Followers

Tuesday, November 30, 2010

Celoteh Aneh Menjelang Perlawanan El Classico.

Saya makin sibuk sekarang ini dan masa untuk menulis mungkin berkurangan. Ada beberapa perkembangan yang sihat menyebabkan satu aset berharga saya iaitu masa terlepas untuk saya menulis sebanyak mungkin. Tapi saya tetap akan menulis walaupun dihambat kesibukan - insyaAllah.

Dalam profile diblog ini pernah saya tulis saya sebagai 'full time thinker'. Itupun ada orang tidak senang dan melemparkan bermacam kata-kata terhadap saya. Dan 'orang-orang' itu datangnya dari Jerantut. Ingin menjadi 'full time thinker' pun ada orang marah sedangkan saya tidak hijack projek mega sesiapa, tidak juga berangan untuk merampas kerusi ADUN atau ahli Parlimen Jerantut.

Itu antara reason saya menyiarkan tentang Karl Marx dan 'confession'nya. Favourite occupation Karl marx merupakan 'bookworming'. Maknanya, pekerjaan kegemaran Karl Marx adalah ulat buku. Di dunia barat segalanya itu mungkin. 

Di Malaysia, aspirasi saya ingin menjadi 'full time thinker' merupakan 'dosa' dan menjadikan saya alien dari planet zargot, mungkin menyalahi peribadi saya sebagai Melayu. dan sebagai Melayu saya perlu kekal bodoh, pemungkor dan hanya kejar projek mega. Duit adalah segalanya.

Saya berblog kerana hanya satu tujuan - adanya keresahan jiwa saya terhadap persekitaran saya yang tidak dapat saya ubah melalui tindakan atau perbuatan. Tidak juga saya mengharap tulisan saya boleh mengubah apa-apa. Saya hanya insan kerdil yang mungkin hanya 'small time thinker'.

Saya bukan menulis kerana rating untuk menjadi popular hingga masuk dalam golongan 'blogger elite' yang mendapat bayaran dan dijaga oleh orang tertentu. Saya tidak sanggup jadi seperti apa yang disifatkan oleh blog Gelombang Wangsa Maju sebagai BLOGGER FIRAUN KECIL. Demi Allah saya tidak akan melacurkan sedikit sebanyak bakat saya.

Saya juga bukan menulis supaya 'orang atas' pandang saya untuk saya menjadi pemimpin. Saya juga tidak menulis kerana hendak bersaing sesama blogger siapa paling popular. Jika idea kita bernas, seratus tahun akan datang penulisan kita tetap mendapat perhatian kerana emas yang asli tidak akan bercampur dengan loyang. Lambat laun, emas sepuh akan hilang keasliannya.

Kickdefella menulis tentang kesengsaraan Vincent van Goth dalam Vincent - Kesedihan Abadi Selamanya. Sebagai artis, van Goth miskin, melara dan pernah menjual karya-karyanya dengan hanya menukar dengan sedikit makanan dan pekakas lukisan. Semasa hidupnya, lukisan beliau tidak diiktiraf, namun kematiannya menjadikan karyanya masterpiece. Setahu saya, hanya Piccaso seniman yang terkenal dan kaya semasa hidupnya. Yang lain semuanya merempat.

Namun seniman tetap akan memberontak terhadap persekitarannya. Steinbeck memberontak terhadap kemiskinan dan jurang antara 'have' and 'have not'. Hemingway memberontak terhadap hidup yang baginya kosong. Manusia seperti sentiasa terpaksa bertarung dengan alam untuk mengisi makna kewujudannya. 

Franz Kafka memberontak terhadap privacy yang tidak wujud kerana sebagai seorang Yahudi Austria, beliau dihantui oleh penindasan Nazi German, dan semasa kecilnya Kafka tidak mempunyai bilik sendiri, bapanya sering bebas keluar masuk untuk membaca surat-surat peribadinya. 

Seniman tahu apa yang diberontakkan itu tidak akan seleasai dan tidak akan ada penyelesaian. Keresahan ini menimbulkan rasa syahdu dan kerinduan untuk melepaskan sesuatu gelora yang tersimpan akibat rasa sensitif mereka menafsirkan alam dan manusia mengikut 'sensibility' kesenian mereka. Ini melahirkan tema.

Mungkin manusia yang digarap, cerita dihikayatkan boleh berlaku dimana-mana, namun keuniversalan tema mereka seperti kemiskinan, keresahan, kemelaratan, ketidakadilan ekonomi dan sosial, ketamakan merupakan tema yang universal melangkaui batas agama, budaya, bangsa dan negara.Ianya hanya kisah suka duka manusia.

Saya akhiri posting aneh saya pagi ini dengan maxim kegemaran Karl Marx : "Nihil humani a me alienum puto"

atau


"I consider that nothing human is alien to me."

Monday, November 29, 2010

Media Baru.

Era baru, strategi baru. Siapa yang mengamalkan strategi lama, atau enggan berubah, akan rebah. Beberapa ahli politik yang masih memiliki mentaliti zaman Jurassic, merupakan dinosour politik yang akan pupus. Inilah rumusaan keadaan yang berlaku selepas PRU ke 12.

Sebelum PRU ke 12, pemimpin BN/UMNO memandang remeh para blogger. Mereka cuba menguasai media perdana dan mengabaikan media baru. Malah salah seorang pemimpin sayap ketika itu memanggil blogger 'beruk'. Akhirnya title 'beruk' itu kembali kepadanya. Baca sini.

Selepas PRU ke 12, BN baru memahami selama ini senjata ampuh untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat adalah melalui media baru. Antara rahsia kejayaan PKR sehingga mereka mengangkat diri mereka sebagai 'government-(forever)-in-waiting' adalah  sms based, blog, tweeter dan facebook.

Saya mula membuka akaun facebook pada tahun 2006. Ketika itu Myspace dan Friendster lebih popular. Saya tidak temui seorang pun orang politik berjawatan menteri dalam facebook semasa saya mula-mula membuka facebook. Selepas PRU ke 12, facebook dihuni oleh semua lapisan masyarakat dari tok empat, ketua cawangan, ketua bahagian hingga ke Perdana Menteri. Alhamdulillah, mereka berubah.

Ini bermakna, kerajaan mula mengakui pentingnya media sosial dan media baru. Malangnya dalam kabinet masih ramai dinosour politik yang gagal memahami - dan membaca - realiti baru. Tun Mahathir pernah sekali berucap bahawa para journalist merupakan golongan yang berpengaruh - malah lebih berpengaruh dari beliau yang hanya sekadar ahli politik.

Ketika Tun Mahathir membuat ucapan itu, media baru ini masih belum wujud. Malangnya bagi sesetengah menteri - dan kebanyakkan ahli politik lapisan bawahan seperti ADUN dan ahli parlimen - mereka masih hidup di zaman 'pemimpin tahu semua.' Mereka akan meremehkan media baru dan para blogger yang bagi mereka tidak setanding dengan 'kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka.'

Jika negarawan ulung memahami batas-batas kuasanya sebagai 'orang politik', ada pemimpin kini yang gagal memahaminya. Seorang blogger tersohor telah menulis dalam blognya berkaitan penglibatan anak seorang menteri dalam hal lobi melobi projek. Blogger berkenaan telah disiasat oleh SKMM, laptopnya dirampas dan dipaksa menyerahkan password blognya.

Tindakkan menteri berkenaan membuka 'Pandora's Box'. Saya merasakan dalam dunia blogosphere; ini merupakan pengetahuan umum. Moralnya mudah. Malaysia dan seluruh dunia sudah berubah apabila adanya ledakan maklumat yang dijana oleh internet. Orang politik kena faham sekarang tidak semua boleh ditutup dan disimpan bawah karpet.

Mana-mana pemimpin UMNO yang masih hidup zaman kegemilangan 'selected tender', atau kautim, mesti memahami UMNO masih parti yang sama, yang berubah sekarang adalah persepsi. Berubahnya persepsi ini bukan kerana maklumat tetapi 'maklumat yang tidak baru tetapi baru difahami oleh rakyat' telah melanda dunia blog, tweeter dan facebook.

Masalah yang sama sekarang berlaku kepada PKR. Setiap tindak tanduk mereka juga diteliti dan dihuraikan oleh blogger. Mereka tidak bebas menggunakan 'kuasa yang ada pada mereka' kerana setiap penyelewengan akan dibongkar. Imej PKR yang kononnya bersih dan telus juga telah tercalar dek 'maklumat yang baru' itu sudah sampai kepada rakyat.

Pengajaran kepada BN jika mahu kekal memerintah adalah, seperti kata PM Najib, juarailah media baru. Alhamdulillah, sudah banyak juga blogger pro BN yang sudah ada 'ummp'. Dulu dikatakan blog pro BN tidak ada umph, dan BN berjaya belajar dari musuh dan membaiki 'senjata itu' dengan lebih tajam.

Namun pengajaran yang paling penting BN perlu fahami adalah, insaflah, menteri-menteri perlu faham mereka bukan lagi berkuasa penuh. Semuanya sudah diteropong dan dihidangkan dizaman 'third wave' ini. Jadi mana-mana menteri yang tidak faham realiti baru ini, masih hidup dalam zaman 'closed tender', eloklah berundur jika tidak menjadi liabiliti kepada BN.

Menjadi menteri bukan lagi bererti berkuasa penuh, memberi dan mengagihkan  projek kepada kroni, mengamalkan korupsi dan paling penting, bukan jalan untuk cepat kaya dan mengkayakan kroni. 

Zaman sudah berubah.



Thursday, November 25, 2010

A.B.A

Menjelang pilihanraya ke 12, singkatan ABU sangat terkenal. A.B.U - Asal Bukan UMNO. Sudah tentu pereka singkatan-singkatan ini datangnya dari parti seperti PKR. Sekarang dalam PKR tercipta abbreaviation baru - A.B.A - Asal Bukan Azmin.

Walaupun Azmin kelihatan unstoppable untuk menjadi Timbalan Presiden, dan anak emas Anwar, namun beliau tidak disenangi oleh Presiden Parti - Wan Azizah. Azmin juga tidak disenangi oleh anak Anwar, Nurul Izzah. Azmin hanya disenangi oleh pak turut-pak turut Anwar yang merupakan penyokong membuta-tuli. Blogger Penarik Beca sebagai pembenci UMNO tegar juga tidak meminati Azmin.

Sebelum Zaid Ibrahim membuat keputusan meletakkan semua jawatan dalam PKR dan keluar dari parti berkenaan, Zaid dilihat sebagai tokoh yang boleh menyaingi Azmin. Pernah juga Khalid Ibrahim dilihat sebagai alternatif kepada Azmin. Ramai juga dalam PKR yang neutral dan 'berakal' harap siapa saja boleh menjadi Timbalan Presiden tapi A-sal B-ukan A-zmin.

Mengapa?

Azmin sebenarnya anak didik Anwar, dan rumour mengatakan rapatnya mereka lebih dari sekadar mentor-protege. Ada sesuatu yang ghaib dan gelap menyelubungi hubungan mereka. Saya tidak berani mengatakan ya atau tidak kerana diluar topik, terapi Azmin merupakan penyebab Anwar renggang dengan Ezam, Khalid Ibrahim, Zulkifli Nordin dan ramai lagi.

Oleh itu, ramai pemerhati, atau peminat PKR yang melihat Azmin sebagai pemecahbelah parti berkenaan. Mana-mana group yang neutral dan mengharapkan PKR sebagai pemangkin kejatuhan BN seperti blogger Penarik Beca mungkin menyalahkan Azmin atas segala huru hara dan kekecohan parti itu baru-baru ini. Dakwaan itu ada benarnya.

Parti Keadilan Rakyat tidaklah sebenarnya adil. Mereka menuntut keadilan tetapi de facto leader mereka iaitu Anwar gagal berlaku adil. Anwar akan lakukan apa saja bagi memastikan Azmin akan menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden. Azmin diharap meneraju parti jika apa-apa berlaku pada Anwar.

Dan 'melakukan apa saja' itu termasuk menipu kertas undi, undi hantu, memalsukan ahli, gangsterism dan apa saja asalkan Azmin menang. Nampak gayanya perancangan Anwar-Azmin sudah berjaya tetapi dengan kos. Kosnya, PKR hilang kepercayaan pengikutnya, dan pengundi atas pagar yang suka melihat ketelusan dalam politik.

Sebenarnya, Anwar cuba melahirkan klonnya. Jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Jika guru ajar anak murid jahat sikit, anak murid akan mampu membuat jahat lebih dari gurunya. Jika kita suka slogan A-sal B-ukan A-zmin, apa kata rakyat Malaysia menolak klonnya A.B.A yang bererti Asal Bukan Anwar?

Katakan tidak kepada Anwar.

P/S: But I love ABBA, their music simply the best!

Tuesday, November 23, 2010

Parti Baru

Ura-ura mengatakan Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru. Beberapa blogger sudah mula 'menganjing' usaha Zaid ini dengan meminta pembacanya mencadang nama parti Zaid. KMK - Keadilan Menentang Keadilan? atau MLUS - Melayu Liberal Untuk Semua?, PLK - Parti Liberal Keadilan? 

Biar Zaid dan pengikutnya menentukan nama partinya kemudian tetapi tindakkan terbaru tokoh Melayu Liberal ini memang menambah warna-warni politik Malaysia selepas era Mahathir. Sudah juga beberapa blogger bercakap tentang 'third force' atau 'kuasa ketiga. Baca sini. 


Pernah saya berbincang dengan beberapa orang rakan yang aktif dalam politik dan mereka meramalkan turning point politik Malaysia adalah dalam pilihanraya ke 13. Pilihanraya ke 13 menentukan samada BN masih kekal memerintah atau BN terus hilang kuasa. 

Jika BN masih kekal, bermakna BN mempunyai talian hayat untuk lima tahun lagi bagi membetulkan kesilapan pilihanraya ke 12. PM Najib mewarisi khazanah Tun Abdullah yang membebankan, dan jika BN masih berkuasa selepas pilihanraya ke 13, itu benar-benar mandat untuk kepimpinan beliau.

Apa yang menarik adalah ramalan jika BN kalah. Scenario politik makin sukar diramal andainya BN kalah. Dalam keadaan PKR yang huru hara, PAS dan DAP kembali curiga mencurigai apabila tiada PKR sebagai pengimbangtara; siapa sebenarnya akan membentuk kerajaan? 

Maka muncul teori 'third force' ini. Jika PR merupakan alternatif kepada BN, maka third force ini alternatif kepada kedua-dua PR dan BN. Rakyat mungkin sudah muak dengan kedua-dua parti 'goverment' dan parti 'government-forever-in-waiting'.

Kita sudah ada beberapa wakil rakyat bebas tapi seringkali mereka lebih pro kerajaan dari pembangkang. Mungkin 'bad blood' antara mereka dengan pembangkang membuat mereka lebih ingin melihat PR hancur dari BN hancur. Ada teori mengatakan mereka - MP Bebas ini - dibawah 'payroll' parti pemerintah.

Walaubagaimanapun, usaha Zaid menubuh parti baru ini membawa satu scenario baru dalam politik Malaysia. Jika dulu kita cuma ada pembangkang dan kerajaan, sekarang kita ada kerajaan, pembangkang, pembangkang kepada pembangkang, pembangkang pro-kerajaan dan pembangkang anti-kerajaan dan anti-pembangkang. Wow indahnya demokrasi.

Zaid Ibrahim merupakan 'political enigma'. Beliau boleh memilih jalan mudah dengan naik dalam UMNO apabila beliau menjadi menteri tetapi seringkali ideannya tidak 'connected' dengan majoriti partinya. Ketelusan yang diharap kononnya ada dalam PKR membuatkan beliau kecewa. Usaha beliau untuk memenangi jawatan tertinggi PKR selepas Wan Azizah menunjukkan tanda-tanda beliau ingin menguasai parti berkenaan.

Beliau tidak sesuai dalam budaya politik UMNO, juga tidak sesuai dalam budaya politik PKR, jalan terbaik baginya adalah menubuhkan parti baru. Soalnya, ke mana hala tuju parti baru ini? Pro-UMNO atau pro-PKR? Berkecuali bererti partinya akan menjadi picisan. Seperti kata Syed Akhbar Ali, pengundi Malaysia suka jenama yang sudah terkenal.

Dalam kesimpulan perbualan kami di Parlimen Kedai Kopi, andai kata BN gagal mencapai simple majoriti untuk menjadi kerajaan pada pilihanraya ke 13 nanti, akan berlaku turning point dalam politik Malaysia yang mana tawar menawar, rundingan dan kompromi perlu dilakukan bagi parti-parti yang 'sesuai jiwanya' untuk menjadi kerajaan. 

Politik makin sukar diramal dan makin tidak stabil. Seperti kata Kickdefella, tidak seperti 22 tahun lalu semasa era Mahathir, samada anda suka Tun Mahathir atau tidak, semua rakyat Malaysia akan tidur dan bangun dengan yakin PM Malaysia tetap Mahathir.

Mungkin dalam mandat lima tahun selepas pilihanraya ke 13, PM akan bertukar lebih kerap, 'vote of no confidence' menjadi mantra senjata politik ampuh. Semuanya mungkin jika BN kalah. 


Monday, November 22, 2010

13 Mei.

Wartawan Utusan, Zaini Hassan, kolumnis Cuit mencadangkan tarikh 13 Mei dijadikan Hari Muhibah. Ironinya, 13 Mei 1969 merupakan titik hitam sejarah perpaduan kaum negara ini. Pada 13 Mei 1969, berlaku rusuhan kaum antara Melayu dan Cina. Ini kejadian pertama berlaku selepas Malaysia merdeka. Dan saya sangat berharap, ianya juga yang terakhir.

Sementara Tan Sri Muhyidin mewajibkan matapelajaran sejarah sebagai subjek lulus dalam SPM, Datuk Seri Najib menolak untuk menjadikan tarikh 13 Mei sebagai tarikh yang significant.


"We should regard it as an event in the annals of history from which we can learn from... as a demarcation for us so that it will not recur." — Prime Minister Najib Razak ("No need to commemorate May 13 riots", NST, Nov 17, 2010)

Ketegasan Datuk Seri Najib untuk menimbang kemungkinan menjadikan peristiwa berdarah ini sebagai hari penting di Malaysia mendapat respond dari Jebat Must Die dan Rocky's Bru. Baca JMD disini. Baca Rocky's Bru disini.

Saya pernah menulis sejarah mesti diajar sejujur-jujurnya. Sejarah tidak boleh ditulis berdasarkan apa yang pemerintah atau sesiapa saja suka. Let call a spade, a spade. Perkara sebesar ini, yang pernah mengoncang kewujudan Malaysia hingga ke foundationnya perlu diingati dan diceritakan secara jujur. Bukan tujuan menjadikan ianya satu peringatan untuk menakut-nakutkan satu golongan atau menyalahkan satu golongan.

13 Mei 1969 merupakan kesilapan satu golongan yang overestimate kebolehan mereka untuk memerintah, lantas menidakkan sensitiviti penduduk yang merasakan mereka penduduk asal Malaysia. Jika 50 tahun selepas merdeka  kita masih berbicara tentang 'penduduk asal' dan 'pendatang', apa lagi pada tahun 1969 ketika jurang ekonomi antara Melayu dan kaum lain sangat besar.

Orang-orang Melayu kebanyakkan hanya petani, dan pentadbir. Mereka yang tidak memahami kepentingan bursa saham, perniagaan, konsesi dan sebagainya tersentak apabila kuasa politik mereka terampas oleh parti chauvanist seperti DAP dan Parti Buruh. Perlu ingat, ancaman komunis yang bergerak melalui persatuan sekerja berada dimana-mana sahaja selepas Perang Dunia Kedua. Ini menakutkan orang Melayu.

Apabila parti sebegini mabuk dan carried away dengan kekuatan sendiri, mereka sudah melampau dengan membawa penyapu dan slogan-slogan yang menghina Melayu hingga ke asasnya, maka berlaku rusuhan kaum. Saya rasa ini satu-satunya rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia. Sekaligus mengejutkan kaum lain dengan peribadi Melayu yang terkenal lembut dan pengalah.

Hanya dua bangsa yang mempunyai perkataan yang sama. Orang Melayu terkenal dengan 'amok' dan Viking terkenal dengan 'berserk'. Kedua-duanya hampir membawa makna yang sama. Dalam Dilema Melayu, Tun Mahathir pernah menulis psikologi Melayu berkaitan dengan 'amok'.

Menurut beliau, orang Melayu biasanya pengikut yang taat pada pemerintah, atau ketua atau pembesar dan raja. Jika ada kecil hati, atau rasa tertindas, tidak puas hati atau protes, Melayu sangat jarang menyatakannya secara terbuka. Melayu akan surpress emosi, tekanan dan apa saja yang mereka tidak puashati kerana ada konsep 'kurang ajar', 'tidak tau adab', 'derhaka' dan sebagainya. Mereka bimbang mereka akan jadi 'social pariah' atau 'social outcast' dan dipulaukan oleh masyarakat.

Apabila mereka sudah tidak tahan, tidak boleh menerima lagi keadaan, atau tekanan emosi akibat menahan rasa tidak puashati, dan perasaan itu tidak mendapat jalan keluar atau tidak boleh diluahkan, mereka akan memutuskan apa-apa ikatan sosial mereka dengan masyarakat. Mereka akan bebaskan segala ikatan budaya, adab sopan dan kelembutan mereka dengan masyarakat. Akhirnya mereka akan mengamuk.

Mengamuk ini menjadikan mereka bertukar dari Dr. Jekyll yang gentleman kepada Mr. Hyde yang ganas. 13 Mei adalah satu-satunya manifestasi sikap Melayu yang sebenar apabila mereka terhimpit. 13 Mei mesti difahami oleh kaum lain supaya memahami psikologi Melayu apabila terhimpit. Ini realiti bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, cuma sekadar ingatan jika ada pihak yang bermain dengan api, 13 Mei akan berlaku lagi.

Apabila Melayu sudah membebaskan diri mereka apabila mengamuk; dan membebaskan diri mereka dari sebarang ikatan sosial, tidak ada ketua bahkan raja yang mereka hormati lagi, apalagi UMNO, DAP atau PAS. Untuk membendung perkara seperti ini, generasi muda perlu tahu dan prihatin kepada sensitiviti orang Melayu, jika bukan kerana 'Ketuanan Melayu' yang kaum lain sangat terdesak untuk menolaknya, tetapi kerana Melayu majoriti.

Mereka mengawal askar dan polis, pentadbiran kerajaan dan politik. Bayangkan jika amok berlaku secara massive scale. Dan mana-mana kaum lain yang tidak chauvanist juga akan menjadi mangsa apabila amok berlaku.

Amok juga tidak mempedulikan lagi impak ekonomi atau pandangan masyarakat luar jika berlaku. Ia bukan gerakan politik, hanya sekadar cetusan saraf psikologi Melayu yang rasa kewujudan mereka terancam. Ini sebenarnya manifestasi 13 Mei 1969 yang mana baik DAP dan juga kerajaan ingin  padamkan dari ingatan Malaysia.

Seperti trauma, walau bagaimana kita tidak suka, ia pernah berlaku, dan mungkin berlaku. Saya sokong 13 Mei sebagai Hari Muhibah. 

Sunday, November 21, 2010

Hulu Tembeling: Satu Nostalgia

Beberapa hari kebelakangan ini, saya kurang menulis isu politik walaupun banyak yang saya ingin perkatakan. InsyaAllah, ada posting Isnin ini tentang 13 Mei, topik yang sudah lama saya rancang untuk digarap. 

Petang tadi saya bersms dengan abang saya. Dua keping gambar yang dihantar kepada saya menyentuh perasaan saya; memilu dan menyedarkan saya ada zaman antara saya dengannya yang telah hilang. Malah dalam sms beliau memanggil nama manja semasa saya kecil. Sangat jarang sekarang ini orang memanggil saya dengan nama itu.

Abang saya, Wan Abdul Rahman, dan saya bergambar didepan Sekolah Kebangsaan Kampung Bantal. Sekolah ini pernah melahirkan seorang Timbalan Menteri dari Kampung Bantal.




Saya dan dua abang saya amat berlainan 'upbringing'nya. Sementara saya lahir di Kampung Bantal Hulu Tembeling, abang pertama saya Wan Shamsuri dilahirkan di Kemahang, Lipis. Begitu juga dengan abang kedua saya, Wan Abdul Rahman. Wan Abdul Rahman adalah abang saya yang menghantar sms lalu mendorong saya menulis posting ini. Beliau lebih dikenali dengan nama Jamil.

Kedua abang saya dibesarkan di Kampung Bantal hingga mereka bersekolah menengah. Mereka bersekolah juga di Kampung Bantal. Sementara saya walaupun dilahirkan di Kampung Bantal, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur sejak bapa saya meninggal dunia semasa berumur enam tahun. Saya tidak merasa apa yang mereka rasa iaitu keperitan bersekolah disekolah pendalaman.

Hulu Tembeling merupakan kampung pendalaman yang unik. Saya rasa hingga kini di Semenanjung Malaysia ini, Hulu Tembeling masih satu-satunya kawasan pendalaman yang tidak ditembusi oleh jalanraya. Bapa saya seorang tokoh yang memperjuangkan kemajuan Hulu Tembeling, tetapi tidak berkesempatan merasai jalanraya. Buat masa ini, apa yang ada adalah jalan laluan balak jika melalui kawasan Lepar, dan ada jalan keselamatan atau jalan askar dari Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling. 

Khabarnya sudah ada syarikat yang mendapat konsesi membuat jalan dari Tuit ke Kg Pagi dan seterusnya ke Kampung Mat Daling. Khabarnya juga jalan akan siap sebelum pilihanraya ke 13. Saya sangat berharap ianya akan menjadi kenyataan kerana hingga kini, masyarakat Hulu Tembeling masih menggunakan bot sebagai pengangkutan.

Hulu Tembeling masuk dalam parlimen Jerantut(P081) dan dalam Dewan Undangan Negeri Tahan(N9). Dalam sejarah DUN Tahan, Hulu Tembeling pernah jatuh ke tangan PAS dalam pilihanraya tahun 1999. 

Terdapat satu blog iaitu blog Urag Drrulug banyak menceritakan kisah suka duka penduduk Hulu Tembeling. Blog ini sangat unik kerana melaluinya, kita boleh merasai penderitaan penduduk di sana yang sangat jauh dari kemajuan. Untuk membaca blog Urag Drrulug(Orang Di Hulu), klik sini.

Mukim Hulu Tembeling ini berada di atas Taman Negara. Untuk mudik ke sana, kita terpaksa melalui tujuh jeram. Dalam era petrol yang melambung tinggi, kos sara hidup dan pengangkutan mereka sangat membebankan. Walaubagaimanapun, penduduk Hulu Tembeling sangat penyabar dan suka meraikan tetamu. 

Ada satu perkara yang unik tentang bahasa atau accent orang Hulu Tembeling. Mereka mempunyai hubungan rapat dengan bahasa Brunei dan Borneo. Beberapa perkataan seperti 'aok'(iyer), 'masek'(apa), 'tapuk'(sorok) berasal dari perkataan Brunei, Sarawak dan Sabah. Jika di tanya orang tua, sudah tentu banyak kisah legenda bagaimana persamaan ini terjadi walaupun dari segi geografi kedua tempat ini terpisah oleh Laut China Selatan.

Walaupun Hulu Tembeling tidak ada jalanraya, namun di Kampung Bantal kerajaan menyediakan hampir keseluruhan kemudahan. Dari air JBA, bekalan eletrik TNB, klinik kesihatan, balai polis, sekolah dan terbaru pencawang telepon Maxis dan Digi. Dengan adanya line Maxis dan Digi, penduduk Hulu Tembeling boleh acces ke internet. Mereka bukan lagi katak dibawah tempurung.

Janji kerajaan untuk menyiapkan jalanraya mesti ditunaikan sebelum pilihanraya ke 13, jika tidak kemungkinan besar mereka akan mengundi pembangkang. Keluh kesah rakyat jelata Hulu Tembeling makin kedengaran hari ini. Saya sangat berharap kemajuan yang ditunggu-tunggu penuh sabar akan menjadi kenyataan.


Friday, November 19, 2010

Polis Report

Sebenarnya saya terpanggil untuk mengulas isu ini apabila terbaca artikel penting Jebat Must Die dalam posting bertajuk: Who's afraid of the past? Perenggan ini mendorong saya menulis artikel ini:

"Will the book be subject to multiple police reports as Zaini is being subjected to by several politicians who claim that the journalist’s article was seditious?
Yes, believe it or not, many of our politicians need to grow up and learn that making police reports against every little thing you don’t agree with is a reaction that is childish."

Blogger JMD sebenarnya mengulas tentang artikel kolumnis Cuit Utusan Malaysia, Zaini Hassan untuk menjadikan 13 Mei sebagai Hari Muhibah.

Memang menarik cara kerja kebanyakkan poli-tikus Malaysia pasca era Mahathir. Mereka lebih rajin membuat polis report dari membuat kerja yang lebih produktif. Ini semacam 'rethoric in motion'. Mereka akan buat laporan polis atas sebab perselisihan pendapat yang kecil atau besar.

Tidak setuju dengan cadangan 1sekolah untuk semua, Wee Ka Siong buat laporan polis. Tidak setuju dengan statement Wee Ka Siong tentang kuota biasiswa, Perkasa buat laporan polis. Tidak setuju dengan artikel Rocky's Bru, Rais Yatim buat laporan polis.

Tidak setuju dengan  Zaini Hassan, pembangkang buat laporan polis.

Laporan polis, laporan polis, laporan polis. Hanya itu penyelesaian yang mereka tahu untuk menyelesaikan perbahalahan dan perbezaan pendapat - kecil dan besar -  antara ahli politik dengan ahli politik, NGO dengan ahli politik,  menteri dengan blogger, atau parti dengan kolumnis.

Sementara seorang kawan mengadu kepada saya, syarikat tempat beliau bekerja membuat laporan polis apabila seorang pekerjanya pecah amanah. Anehnya polis tidak mengambil tindakan terhadap pesalah walaupun jelas pekerja berkenaan bersalah di bawah Criminal Breach of Trust.

Polis minta syarikat berkenaan dan pekerja itu selesai sendiri. Dan beberapa kenalan yang lain mengadu perkara yang sama - banyak report polis mereka tidak ada progress dalam hal yang mungkin tidak mengancam 'keselamatan awam'. 

Jenayah mungkin priority polis, report polis yang 'picisan' bagi pihak PDRM ini mungkin terpaksa diletak bawah kategori 'not urgent'. Ahli politik separuh matang mungkin antara penyumbang kepada polisi polis ini.

Saya katakan mungkin - jadi ianya hanya hipotesis.


Thursday, November 18, 2010

Assalamualaikum

Di Malaysia, ulama mengatakam haram jika memberi salam kepada bukan muslim, dan haram menjawab salam mereka. Assalamualaikum dalam bahasa Arab bermakna 'Selamat sejahtera ke atas kamu' atau 'Peace upon you'.

Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab tetapi bahasa Arab per se hanya bahasa. Ianya tidak sacred dan hanya medium atau perantara. 

Oleh kerana 'assalamualaikum' dikatakan haram dutujukan kepada bukan Islam, seringkali dalam ucapan orang Islam akan memulakan: 'Assalamualaikum dan selamat sejahtera'. 'Selamat sejahtera' itu ditujukan buat bukan Islam.

Bagaimana 'assalamualakum' dalam bahasa Arab yang bermakna 'peace upon you' tidak boleh ditujukan buat bukan muslim, tetapi  'selamat sejahtera' dibenarkan walaupun maknanya sama? Adakah haram jika dipertuturkan dalam bahasa Arab dan harus jika digunakan dalam bahasa Melayu?

Sejak bila Islam melarang umatnya mengucapkan 'salam' kepada sesama manusia hanya kerana berlainan agama? Allah hanya membenar umat Islam menentang kafir yang menghalang umat Islam dari jalan Allah, mana yang tidak mengganggu boleh hidup rukun dengan umat Islam. 

Dan selain 'submit to God's will', Islam juga bermakna 'sejahtera'.

Tuesday, November 16, 2010

Siapa Korban di Hari Raya Aidil Adha?

Empat tahun yang lepas, Saddam Hussein telah digantung pada Hari Raya Korban. Sementara umat Islam seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini, semperna memperingati peristiwa Nabi Ibrahim.A.S menurut perintah Allah menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S, USA dan sekutu Syiah mengorbankan seorang saudara kita

Bridget Bardot pernah memprotes korban umat Islam ini kerana kononnya menyiksa binatang. Bagi mereka, nyawa haiwan lebih berharga dari nyawa manusia, apa lagi jika manusia itu muslim. Desas desus berbunyi ada rombakan kabinet selepas Raya Haji a.k.a raya korban ini. Baca sini. Seperti biasa, spekulasi juga mula bertiup siapa kekal, gugur dan dinaikkan pangkat. Mungkin kah ada yang terkorban?

Jika PM ingin selamatkan Barisan Nasional, beliau perlu berani mengorbankan. Berani bukan hanya berkorban lembu tetapi dinosour-dinasour politik yang makin tidak disenangi dalam dunia cyber ini. Dinasour politik yang menjadi liabiliti kepada kerajaan BN perlu digugurkan. 

Rocky's Bru sudah menulis dalam posting Najib's Korban. Beliau memberi hint siapa yang mungkin gugur dan masuk. Apapun, segalanya terserah kepada PM.

Selamat menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam seluruh dunia.


Sunday, November 14, 2010

Counter Keadilan dalam PKR

1Seringkali jika sesuatu revolusi berjaya, pihak yang memegang tampuk kuasa selepas revolusi sangat berhati-hati mengawal jika ada apa yang dinamakan 'counter-revolution'. Mao Tse Tong selepas berjaya menumpaskan Kaomintang juga berjaya mengatasi counter-revolution dari ahli Politburo sendiri seperti Deng Xiao Peng dan Liu Shaoqi yang beliau labelkan sebagai 'capitalist roader'.

Parti Keadilan Rakyat mengalami masalah yang sama sekarang. Anwar dipecat dari UMNO dan melancaran Parti Keadilan Rakyat untuk membela 'kezaliman' ke atasnya. Cuma saya hairan apa kaitan keadilan untuk Anwar dengan rakyat. Malaysia masih bukan Rwanda atau Sierra Leone.

Sejak dari awal, dengan slogan reformasi(saya tak tau apa yang nak direformnya), Anwar menggunakan senjata ampuh semasa beliau memimpin gerakan pelajar - politik jalanan. Beliau bangkitkan emosi anak-anak muda yang teruja dengan 'spirit of adventure' demi berjuang untuk 'keadilan rakyat'(read kepentingan Anwar).

Mereka baris dan arakkan anak-anak muda yang terdedah kepada risiko bertempur dengan polis, mereka hasut perkauman dan menggalakkan gerakan perkauaman seperti Hindraf untuk merongrong parti pemerintah. Kata orang putih, to certain extent, mereka telah berjaya. Keadilan dilihat sebagai parti yang menjadi alternatif kepada BN.

Malangnya, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Banyak peristiwa demi peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan mesyuarat pemilihan parti dinodai dengan peristiwa yang memalukan - dari parti yang berhajat besar ingin mereformasikan Malaysia.

Mesyuarat diperingkat cabang dan ranting berlaku macam-macam perkara yang memalukan. Baling kerusi, bertumbuk, bertengkar, tidak puas hati dengan pengiraan undi, tipu undi, pengundi hantu dan banyak lagi jika saya ingin senaraikan disini. Semua orang harus mengakui - termasuk Anwar Ibrahim sendiri - PKR tidak layak memimpin apa-apa reformasi pun.

Menarik, Parti Keadilan Rakyat ini mengalami gelombang kebangkitan ahlinya sendiri yang berjuang mencari keadilan. Mencari keadilan dalam Parti Keadilan?! Sungguh indah mainan dan manipulasi bahasa ini.

Saya quote posting terbaru Rocky's Bru dibawah tajuk Demo at Mechant Square :

"Kepada semua ahli PKR, sudah tiba masanya untuk kita bangkit demi mempertahankan maruah parti dan selamatkan dari runtuhan. Kita akan berkumpul di ibu pejabat PKR di Merchant Square pada 13hb November 2010 pada jam 10.00 pagi."

Sebelum ini, Pak Bakaq, blogger Penarik Beca sudah meramalkan perkara ini akan berlaku. Suka saya quote lagi sekali kata-katanya:

"Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square."

Jika sms yang dihantar kepada semua ahli PKR yang setuju untuk mengadakan counter keadilan benar-benar berlangsung pagi tadi, ini bererti kehancuran PKR benar-benar imminent. Cuma seperti kata Dato's Rocky's Bru: adakah demonstrasi ke atas parti mereka sendiri mendapat sambutan? Siapa masih berpengaruh, 'pemerintah' dalam PKR atau pemberontak? 

Yang pasti, Tian Chua sebagai aktivis dan idealist tidak akan bersama pemberontak kerana beliau setia dengan keadilan a'la Anwar. Dan beliau memang tidak boleh diharap. Sorry Pak Bakaq. 

 


Friday, November 12, 2010

Karl Marx

Karl Marx seorang tokoh yang pelik. Ramai yang mengaitkan komunisme dengannya, malah pengikutnya ada yang mengaku mereka Marxist - pengikut fahaman Marx. Beliau sebagai penulis Das Capital sering menafikan perjuangan proletariat dan gerakan communism ada kena mengena dengan dirinya. Di akhir hidupnya, Marx berkata: "I am not a Marxist.' Aneh apabila dia sendiri mengaku bahawa dia bukan 'Marxist' sedangkan jutaan orang seluruh dunia menjadi pengikut ideanya.

Sebagai seorang ahli falsafah, seperti Nietsche mereka sering disalahtafsir dan tidak difahami. Ramai yang tidak memahami apa yang mereka ingin sampaikan. Anehnya, Das Kapital walaupun kitab suci Marxist tidak bererti apa-apa tanpa kelahiran Lenin. Lenin yang sebenarnya membaca, menafsir dan 'put into practice' secara manual dan mencipta tactic bagi menguasai golongan buruh dan pekerja.

Saya setuju dengan pandangan Allahyarham Professor Syed Hussein Al-Attas, ramai orang condemned ajaran communism kerana Karl Marx seorang atheist, sedangkan ramai juga penganut fahaman kapitalist yang juga atheist. Jadi sistem yang cuba diwujudkan oleh kedua-dua ideologi ini tidak ada kena mengena dengan atheist atau tidak.

Di bawah ini beberapa 'confesion' Karl Marx menjelang kematiannya.

Your favourite virtue :               simplicity

Your favourite virtue in man:      strenght

Your favourite virtue in woman:  weakness

Your chief characteristic:            singleness of purpose

Your idea of happiness:              to fight

Your idea of misery:                   submission

The vice you excuse most:          Gullibility

The vice you detest most:           Servility

Your aversion:                           Martin Tupper*

Favourite occupation:             book-worming

Favourite poet:                         Shakespeare, Aeschylus, Goethe

Favourite prose writer:              Diderot

Favourite hero:                         Spartacus

Favourite heroine:                    Gretchen

Favourite flower:                      Dhapne

Favourite colour:                      Red

Favourite name:                        Laura, Jenny

Favourite dish:                          fish

Favourite maxim:                      "Nihil humani a me alienum puto"**

Favourite motto:                       "De omnibus dubi tendum"***


* Victorian popular write
** "I consider that nothing human is alien to me"
*** "You must doubts about everything."

Thursday, November 11, 2010

Antara Mutu dan Komersialisme

Tun Dr. Mahathir pernah memberi komen tentang karya Pramoedya Ananta Toer begini:

"Para penulis kita juga boleh menjadi seperti Hemingway; atau Pramoedya Ananta Toer jika mereka menulis kerana mementingkan mutu semata-mata, dan bukan kerana komersialisme."

Sebenarnya, ini dilema klasik kepada penulis dan seniman. Seorang penulis atau seniman yang baik tidak semestinya popular ketika zamannya. Penulisan mereka, atau karya mereka tidak juga boleh menjadikan mereka kaya atau terkenal. 

Satu ketika dulu, karya Harold Robbin sangat terkenal, begitu juga dengan Sydney Sheldon dan Mario Puzo. Mereka merupakan penulis bestseller, malah Harold Robbin pernah mengangkat dirinya sebagai penulis yang ampuh.

Hakikatnya, jika dibandingkan karya Robbin seperti Lonely Lady yang terlalu banyak unsur-unsur seks langsung tidak setaraf dengan karya-karya Franz Kafka seperti The Trial dan The Castle. Malah karya-karya Robbin tidak dapat dibandingkan dengan karya Kobo Abe seperti Woman in the Dunes walaupun keduanya berunsurkan seks. Abe masih seorang pengarang sejati dan seniman; Robbin kekal sebagai penulis pop dan picisan walaupun novelnya dibaca dan dibeli oleh ramai orang.

Sememangnya penting juga sesebuah karya atau tulisan itu dikormesialkan. Kita boleh lihat bagaimana tema-tema yang kebetulan agak komersial dan adventure dalam karya Hemingway seperti The Sun Also Rise, Fiesta, Men without Women dan For Whom The Bell Toll tetapi kormesialisme mereka tidak sampai membunuh nilai-nilai estatika.

Namun seniman sejati tidak akan menulis kerana nama, kekayaan dan kemasyuran. Kena ada keihlasan dalam berkarya dan akhirnya akan diterima juga. Kita ambil contoh P.Ramlee. Beliau tidak kaya semasa hidupnya. Malah diakhir kehidupannya, beliau dicemuh, dipulau dan di boo. Oleh kerana karya beliau tidak berpaksikan komersialisme dan mementingkan mutu, akhirnya beliau menjadi legenda dan tidak ada seniman yang boleh menggantikan beliau dalam dunia perfileman.

Pramoedya sendiri merupakan contoh penulis sejati bukan orang yang mengejar nama, pangkat dan kekayaan. Kebanyakkan karya Pramoedya yang penting ditulis ketika beliau dalam penjara. Keluarga Gerilya ditulis ketika beliau dipenjara oleh Belanda, Perburuan ditulis ketika beliau dipenjara oleh Jepun. Semasa pemerintahan Sukarno, Pramoedya yang dilihat sebagai penulis haluan kiri mendapat tempat dalam jentera propaganda sosialis. 

Pramoedya tidak dapat menulis dengan baik. Karya-karyanya menjadi seperti propaganda dan ketika itu walaupun hidupnya senang, selesa dan mewah, penulisannya mengalami kemerosotan dari segi mutu. Beberapa pengkritik bergurau mencadangkan, untuk mengembalikan kegemilangan Pramoedya, campak sahaja dia ke penjara.

Selepas rejim Sukarno jatuh dan Suharto mengambil kuasa, Pramoedya antara beberapa tawanan politik yang dibuang ke Pulau Buru. Di sana, jauh dari kemewahan dan kemasyuran, selama 13 tahun menjadi buangan, Pramoedya berjaya melahirkan magnum opusnya iaitu tetralogi Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca. Professor A. Teeuw pernah mencadangkan Pramoedya sebagai calon Hadiah Nobel untuk kesusasteraan berdasarkan karya agungnya yang ditulis oleh beliau di Pulau Buru.

Di sana beliau berjaya menyiapkan empat lagi novel sejarah yang mengkagumkan iaitu Arus Balik, Mangir, Mata Pusaran dan Arok & Dedes. Kemewahan yang merosakkan penulis membuatkan seorang lagi penulis yang pernah memenangi Hadiah Nobel ini menolak kemewahan. Beliau adalah Gabriel Garcia Marquez yang terkenal dengan novel One Hundred Years of Solitude.

Seperti lirik lagu Ramli Sarip: 'Aku Menulis Bukan Kerana Nama.'

Tuesday, November 9, 2010

Big Trouble in 'little goverment'.

PR semakin menuju kehancuran. Demokrasi dan keterbukaan yang mereka perjuangkan semakin tidak wujud dalam parti berkenaan. Saya pernah menulis perihal tidak ada ruang untuk golongan moderate dalam DAP. Semuanya perlu mendapat restu dinasti Lim. Tan Sri Lee Lam Thye sebagai contoh tokoh DAP yang moderate dan boleh diterima oleh semua pihak tetapi terkeluar dari DAP.

PKR juga sedang dilanda fenomena 'campurtangan atasan', 'tipu undi' dan 'baling kerusi'. Jadi inilah alternatif kepada kerajaan BN. Ternyata mereka lebih bobrok dari yang hendak digantinya.

Nov 8, 2010

Category: Press Release

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition’s cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a “spoiler” standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.

 

ZAID IBRAHIM 

Di atas merupakan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Zaid Ibrahim, bekas Menteri dari UMNO yang menyertai parti renegade UMNO, PKR. Zaid Ibrahim merupakan tokoh yang aneh. Mungkin seperti kata Sayuti Omar, Zaid terlalu idealist untuk menjadi poli-tikus Malaysia. Dia merasakan semua parti tidak sempurna, corrupted dan tidak menepati citarasanya yang suci dan bersih. Baca sini.

Namun demikian, kita tidak boleh pandang remeh dakwaan Zaid Ibrahim tentang kepincangan PKR sekarang ini. Saya pernah menyifatkan PKR sebagai parti yang masih bayi, tidak mempunyai karakter yang boleh dibanggakan seperti DAP dan PAS. PKR boleh mengkhayali 'political utopia', dengan kononnya mereka parti keadilan, saksama, sama rata sama rasa, terbuka dan transparent.

Realitinya, politik adalah politik. Bahkan Mohd Sayuti Omar dalam blognya mengakui mana-mana parti tidak sempurna. Politik sentiasa berkisar sekitar kuasa dan mengekalkannya. Maka berlaku segala macam tipu helah atau under hand seperti yang berlaku dalam PKR sekarang. Mana-mana pengikut PKR yang naive sudah tentu akan kecewa melihat parti mereka diperkoasa(saya tak mahu guna perkataan diliwat) oleh orang-orang yang berkepentingan. 

Outsyed the Box mendedahkan pembongkaran Harith Ibrahim tentang kertas undi 'bocor' menjelang pemilihan PKR. Baca sini. Dalam blognya, lawyer 'bekas kesayangan' PKR ini minta Presiden PKR, Wan Azizah berbuat sesuatu kerana kertas undi boleh dibeli. 

Apa sudah jadi dengan 'government in waiting' ni? Mana keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan. Semua ini telah didedahkan oleh orang PKR sendiri seperti Zaid Ibrahim dan Harith Ibrahim. Parti ini bukan hanya akan hilang support dari pengundi keseluruhannya, saya percaya malah dari ahli mereka yang menyertai PKR kerana percaya 'disana adanya 'promised land'.

Lebih membahayakan PKR, apabila Zulkifli Nordin mendedahkan satu per satu kepincangan PKR, selain sebab beliau menyertai dan meninggalkannya. Baca sini. Dalam posting berkenaan, beliau meramal PKR akan berkubur Februari atau Mac 2011, lebih tepat lagi selepas pemilihan pucuk pimpinan PKR. Beliau turut meramalkan akan lebih ramai lagi tokoh-tokoh yang berprinsip akan keluar PKR kecuali Azmin Ali, Nurul Izzah, Sivarasa dan Tian Chua.

Baca juga komen Penarik Beca dalam posting bertajuk Adakah Saifudin sanggup dilihat tak bersih? 

Blogger Penarik Beca memang pembenci UMNO tegar, dan beliau juga pembenci apa-apa yang bersifat menzalimi dan hipokrasi. Beliau selalu mengecam golongan fanatik seseorang pemimpin seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Dalam posting bertajuk Hooray! Rosmah tetap de facto PM selepas PRU ke 13 mengecam demokrasi a'la PKR. 

Meminjam kata-kata Penarik Beca: "Begitu juga, saya tetap tidak yakin proses pemilihan di dalam PKR berjalan adil dan bersih. Tetapi, tentulah kita tidak boleh mengharapkan Tian Chua memimpin demonstrasi Bersih di hadapan pejabat PKR di Merchant Square."

Jika pembenci tegar BN seperti Penarik Beca sendiri meragui masa depan PKR, maka memang PR as little government 'in waiting' face big trouble this time.


Galas dan Batu Sapi.

Kedua kemenangan ini sangat bermakna kepada kerajaan BN, terutama di Galas. Batu Sapi sememangnya kubu BN tetapi kali ini ia tidak mengulangi seperti di Sibu. Batu Sapi kekal ditangan BN.

Kedua-dua kemenangan ini merupakan kemenangan moral kepada BN, dan pukulan hebat buat PR. Sementara BN jangan terlalu 'carried away' dengan keputusan yang memihak kepada mereka, PR juga perlu banyak muhasabah diri. PR perlu buktikan mereka jauh lebih baik dari BN jika berhajat menawan Putrajaya. Setakat at par saja tidak memadai. Rakyat lebih senang dengan 'the devil they know'.

Sebenarnya beberapa faktor penting mengapa PAS tewas di Galas. Pertama faktor Tengku Razaleigh. Tidak dapat dinafikan pengaruh Ahli Parlimen Gua Musang ini memang memainkan peranan yang penting. Beliau faham constituencynya, dan tidak membenarkan jentera BN bergerak dengan gerombolan kereta mewah, menyerang peribadi lawan dan bertindak aggresif. 

Sebaliknya, Tengku Razaleigh menggunakan pendekatan berhemah, lemah lembut dan tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tengku Razaleigh menunaikan apa yang rakyat kehendaki. Antara isu bagi kaum Cina adalah perumahan dan tanah yang mana kerajaan PAS Kelantan telah mengabaikan. 

Di sini baik PR mahupun BN perlu belajar sesuatu. Sokongan dalam politik tidak selamanya kekal. Begitu juga kebencian rakyat tidak kekal kepada mana-mana parti. Rakyat akan memberi undi kepada mana-mana pihak yang mempertahankan mereka. Jadi mitos undi Cina bersama PR tidak benar di Galas. Cina tetap akan mengundi BN apabila kepentingan mereka terancam. Di Galas dalam isu tanah ini, kerajaan PAS telah mengabaikan hak mereka dan memberi kepada syarikat Singapura.

Begitu juga dengan mitos pengundi muda yang menyokong PR. Di Galas, undi pengundi muda dan kaum CIna membantu kemenangan BN. Apabila pengundi muda melihat ada kepincangan dalam pentadbiran PAS, ada juga unsur-unsur hipokrasi dan oppression, mereka tidak segan silu mengundi BN.

Di sini BN juga tidak boleh lalai. Jika mereka membuat sesuatu yang tidak popular dan oppressive undi akan bertukar semula kepada PR. Kedua-dua pihak ini perlu konsisten dalam memperjuangkan rakyat. The best man win. Di Galas BN merupakan best man.

Galas sebagai sebuah kawasan pendalaman telah cuba di tawan semula oleh PR dengan isu nasional. DAP membawa potret mendiang Teo Beng Hock, tentang 1Malaysia dan memainkan sentimen chauvanist tetapi mereka lupa, pengundi lebih berminat memastikan tanah mereka terjamin dari isu-isu seperti ketelusan dan sebagainya. Kemenangan BN di Galas kerana Tengku Razaleigh memahami masalah setempat constituencynya.

Seperti kata Dato' Ariff Sabri, Datuk Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia silap dalam menyimpulkan kemenangan BN. Antara kesimpulannya adalah penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin, penerimaan rakyat terhadap program-program ekonomi dan konsep 1Malaysia dan beberapa isu nasional menjadikan kemenangan di Galas ini sebagai 'monumental'. Baca sini. 

Saya sendiri sependapat dengan Dato' Ariff Sabri dalam soal ini. Memang kemenangan Galas dan Batu Sapi memberi momentum kepada BN, dan kelihatan PR dalam keadaan hilang keyakinan diri, mula salah menyalah tetapi kemenangan ini belum bererti penerimaan rakyat sepenuhnya terhadap slogan dan konsep. Galas membuktikan, sesiapa menindas rakyat, walau indah mana pun slogan seperti 'PAS for all' dan 'Keadilan Islam' hanya retorik jika rakyat terus-terusan ditindas.

Jadi the golden rule is, rakyat memang patut didahulukan dan benar-benar didahulukan bukan hanya slogan yang indah saja.







Monday, November 8, 2010

Kebebasan Bersuara Untuk Semua.

Pembangkang sering melaungkan kebebasan bersuara. Mereka sering menuduh kerajaan tidak demokratik, tidak terbuka dan tidak transparent. Sebenarnya, pembangkang mengamalkan sistem double standard. Tidak mengapa jika mereka mengkritik tetapi mereka tidak boleh dikritik.

Ketua de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menerima saranan Dr. Asri yang minta beliau berundur dari kancah politik. Maka melompatlah pencacai beliau mempertahankan DSAI. Begitu juga dengan saranan Zulkifli Nordin yang minta DSAI kembali ke pangkal jalan dari segi politik. Seperti yang kita jangka, pengikut Anwar yang fanatik akan mengecam kedua tokoh berkenaan.

Dalam blog Datuk Seri Anwar memuatkan tulisan Dr. Muhamad Nur Manuty yang bertajuk Menyanggah Tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Dr. Asri bersuara atas manifestasi ketakutan pemerintah dengan fenomena kebangkitan rakyat.

Sudah menjadi pengetahuan umum, bagi PR mana-mana pihak yang tidak bersekongkol dengan mereka akan dituduh talibarut kerajaan. Perkara ini dijawab oleh Dr. Asri dalam Minda Tajadid dibawah tajuk Jangan Melenting Jika Anda Melaungkan Freedom of Expression.

Menurut Dr. MAZA:

"Freedom of expression yang dilaungkan oleh sesetengah pihak tidak memberi makna jika hanya mereka setuju suara mereka dan menghalang suara orang lain. Cadangan Dr MAZA tentang DSAI bukanlah pandangan agama, ia sekadar pandangan seorang rakyat dalam satu isu politik yang terbuka."

Terbaru Dr. MAZA membuat posting tentang dinasour politik yang tidak boleh ditegur. Baca sini. Menurut beliau, politik adalah semasa dan memenangi massa 'ketika ini' lebih penting dari brood dengan 'kenangan semalam'. Kita kena akui, budaya samseng, ugut, fanatik dan fasisme memang sedang melanda PKR. Mereka tidak menyuburkan demokrasi, sebaliknya sedang menternak kuku besi.

Pembangkang sering melaungkan bahawa kerajaan tidak telus dan memberi kebebasan. Apabila muncul seorang pemimpin yang lemah dan tidak tahu apa sebenarnya kebebasan, tanpa mengawalnya seperti Tun Abdullah, mereka mengambil kesempatan dengan mewujudkan pertubuhan haram seperti Hindraf. Mereka menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan menghasut rakyat dan memburuk-burukkan negara di luar negeri.

Apabila kritikan dihalakan kepada mereka, dengan cepat mereka cuba menghalang kebenaran dan menyekat kebebasan. Beberapa individu dalam PKR sedar bahawa kebebasan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh PKR hanya dongengan. Beberapa individu dalam PKR juga menjadi masa politik ala samseng seperti kes Rahimi, Saiful Bahari dan sebagainya.

Tun Dr. Mahathir yang dituduh diktator dan kuku besi sebenarnya lebih terbuka. Beliau menolak saranan untuk menyaman Barry Wain yang menulis dan mengkritik kepimpinan beliau dalam Malaysian Maverick. Beliau juga enggan menyaman Barry Wain kerana menurutnya seorang pemimpin perlu berani menerima kritikan.

Mari bandingkan Tun Dr. Mahathir dengan Anwar Ibrahim. Berapa ramai individu yang mengkritik Anwar yang telah disaman oleh Anwar? Ketika beliau menentang Tun Ghapar, Datuk Seri Rafidah Aziz berkecuali dalam mencalonkan samada Anwar atau Tun Ghapar dan ini tidak disenangi oleh Anwar. Berkecuali pun tidak disenangi.

Siapa lagi diktator? Semuanya akan terjawab jika Anwar ditakdirkan mendapat kuasa. Minta dijauhkan Allah.
 





Sunday, November 7, 2010

Caesar Dan Cato.

Julius Caesar - the general,conqueror of Gaul, important writer, great organizer,strategist and military leader,politician, diplomat and heartbreaker, victor who showed clemency to the defeated, steadfast and daringly nonchalant,a man who ceaselessly active and seems never to have known failure, for whom any set-back was merely a prelude to further success, swift and brilliant in action.(Meier

Marcus Porcius Cato - ingenious and quite unconvetional in his tactics and his choice of means, but no strategist; inflexible and sure of his aims, which he himself never doubted and none disputed.(Meier)

Rom menjadi republik setelah Junus Brutus membunuh raja terakhir Rom. Junus Brutus merupakan nenek moyang kepada Brutus yang membunuh Julius Caesar pada Ides of March. Kecintaan rakyat Rom kepada 'kuasa rakyat' dan kebencian mereka kepada tyrant dan raja adalah sangat luar biasa. Mereka bahkan membuat undang-undang sesiapa yang ingin menghidupkan semula sistem beraja akan dihukum bunuh dengan dilontarkan ke Tarpian Rock.

Akhirnya Rom dikuasai oleh para senator yang dipanggil 'Father' dalam sistem demokrasi Rom. Masyarakat Rom terbahagi kepada dua golongan: samada mereka patrician atau plebian. Patrician adalah orang asal Rom, sementara plebian adalah orang yang dinaturalkan untuk menjadi warganegara Rom. Selalunya patrician dianggap golongan aristokrat, sementara plebian adalah orang biasa.

Gaius Julius Caesar merupakan seorang ahli politik Rom yang berasal dari darah Julii dan seorang patrician. Ketika zaman Caesar muncul dalam pentas politik Rom, keluarganya yang dikatakan keturunan Venus sudah tidak penting pada era itu.

Sementara itu, Cato juga merupakan keluarga patrician tetapi keluarga Cato mendominasikan Dewan Senat sejak zaman berzaman. Marcus Porcius Cato(Cato the Younger) iaitu musuh abadi Julius Caesar merupakan model seorang aristokrat Rom sejati. Beliau menjadi senator ketika berumur 35 tahun, senator paling muda dalam sejarah Rom.

Kedua tokoh politik ini merupakan orang yang penting dalam mencorakkan politik Rom hingga berlaku Perang Saudara dan muncul semula sistem beraja dibawah cucu saudara Julius iaitu Augutus Caesar. Caesar dan Cato bagaikan ying dan yang, tapi bertentangan sifat dan cara serta saling tidak melengkapi. Jika Caesar putih, Cato pula hitamnya.

Dalam buku penulis biografi Julius Caesar, Christian Meier membuat perbandingan antara Cato dan Cesar melalui penilaian Sallust, seorang ahli sejarah Rom yang sezaman dengan mereka. Ini perbandingannya:

"In his discussion of this occasion, Sallust compares and contrasts Caesar and Cato.In many ways they were almost equals - in lineage, age, eloquence, greatness of mind(magnitido animi) and fame. Caesar was deemed great because of his public gifts and generosity, Cato because of his blameless life. The one was famed for his clemency and compassion, the other for his severity. Caesar won fame through giving, helping and forgiving, Cato was wasting nothing. In the one the poor found refuge, in the other the wicked found ruin. The one was praised for his lightness and flexibelity, the other for his unshakable firmness." - Caesar; Christian Meier.

Sebenarnya, kedua tokoh ini mewakili dua realiti dunia Rom yang berbeza. Republik Rom sudah corrupted, pemusatan kuasa terlalu kuat kepada para senator yang akan sewenang-wenang membuat undang-undang bagi melindungi kepentingan mereka. 

Caesar sebagai outsider(outsider maknanya bukan senator) merasai denyut dan nadi rakyat. Walaupun beliau seorang bangsawan(optimate) namun Caesar sangat rapat dengan golongan bawahan dan memahami aspirasi mereka.Caesar tahu masyarakat Rom yang membenci tyrant telah diekploit oleh para senator atas nama 'suara rakyat'. Jika dulu rakyat ditindas oleh raja, sekarang oleh para senator.

Caesar seorang reformist, sanggup menukar dan mengenepikan mana-mana undang-undang dan konvesyen yang baginya tidak sesuai dengan zaman. Sementara Cato pula sangat percaya setiap inci tradisi mesti dipertahankan dan tidak boleh berganjak dari ijmak senator dan tradisi terdahulu. Di sini bermula 'clash of personality' dua orang kuat Rom ini.

Caesar tahu beliau seorang tidak akan mampu menentang para senator yang sangat berpengaruh. Cato pula memang sangat popular dikalangan senator, dan kata-katanya sering mempengaruhi keputusan Senat. Oleh kerana Caesar sedar beliau tidak mampu berseorang dalam menangani Senat Rom, Caesar membuat pact dengan Pompey dan Crassus. Pakatan ini dinamakan First Triumvirate.

Pompey merupakan seorang general yang berjaya. Ketika berusia 20an beliau sudah mengalahkan lanun-lanun di Mithridates dan mengalahkan pemberontakan Spartacus. Kejayaan ini membuatkan beliau dikenali dengan nama Magnus Pompey atau Pompey the Great. Seperti Caesar, Pompey juga tidak menyenangi para senator.

Crassus pula seorang yang paling kaya di Rom. Di Rom tidak ada siapa yang mampu menandingi kekayaan Crassus. Antara rahsia kejayaan politik Caesar adalah wang Crassus. Namun kedua mereka - Crassus dan Pompey - tidak secekap Caesar dari segi politik.

Pakatan First Triumvirate ini musnah apabila Crassus terbunuh ketika ekspedisi di Parthia. Sementara itu Pompey yang mengahwini anak Caesar, Julia mula merasa kurang senang dengan kemasyuran Caesar yang berjaya menakluk Gaul satu persatu. Kematian Julia ketika melahirkan anak dan kematian Crassus pada waktu yang sama menyebabkan Pompey berjaya di'goda' oleh Cato bagi menyebelahi para Senator.

Pada 49BC, Perang Saudara meletus antara Julius Caesar dan Pompey. Caesar akhirnya berjaya mengalahkan Pompey dan mengakhiri Republik Rom. Beliau telah menjadi Diktator seumur hidup dan banyak membuat reformasi pada zamannya. 

Cato pula telah membunuh diri di Munda kerana tidak mahu ditawan oleh Caesar. Kematian Cato bererti berakhirnya era kegemilangan senator dan republik Rom.Cato adalah republikan Rom. Sementara Caesar adalah pemula era Pax Romana.





Friday, November 5, 2010

'Mahafiraun' Juga Tahu Bersara.

Tun Dr. Mahathir telah dipanggil berbagai oleh PAS. Diktator. Mr 10 Percent. Mahafiraun. Little Sukarno. 

Dalam Quran, Firaun yang dilaknat kerana mengengkari Allah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa adalah Ramses III. Tidak semua firaun jahat kerana firaun adalah gelaran seperti sultan. Ada juga firaun yang telah membina tamadun dan piramid dengan kemajuan sains dan teknologi dikagumi hingga kini. Tapi kita faham mengapa PAS memanggil Tun Dr. Mahathir sebagai firaun. Kononnya PAS lebih mulia dan akan masuk syurga kerana lebih Islamik.

Diktator juga satu gelaran yang dirujuk kepada Tun Dr. Mahathir. Tun sendiri yang terkenal sarcastic mengakui beliau memang diktator, tetapi beliau minta tunjukkan mana diktator yang bersara. Semua diktator yang saya ketahui dalam sejarah tidak akan bersara. Mereka samada mati dalam kuasa atau digulingkan.

Ironinya, musuh-musuh politik Tun Dr. Mahathir yang memanggilnya diktator dan mahafiraun yang tidak tahu hendak bersara dan melepaskan kuasa yang ada. Nik Aziz sudah tua renta masih ingin memerintah Kelantan. Karpal Singh yang sudah berkerusi roda masih ingin menjadi Ahli Parlimen. Lim Kit Siang yang sudah lama dalam DAP masih aktif dan tidak mahu menyerahkan generasi baru DAP mencorakkan DAP.

Soalan cepumas: siapa lebih diktator dan mahafiraun di sini?

Ada seorang lagi bekas 'shining star' yang nampak gayanya tidak mahu bersara dari politik, walaupun keaktifannya banyak membawa kerosakan kepada umat Melayu dan Islam. Beliau adalah Anwar Ibrahim, yang masih merasa menjadi PM adalah natural rightnya. Dr. Asri telah menegur Anwar dan menasihati beliau lebih elok bersara kerana rentak tarinya sudah makin jauh. Ini kata beliau dalam Minda Tajadid:

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.(untuk baca penuh artikelnya klik sini.)

Saya sependapat dalam soal ini dengan Dr. Asri. Kepimpinan yang telah lama menjurus kepada diktatorship dan corrupted kerana sebagai manusia, kita sentiasa lalai dan suka dipuji. Kita akan lupa kita manusia biasa walau sealim manapun tetap cenderung kepada sikap hujub dan takbur. Tidak mahu melepaskan jawatan juga tanda-tanda bangga diri kerana kononnya tanpa kita, 'dunia tidak lengkap'. 

Malaysia sudah aman tanpa Tun Dr. Mahathir yang dikatakan 'Mahafiraun'. Mungkin akan lebih aman lagi tanpa Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. kekalahan PAS di Galas dengan majoriti BN sebanyak 1,190 undi bagaikan isyarat Nik Aziz perlu berundur dan menyerahkan kuasa kepada generasi baru PAS. Kekalahan PKR di Batu Sapi dengan majoriti BN sebanyak lebih dari 6 ribu memberi isyarat Anwar, Karpal dan Lim Kit Siang juga perlu bersara.

Start new breed of politicians



Thursday, November 4, 2010

Anwar Ibrahim Adalah Hydra Moden.

Dalam mitology Greek, Hydra merupakan raksaksa berkepala sembilan. Setiap kepalanya yang dipancung akan tumbuh dua lagi kepala baru. Kelemahan Hydra adalah, salah satu dari sembilan kepalanya itu sebenarnya mortal. Jika dipancung kepala yang mortal itu, Hydra akan mati.

Kita menemui Hydra dalam diri Anwar Ibrahim. Beliau mempunyai banyak kepala. PKR kepala Anwar, DAP kepala Anwar, Hindraf kepala Anwar, PAS kepala Anwar, ABIM kepala Anwar. CIA kepala Anwar. 

Begitu banyak kepala, hingga kita tidak kenal siapa Anwar sebenarnya. Hydra possessed many heads but a vague heart.

Ketika dalam ABIM, beliau merupakan pemimpin gerakan Islam yang tiada kompromi, seolah-olah seinci pun perjuangan Islamnya tidak berganjak. Saya masih ingat beliau dengan retoriknya ketika menentang kerajaan mengatakan bahawa pintu perbincangan telah tertutup. 

Apabila masuk UMNO beliau menjadi pemimpin Islam yang liberal dan toleran kepada semua pandangan.  Dalam ucapannya, beliau bukan hanya sekadar quote hadis, malah quote Confius, Lao Tze, beberapa ahli falsafah India dan Greek ketika dalam UMNO. 

Sebagai pembangkang beliau memperjuangkan ketelusan dan keadilan, walaupun keduanya itu merupakan kelemahan parti Keadilan pimpinan isterinya sebagai pemimpin de jure, dan beliau sendiri sebagai pemimpin de facto. Kroni dan favouritism memang masih amalan Anwar.

Ini menyebabkan rakan-rakannya yang sama berjuang meninggalkan Anwar. Zulkifli Nordin, Zahrain, Ezam, Chandra Muzaffar merupakan antara orang yang meninggalkan Anwar setelah benar-benar mengenali beliau. Beliau hanya raksaksa berkepala sembilan.

Zulkifli Nordin telah mendedahkan sesuatu yang sensasi dalam membahaskan bajet 2011 baru-baru ini. Tanpa pengetahuan PAS, Anwar mempunyai 'Secret Pact' dengan DAP untuk berkuasa di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Seorang calon Melayu dibawah DAP akan digunakan sebagai boneka untuk menjadi Menteri Besar. Baca sini dan sini.

Anwar juga berjanji dengan DAP seandainya beliau menjadi PM, Timbalan Perdana Menteri akan diambil dikalangan DAP. Untuk melancarkan proses 'Chinafication of Malaysia' ini, modes operandi yang sama akan digunakan iaitu seorang boneka Melayu dari DAP akan digunakan.

Saya tidak dapat menjangka apa reaksi PAS terhadap ledakan terbaru maklumat lubuk hati bekas orang kuat Anwar iaitu Zulkifli Nordin ini. Sudah tentu proses memburuk-burukkan Zulkifli ini sedang berjalan oleh pencacai Anwar dan juga pencacai PAS yang pro Anwar. 

Zulkifli Nordin terkenal sebagai seorang perjuang kebenaran yang istiqamah. Saya percaya beliau menyokong Anwar sebelum ini kerana percaya kepada keikhlasan Anwar dalam memperjuangkan prinsip dan hak - terutama berkaitan dengan Islam dan Melayu. Setelah benar-benar kenal siapa sebenarnya hydra Anwar, beliau meninggalkan PKR. Ini membuktikan beliau tidak jumud, tidak juga mementingkan kedudukan dan pangkat.

Dalam blognya YB Zulkifli berkata, berkali-kali Anwar minta mereka bersabar dan bersabar dalam menangani karenah DAP. Ini semua bagi memuaskan hati pengundi kaum Cina yang majoriti menyokong DAP sekarang ini. Zulkifli dan rakan-rakan yang lain tidak sanggup lagi mengorbankan prinsip demi prinsip hanya untuk memenuhi cita-cita Anwar untuk menjadi PM.

Sudah beberapa kali ditipu seperti janji 16 September 2008, mereka tidak sanggup ditipu lagi. Saya harap rakyat Malaysia juga tidak akan tertipu dengan chameleon berkepala sembilan ini. Seperti Dr. Faust dalam novel Thomas Mann, Anwar sanggup menjual jiwanya kepada Syaitan untuk mendapat kuasa.

 "If Hitler invade Hell", kata Churchill, "I will make pact with the Devil."





Wednesday, November 3, 2010

PRK Galas: The Phantom Menace.

Kedengaran lagi pasal pengundi hantu. Biasanya jika isu pengundi hantu dispin oleh PAS, mereka akan kalah. Jika mereka yakin mereka menang, tidak akan ada dakwaan tentang pengundi hantu. Baca sini.

Tengku Razaleigh menolak sekeras-kerasnya dakwaan PAS akan ada mainan pengundi hantu dalam strategi BN. Tengku Razaleigh menyatakan bukan mudah untuk memanipulasikan undi dengan mewujudkan pengundi hantu. Beliau juga turut berkata, beliau seorang yang tidak pandai bermain taktik kotor yang semacam itu. Memang Tengku Razaleigh terkenal sebagai negarawan yang gentleman, baik oleh pihak lawan mahupun kawan.

Jika BN semudah itu boleh menggunakan khidmat pengundi hantu dan polong, BN tak akan tewas lima buah negeri seperti PRU ke 12. BN juga akan kekal menguasai 2/3 majoriti dalam Parlimen sekarang jika dakwaan hantu ini membantu BN. PAS tidak habis-habis menggunakan taktik lapuk.

BN tidak akan kalah dalam PRK seperti Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan sebagainya jika hantu-hantu ini boleh menolong. Di Kuala Selangor, kedengaran dari awal lagi PAS dah spin pengundi hantu akan membantu calon BN. Hasilnya, PR kecundang.

Apabila dalam PRK Galas PAS mendakwa bimbang dengan pengundi hantu, ini bagaikan memberi alamat PAS akan kecundang? Sama-sama kita nantikan keputusan pada 4 November nanti.