Followers

Friday, October 29, 2010

Malaysia Sebagai Hub Hiburan.

Pada Februari 2008 saya bersama rombongan Ahli Parlimen Jerantut telah melawat Surubaya, Indonesia. Dalam perjalanan dari airport ke penginapan kami, seorang pemandu pelancong telah ditugaskan memberi penerangan tentang Surubaya.

Kebetulan kami sampai pada hari Jumaat, bas persiaran melalui beberapa masjid dan saya terpandang sebegitu ramai muslimin menunaikan solat Jumaat. Dari tingkap bas saya memerhatikan mereka selepas usai solat berduyun-duyun, begitu ramai hingga pada tanggapan saya, Indonesia merupakan negara Islam terbesar.

Tanggapan saya merosot apabila pemandu pelancong menerangkan latarbelakang Surubaya. Beliau tanpa segan silu mengisytiharkan, pelacuran di Surubaya menyumbang sebanyak 30% ekonomi Surabaya.Saya tergamam untuk seketika, di sini, negara yang paling ramai muslimin boleh mengumumkan kepada kami, bangsa serumpun seagama bahawasanya ekonomi Surabaya 30% dijana dari hasil pelacuran. Dan pengumuman itu terlalu klinikal, seperti tidak ada salahnya dari segi agama dan dari segi moral.

Kita kena faham, asas negara Indonesia adalah Pancasila. Islam hanya agama peribadi penduduknya. Ia tidak akan mempengaruhi corak pemerintahan yang berlandaskan sekularisme. Bapa-bapa kemerdekaan mereka sudah meletak asasnya begitu. 

Di Malaysia lain. Islam dinobatkan agama rasmi. Sedikit sebanyak, sebelum sesuatu itu dilakukan, sensitiviti orang Islam perlu diambil kira. Walaupun saya berasa Islam lebih selamat di Malaysia, namun saya tetap gusar dengan berita Malaysia akan menjadi hub hiburan antarabangsa dan lebih banyak pusat hiburan akan dibuka. Tujuannya untuk menarik perlancungan. Baca sini.

Dari segi agama dan moral, hiburan yang berlebih-lebihan akan meruntuhkan moral anak-anak muda. Dalam usaha kerajaan ingin meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia hingga USD 15,000 per kapita, pertimbangan moral perlu diambil kira. Bahkan kini, tanpa Malaysia menjadi hub hiburan lagi, begitu ramai remaja Melayu membuang anak ke sana sini. 

Sekarang ini ramai anak muda Melayu menjadi GRO, pelacur, bekerja di rumah urut dan sebagainya. Hiburan seperti ini seperti nuklear juga. Ramai orang mahukan tenaga yang dihasilkan oleh nuklear tetapi tidak mahu sisa buangannya. Ramai orang ingin berhibur tetapi tidak mahu moral rakyatnya runtuh. Menjadikan Malaysia hub hiburan bererti membenarkan keruntuhan moral berlaku di sini. Sementara pelancung akan kembali ke Dubai, Abu Dhabi, Brunei atau Kaherah setelah menikmati budaya hedonisme di sini, tanpa perlu mencemar kesucian Islam negara mereka.

Selama beberapa malam saya di Surubaya, saya menelusuri kompleks pelacuran terbesar di situ. Saya melihat begitu ramai anak-anak muda Indonesia yang serumpun dengan saya, mungkin seagama duduk di dalam cermin menunggu dilanggani. 

Satu pemandangan yang menjijik dan menggelikan. Demi Allah saya tidak sanggup ianya berlaku di Malaysia, tak sanggup melihat anak-anak muda Melayu Malaysia menjadi sedemikian. Mereka mungkin anak jiran kita, anak saudara kita atau anak kawan kita.

Paling mengejutkan saya, kedudukan sebuah masjid tertua Surabaya benar-benar bersebelahan dengan kompleks itu. Mungkin Malaysia tidak akan menjadi seteruk Indonesia atau Thailand, tetapi perjalanan beribu batu akan mula dengan langkah yang pertama juga.

Kepada pemerintah yang saya sokong, fikir-fikirkan lah.


6 comments:

chenerong ular said...

Salam,mungkin mereka berpendapat?untuk mempercepat kan MALAYSIA menjadi salah sebuah negara maju di dunia,maka kita terpaksa merelakan negara kita dijadikan HUB HIBURAN,HUB DADAH,HUB MAKSIAT DAN BERMACAM MACAM HUB YANG BOLEH MEMPERKENAL DAN MENGUNTUNGKAN MALAYSIA.

Walau pun negara kita,ISLAM itu adalah agama rasmi,tapi kita maseh di selubungi oleh gejala maksiat seperti negara jiran kita juga walaupun tidak secara terang terangan itu bezanya,negara kita menyediakan tempat perjudian terbesar untuk yang sah di sisi undang undang negara walau pun tidah halal dari segi agama.

Begitu juga industri hiburan yang mejuruskan kepada pelacuran,berapa banyak yang tidak sah dari segi undang undang beroperasi,yang sah pun penguatkuasa kita tidak boleh uruskan dengan cara betul inikan pula yang tidak sah,seperti rumah rumah urut,spa,KELAB MALAM,KARA OKE DAN DANGDUT. SIAPA UNTUNG?, KAKI TANGAN KERAJAAN KE KANTONG KERAJAAN?

tahniah lah kerana negara kita menjadi tarikan pelancong luar datang,khususnya dari negara Arab yang ingin melihat dan merasai serba serbi keindahan yang kerajaan malaysia boleh sajikan,kerana mereka tidak akan dapat rasakan di negara mereka secara terang terangan.

Dengan semangat setia kawan kepada negara islam lain tak mengapa kita menjadikan negara kita sebagi HUB hiburan dan lain lain hub ?, ha ha ha, bagusnya MALAYSIA.

tungkaran hati said...

Bagaimana agaknya kalau anak-anak Perdana Menteri bekerja sebagai tukang urut, penyedia arak dan teman sosial(berzina?) dalam Hab Hiburan tersebut?
Perlukah kita wang yang banyak sedangkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh agama? atau perlukah kita melacurkan agama dan bangsa semata-mata untuk sedikit keuntungan politik?

Anonymous said...

Inilah jadinya bila wang dijadikan tuhan, segala-galanya hanya memikirkan wang, kerajaan patut memikirkan kesan jangka panjang sebelum melaksanakan perkara ini, hanya Idris jala sajakan yg paling arif tentang ekonomi

Sang Guna said...

Salam,
Kadang2 pening jugak dgn pemimpin BN ni, korang blogger ketengahkan bermacam isu utk menjelaskan pada rakyat siapa PR, tapi pemimpin BN ni pulak mcm sengaja cari penyakit bagi modal kat PR utk hentam diorang, nampak mcm bengap pun ada pemimpin ni.
Hub hiburan?, blm ada hub pun dah melambak pusat hiburan baik yg lesen atau takde lesen.
Yg pg jadi penaung pada petunjukan fesyen yg kononya Islamic fesyenlah.
Mcm dah takde otak nak pikir, lantak korang le pemimpin kau yg kena soal lebih nanti kat akhirat.
Blogger bagai nak rak cuba nak defend diorang kadang2 kelakar pun ada.
tapi aku syok baca tulisan korang blogger2 semua.

Anonymous said...

Sabda Rasulullah s.a.w. berbunyi; " Sesiapa yang mencari keredaan Allah dengan kemurkaan manusia nescaya Allah akan mencukupkannya dengan pertolongan manusia, sesiapa yang mencari reda manusia dengan kemurkaan Allah, Allah akan menyerahkannya kepada manusia". Hadis ini adalah dari Riwayat al-Tirmizi, dan ianya adalah hadis hasan.

Anonymous said...

Kelantan adalah negeri yang termaju sekali di kalangan semua negeri negeri yang lain di dalam Malaysia. Hidup PAS !