Pada 29 September 2010, sahabat saya blogger PANTAU telah menulis tentang harga rumah yang melambung tinggi. Beliau menulis dibawah posting bertajuk Harga Rumah Jauh Lebih Maju. Dalam keghairahan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan menjana pendapatan per kapita rakyatnya sebanyak 15,000 USD dalam masa 10 tahun, rumah mendahului menjadi 'maju' bahkan sebelum Model Ekonomi Baru dilancarkan. 'Maju'nya rumah kerana harga yang tidak masuk akal.
Pada 5 Oktober 2010, Datuk Ahirudin Atan A.K.A Rocky's Bru turut menulis tentang isu yang sama dibawah tajuk In KL, a property bubble's waiting to burst. Kedua mereka menulis tentang manipulasi harga rumah yang tidak berdasarkan pemintaan dan penawaran. Ada orang yang membuat untung dengan keadaan yang ada yang tidak berdasarkan harga sebenar pasaran perumahan.
Walaupun Rocky's Bru bimbang 'ekonomi buih' atau bubble economy yang sedang hot di Kuala Lumpur, namun sahabat saya blogger PANTAU turut melahirkan kebimbangan harga yang tidak menurut pasaran walaupun diluar Lembah Kelang. Menurut National Property Information Centre(NAPCI) diluar Kuala Lumpur harga hartanah meningkat sebanyak 19% tetapi di Kuala Lumpur sahaja meningkat sebanyak 35%.
Apa yang menjadi tandatanya, sebanyak 22.6% rumah tidak dapat dijual pada suku kedua tahun ini. Data membuktikan bahawa rumah sebenarnya oversupplied dan harga sepatutnya lebih murah dari pasaran sekarang jika mengikut teori penawaran(supply) dan permintaan(demand).
Jadi harga rumah in sebenarnya telah dimanipulasikan oleh pemaju dan banker. Kenaikan harga rumah ini hanya 'buih-buih' yang boleh meletup bila-bila masa sahaja. Menurut blog PANTAU antara faktor penyumbangnya adalah polisi Bank Negara yang membenarkan bank-bank memberi loan hingga 90% bukan hanya kepada pembeli rumah pertama tetapi kepada yang menjalankan aktiviti 'spekulasi'.
Rumah sangat penting, terutama kepada graduan muda yang baru mendirikan rumahtangga. Hakikatnya harga rumah yang melambung tinggi ini kerana wujudnya konspirasi antara pemaju dan institusi kewangan membebankan graduan yang baru bekerja dan baru membina keluarga. Gaji mereka jauh lebih rendah jika dibanding dengan harga rumah yang sekadar 'sekangkang kera.'
Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana kerajaan tidak perlu terlalu obsess mewujudkan pendapatan per kapita yang tinggi tetapi kuasa beli kebanyakkan rakyanya rendah. Apa guna duit yang banyak jika terlalu sedikit barang yang boleh dibeli(inflasi).
Kita sudah belajar dari kejatuhan ekonomi Asia tahun 1997, Amerika dan Eropah baru-baru ini semuanya kerana spekulasi dan perniagaan 'buih-buih' yang tidak fundamental berdasarkan demand dan supply. Kita tidak mahu generasi kita berhutang hingga ke anak cucu(ada bank memberi pinjaman hingga 35 tahun!) dan menjadi seperti Sisypus.
Kita sudah letih.
3 comments:
Saya bersetuju dengan pendapat saudara. sebenarnya sekiranya dikira dengan kos harga bahan mentah, gaji pekerja (warga atau tidak), rumah-rumah termasuk hartanah yang lain di Malaysia memang jauh overpriced. Selalunya alasan yang diberi pemaju adalah nilai tanah...Seorang sahabat saya yang pernah menjadi kontraktor pernah memberitahu saya nilai sebuah rumah di malaysia tidak setimpal dengan harga yang dipamerkan. dan bagi beliau, dan nilai sebenar sebuah rumah, sekiranya pemaju mengambil kira segala kos dan bukan kerana keuntungan semata cuma lebih kurang 30% daripada harga jualan...Pengalaman ini saya sudah rasa apabila membuat pengiraan semasa membina rumah sendiri di atas sebuah tapak tanah pemberian orang tua saya di Sarawak. Saya dan adik saya membuat rumah Semi-D dan menggaji beberapa tukang (orang malaysia) untuk membina rumah, apa yang perlu kami sediakan adalah bahan mentah, segala macam perkakas rumah, dan semua kelengkapan...harganya jauh lebih murah nilai kedua-dua rumah semi-D berkenaan.Dan bahan-bahan yang sediakan adalah dari kualiti yang bagus, kalau rumah yang di beli belum tentu lagi kita tahu kualiti bahan yang dipakai (banyak contoh rumah rosak dalam rancangan TV) Pemaju sememangnya untung besar dek harga pasaran rumah yang begitu tinggi. Saya berharap, seperti saudara tulis di atas, iaitu "buih-buih" tidak berlaku di malaysia nanti...di Amerika Syarikat sesetengah tempat property ada yang sudah tidak ada value lagi, jauh lebih murah daripada harga sebenar akibat daripada kemerosotan ekonomi. Don't be too greedy Malaysians...
Pelavaq Azeng
rumah2 sekarang mmg harganya tak masuk akal. ada rumah banglo di ipoh mencecah 1.4 juta, padahal kalo sewa rumah 2 tingkat pada org lain di persekitaran yg sama, valuenya cuma 500 sebulan.
harga rumah baru bukan la harga yg ikut pasaran semasa. kebanyakan rumah yg dah dilelong baru la harganya reasonable dengan kehendak pasaran.
salam,
kononnya kerajaan nak market friendly, kononnya biar market tentu pasaran. terbukti di Malaysia semua perkara dimanipulasikan oleh golongan kapitalist dan banker. kerajaan boleh pantau dan betulkan market
Post a Comment