Followers

Wednesday, October 19, 2011

Tiada Imam Bertauliah Untuk Anak Dr. Moosa.

Dari kiri: saya, isteri saya, isteri Dr Moosa dan Dr. Moosa.

Semalam, hari Selasa, 18 Oktober saya cuba membantu Dr. Mahomed Moosa untuk mendapat kebenaran melangsungkan perkahwinan anak perempuannya. Saya ke Pusat Islam dan bertemu dengan pegawai JAWI. Kami mendapat jawapan yang sama: beliau perlu menetap di Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan untuk memboleh anaknya bernikah di Malaysia.

Apabila saya bertanyakan alasan, jawapan yang saya dapat adalah, Malaysia tidak mahu jadi seperti Thailand sebagai pusat pernikahan warga asing. Satu jawapan paling tidak logik dan tidak rasional yang pernah saya dengar. Apa salah jika Malaysia menjadi hub perkahwinan muslim seluruh dunia? Tidakkah ini baik bagi industri perlancongan di Malaysia?

Saya menulis isu ini lagi sekali dan akan terus menulis kerana sesuatu perubahan perlu dilakukan. Menurut pegawai berkenaan, perkahwinan boleh dilangsungkan di Malaysia cuma imam yang bertauliah dengan kerajaan tidak dibenarkan terlibat. Dengan kata lain, Dr. Moosa perlu cari imam sendiri atau 'imam syndicate' menurut istilah pegawai berkenaan.

Dalam perjalanan pulang ke hotelnya, Dr. Moosa menyatakan kehairanan mengapa begitu susah wakil kerajaan Malaysia untuk memberi kerjasama dalam soal menikahkan saudara sesama Islam. Saya tiada jawapan selain berasa malu sebagai orang Islam dari Malaysia. Malaysia sepatutnya mempunyai muslimin yang moden dalam semua segi, namun peraturan zaman dinasour masih wujud, dan memberi nama buruk  kepadanya. Kita mengurung diri sebagai muslim yang terasing dari dunia Islam lain.

Bahkan Dr. Moosa menyatakan di negara 'kufar' mengikut istilahnya seperti Amerika soal perkahwinan walaupun secara Islam tidak menyukarkan. Apa boleh saya katakan lagi? Ternyata 'religious folks' kita tidak mempunyai pemikiran yang dinamik dan moden. 

Dr. Moosa merupakan seorang pelancong 'regular'. Beliau sering ke Malaysia, dan selain hal kesukaran berkahwin, menurutnya Malaysia merupakan negara yang indah. Beliau suka Malaysia hingga beliau menemui sudut gelap dunia Islam di Malaysia. Anehnya, pandangan ini tidak datang dari orang bukan Islam, tetapi datang dari saudara sesama Islam. Saya berasa janggal.

Dr. Moosa sudah berangkat pulang ke Australia petang semalam dengan pengalaman aneh berada di negara Islam bernama Malaysia.

Well done 'religous folks'.




5 comments:

Mael Hashim said...

Pegawai itu hanya menjalankan tugas. Yang menetapkan peraturan ialah orang politik. jadi, bukan 'religious folks' yang perlu dimarah, tapi 'political folks' yang telah menggubal undang-undang.

Anonymous said...

Memang political folks yang menggubal undang-undang tetapi religious folks yang merangka undang-undang tersebut. Sepatutnya religious folks memperbetulkan apa yang tidak betul tersebut sekiranya ianya bercanggah dengan hukum Islam. Ramai religious folks ini mengikut peraturan tanpa mingikut budibicara. Mereka ini malas untuk memperbetulkan kesilapan tersebut kerana ia tidak melibatkan kepentingan mereka.

Tok Ngah said...

Suruhle bapak dia menikahkan sendiri anak perempuannya tu. Cari saksi tak perlu Imam bertauliah. Mana punya mazhab pulak kena ada Imam bertauliah untuk menikahkan anak perempuan sendiri. Halalkan dulu perhubungan dua insan. Daftarlah kemudian, habis- kuat pun kena denda je.

Berhati-hati nak komplen JAKIM nanti dicop sebagai penderhaka titah YDPA.

shamsulS2 said...

Pada pandangan Saya:-

Adalah wajar kita mematuhi peraturan yang telah dijadikan undang-undang kerana para pengubal undang-undang telah memikirkan dari semua sudut sebelum undang-undang tersebut digazetkan.

Walaupun Islam itu memudahkan tetapi bukan semudah yang difikirkan oleh kebanyakan orang.

Unknown said...

mesti kene tgk dari sudut positif ngn negatif berkenaan ngn perkare mcm nie ^^