Followers

Tuesday, July 12, 2011

4A: Anwar, Ambiga, Abdullah dan Agenda.

Sudah kedengaran desas desus bekas Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Abdullah orang yang mengatur pertemuan antara YDP Agong dengan Ambiga. Hingga kini, dari pihak Istana tidak mengeluarkan sebarang Titah berkaitan dengan pertemuan mereka. Kita hanya mendengar hasil pertemuan itu dari Ambiga sahaja.

Menurut beberapa sumber, Pak Lah bukan hanya mengatur malah turut hadir ketika pertemuan berkenaan. Anehnya, Ambiga tidak menyebut langsung kehadiran ataupun peranan Pak Lah.

Ada agenda yang lebih besar sedang berlegar nampaknya. Dalam Agenda Daily Pak Lah menafikan beliau terlibat mengaturkan pertemuan Ambiga dengan YDP Agung. Namun beberapa blogger seperti Outsyed the Box dan blogger APANAMA sudah menulis tentang peranan Pak Lah dalam pertemuan itu. Bahkan sebelum kedua blogger berkenaan mendedahkan peranan Pak Lah, saya sudah mengetahui peranan Pak Lah kerana telah diperkatakan dikalangan pengamal media cyber.

Pak Lah, bagaimanapun mengaku ada bertemu Ambiga sebelum 9 Julai. Menurutnya, beliau bertemu Ambiga untuk menasihatinya supaya membatalkan demo itu dan patuh kepada titah Agung.

Ada yang meramalkan, Pakatan Rakyat bakal menghadapi masalah untuk berpakat jika Anwar kembali ke rumah asalnya: Sungai Buloh. Selama ini, Anwar merupakan faktor penyatu antara DAP dan PAS, walaupun peminat Anwar sendiri berbondong-bondong meninggalkannya. Tanya saja siapa Anwar kepada Ezam, Zulkifli, Zahrain, Gobalakrishnan dan ramai lagi. 

Jika Anwar tiada lagi dalam pencaturan politik Malaysia, PR memerlukan tokoh yang boleh menggantikan Anwar dan menguatkan semula alliance DAP dan PAS. Dalam blog Outsyed the Box, beliau menimbulkan dua nama  'senior UMNO members', yang mana satu darinya tidak susah untuk diteka apabila beliau memberi hint 'from East Coast'.

Maka saya jadi tidak hairan jika penembak tepat dari Pahang yang menggunakan senjata buatan Rusia selalu menembak PM Najib. Semua orang tahu hubungan beliau dengan 'senior UMNO member from East Coast'. Dan rumour yang mengatakan beliau juga ada bertemu Anwar mempunyai kemungkinan besar. Makin jelas bukan agendanya.

Ambiga, Anwar, Abdullah dan Agenda. Jadi BERSIH bukan berkaitan dengan 'fair and clean election' sangat pun. Itu hanya ploy mereka sahaja. Jika ada 'A' yang digunakan oleh orang-orang politik di sini hanya A.Samad Said.

A.Samad Said dan anak-anak muda yang naive berarak, bertempik dan bertempur dengan FRU sahaja yang tidak tahu agenda sebenar BERSIH. Mereka bukan orang pllitik pun, cuma alat orang politik.

Nak buat macam mana, dalam dunia ini, orang bodoh(atau naive) makanan orang cerdik. Dah jadi 'rule of thumb' pun.


2 comments:

Anonymous said...

tak berapa cerdik betui la pak lah ni.

dah la dulu dalam meeting dok tidoq saja.

yang hang pi lepas penyangak anuwar tu buat pe. konon2 nak tunjuk kata kerajaan ni bagus la..

Tup2 ha tengok, hang pun kena terajang dari pangkat PM.

Harap PM Najib janganlah dok buat silap camtu.

Humban je penyangak2 ni dalam lokap, tangkap bawah akta darurat, tak pun ISA.

Semua rakyat Malaysia nak keamanan hingga ke next generation, and menjadi negara maju tahun 2020.

-art-

Unknown said...

Salam hormat, harap dapat dilink blog hamba disini..
terima kasih..

http://klboyzwangsa.blogspot.com/