliate artikel Micheal  Chik(en) dalam Malaysia Today, The origin of Malay. Dalam artikel berkenaan, Chick(en) mendakwa Melayu bukan satu bangsa langsung.

Pada  25  May 2009, saya menulis bertajuk 'Pelajaran dari Shih Huang Ti'. Sila baca sini

Saya ulangi lagi sekali, Shih Huang Ti atau maknanya Maharaja Pertama dari negeri Chin. Ketika itu Tanah Besar yang kita kenali dengan nama China sekarang ini mempunyai enam negeri. Setiap negeri merdeka, mempunyai kerajaan sendiri, bahasa sendiri, adat resam, budaya sendiri dan bahasa sendiri.

Enam negeri itu adalah Chin, Han, Zhao, Wei, Chu dan Yan. Mereka tidak pernah menganggap mereka bangsa China.Seperti yang saya tulis dalam artikel berkenaan, Shih Huang Ti telah menakluk semua kelima-lima negeri yang lain dan mewajibkan mereka bertutur dalam satu bahasa iaitu Mandarin. Shih Huang Ti hidup antara tahun 259BC hingga 210BC. 

Ini bermakna sejarah China bermula 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa yang kita jadikan kalendar gregorian sekarang ini. Selepas kejayaan Shih Huang Ti menyatukan Tanah Besar dalam kekuasaan dinasti Chin, barulah seluruh Tanah Besar itu dinamakan China, semperna nama dinasti Shih Huang Ti iaitu Chin Dynasty(jika dirumikan kadang-kadang dieja Qin).

Kesimpulan di sini, bangsa China juga asalnya bukan bangsa. Asalnya mereka adalah etnik-etnik kecil yang di satukan oleh satu budaya dan satu bahasa. Lama kelamaan ini memberi identiti atau jatidiri kepada bangsa mereka dan kemana mereka pergi, mereka membawa budaya Tanah Besar China walaupun mereka mempunyai dialek dan sub etnik seperti Kantonis, Hakka, Hokkien dan sebagainya.

Jika kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh ingin mewujudkan 1Malaysia, belajarlah dari Shih Huang Ti. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dalam bidang pendidikan. Hapuskan sekolah jenis kebangsaan dan wujudkan satu sistem pendidikan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

Memang akan wujud tentangan tetapi lihatlah Shih Huang Ti dan belajar bagaimana dia 'mengembala'kan kaum China. Beliau menggunakan kekerasan semangat dan tidak undur walaupun menghadapi rintangan. Bukan dengan mengalah dan mengalah.

1Sekolah.1Bahasa. 1Malaysia.






4 comments:

Unknown said...

susah nak berjaya selagi pemimpin melayu UMNO tak bersungguh nak mendaulatkan bahasa melayu. berkempen dgn org melayu guna BM, tp cina, india guna BI. smpi bila pun dorg akan pelat dan sombong.

Anonymous said...

sangat sokong 1 sekolah, 1 bahasa, 1 malaysia. nak sekolah cina atau india gi ler sekolah kat negara diaorang. ini negara malaysia, bukan cina atau india. benda ni tak perlu dipertikaikan, tak perlu takut melaksanakan, sebab negara ini adalah negara MALAYSIA diulangi MALAYSIA.

GodFatherX

bRAVEhEART said...

Lebih susah nak berjaya selagi pemimpin Pas memusihi UMNO dan Melayu tidak bersatu ~ bh

Unknown said...

tapi kerajaan takut nak laksana 1 sekolah 1 malaysia.

lagi cadang mewajibkan bahasa asing di ajar di sekolah kebangsaan.

cdgn gila. lagi naik lemak cina dan india ni. sedap xnak guna BM pasni sbb dorg tau org melayu tau bahasa dorg.

jadi, mana pergi BM akhirnya?