Followers

Sunday, October 31, 2010

Berakhirnya Era Anak Bangsawan.

Seseorang pernah memberitahu saya, pada zaman ekonomi Malaysia sedang berkembang pesat iaitu tahun 1990an, semua orang merasakan mereka pandai berniaga, pandai main saham dan semuanya tokoh korporat. Usahawan sejati akan berjaya tidak mengira zaman, malah mereka lebih berjaya setelah mengharungi kepayahan. 

Melayu yang berjaya pada zaman itu merasakan mereka bijak sedangkan pada zaman itu 'even monkeys can make money.' Beli saham apa saja, ia akan tetap naik. Sebenarnya yang dikatakan kejayaan pada masa itu hanya trend yang kebetulan segalanya 'bullish'. Warren Buffet tetap boleh buat duit walaupun trend market bearish.

Begitu juga dengan kepimpinan. Ketika segalanya aman, stabil dan tenang, semua orang boleh menjadi pemimpin. Anak bangsawan yang hidup terpisah dari rakyat jelata, tidak pernah merasa kepayahan rakyat biasa yang membanting tulang juga boleh memimpin rakyatnya yang susah. 

Mereka sendiri tidak dapat menjiwai kesusahan rakyatnya. Gautama Buddha yang asalnya seorang putera raja pun terpaksa keluar dari istana untuk memahami kesengsaraan rakyat biasa diluar tembok istana bapanya. Dalam zaman aman,  pemimpin anak bangsawan atau elit pemerintah ini disanjung. Kononnya  menurut istilah British 'good breed',  mengikut istilah Amerika 'high class.'

Sekarang rakyat susah. Harga barang naik. Pendidikan kebanyakkan pinjaman. Belum graduate, graduan kita sudah ada liabiliti. Kerja susah. Inflasi lagi. Rumah juga makin mahal. Semua ini tidak pernah dirasai oleh anak menteri atau anak perdana menteri.

Mereka lahir dengan 'silver spoon.' Lahir saja sudah ada orang gaji, butler, driver dan sebagainya. Benarkah mereka faham ada rakyat yang tidak mampu membayar yuran PIBG sebanyak RM 30? Benarkah mereka tahu harga sayuran di pasar, harga beras dan keperluan harian naik? 

Jika mereka - anak bangsawan - tidak pernah merasa susah, tidak pernah berjuang untuk senang, bagaimana kita mengharapkan mereka menjadi fighter? Yang tinggal hanya Amaran. 

Kemewahan memang merosakkan. Revolusi Perancis telah menghapuskan golongan bangsawan dan memberi peluang kepada rakyat biasa naik kerana merit, bukan keturunan.

Adakah politik Malaysia juga menuju ke arah revolusi a'la Revolusi Perancis? 

Terbukti dizaman huru hara, anak para bangsawan hanya sitting duck. Kita mahu pemimpin yang fighter dan bukan lembik. Mereka tidak akan datang dari kayangan. Mereka akan terbit dari kalangan 'kita-kita' yang marhein.

Kita sedang menunggu kehadiran seorang Ken Arok dari Tumapel.


Friday, October 29, 2010

Malaysia Sebagai Hub Hiburan.

Pada Februari 2008 saya bersama rombongan Ahli Parlimen Jerantut telah melawat Surubaya, Indonesia. Dalam perjalanan dari airport ke penginapan kami, seorang pemandu pelancong telah ditugaskan memberi penerangan tentang Surubaya.

Kebetulan kami sampai pada hari Jumaat, bas persiaran melalui beberapa masjid dan saya terpandang sebegitu ramai muslimin menunaikan solat Jumaat. Dari tingkap bas saya memerhatikan mereka selepas usai solat berduyun-duyun, begitu ramai hingga pada tanggapan saya, Indonesia merupakan negara Islam terbesar.

Tanggapan saya merosot apabila pemandu pelancong menerangkan latarbelakang Surubaya. Beliau tanpa segan silu mengisytiharkan, pelacuran di Surubaya menyumbang sebanyak 30% ekonomi Surabaya.Saya tergamam untuk seketika, di sini, negara yang paling ramai muslimin boleh mengumumkan kepada kami, bangsa serumpun seagama bahawasanya ekonomi Surabaya 30% dijana dari hasil pelacuran. Dan pengumuman itu terlalu klinikal, seperti tidak ada salahnya dari segi agama dan dari segi moral.

Kita kena faham, asas negara Indonesia adalah Pancasila. Islam hanya agama peribadi penduduknya. Ia tidak akan mempengaruhi corak pemerintahan yang berlandaskan sekularisme. Bapa-bapa kemerdekaan mereka sudah meletak asasnya begitu. 

Di Malaysia lain. Islam dinobatkan agama rasmi. Sedikit sebanyak, sebelum sesuatu itu dilakukan, sensitiviti orang Islam perlu diambil kira. Walaupun saya berasa Islam lebih selamat di Malaysia, namun saya tetap gusar dengan berita Malaysia akan menjadi hub hiburan antarabangsa dan lebih banyak pusat hiburan akan dibuka. Tujuannya untuk menarik perlancungan. Baca sini.

Dari segi agama dan moral, hiburan yang berlebih-lebihan akan meruntuhkan moral anak-anak muda. Dalam usaha kerajaan ingin meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia hingga USD 15,000 per kapita, pertimbangan moral perlu diambil kira. Bahkan kini, tanpa Malaysia menjadi hub hiburan lagi, begitu ramai remaja Melayu membuang anak ke sana sini. 

Sekarang ini ramai anak muda Melayu menjadi GRO, pelacur, bekerja di rumah urut dan sebagainya. Hiburan seperti ini seperti nuklear juga. Ramai orang mahukan tenaga yang dihasilkan oleh nuklear tetapi tidak mahu sisa buangannya. Ramai orang ingin berhibur tetapi tidak mahu moral rakyatnya runtuh. Menjadikan Malaysia hub hiburan bererti membenarkan keruntuhan moral berlaku di sini. Sementara pelancung akan kembali ke Dubai, Abu Dhabi, Brunei atau Kaherah setelah menikmati budaya hedonisme di sini, tanpa perlu mencemar kesucian Islam negara mereka.

Selama beberapa malam saya di Surubaya, saya menelusuri kompleks pelacuran terbesar di situ. Saya melihat begitu ramai anak-anak muda Indonesia yang serumpun dengan saya, mungkin seagama duduk di dalam cermin menunggu dilanggani. 

Satu pemandangan yang menjijik dan menggelikan. Demi Allah saya tidak sanggup ianya berlaku di Malaysia, tak sanggup melihat anak-anak muda Melayu Malaysia menjadi sedemikian. Mereka mungkin anak jiran kita, anak saudara kita atau anak kawan kita.

Paling mengejutkan saya, kedudukan sebuah masjid tertua Surabaya benar-benar bersebelahan dengan kompleks itu. Mungkin Malaysia tidak akan menjadi seteruk Indonesia atau Thailand, tetapi perjalanan beribu batu akan mula dengan langkah yang pertama juga.

Kepada pemerintah yang saya sokong, fikir-fikirkan lah.


Thursday, October 28, 2010

Janji Manis-Manis Festo Mu

Saya nak tergelak pun ada, nak termuntah pun ada baca kenyataan 'pakar ekonomi' PAS. Husam Musa berjanji PR jadi kerajaan cukai Hapus .

Beliau berjanji, jika rakyat memberi mandat kepada PR, cukai pendapatan akan dihapuskan sepenggal. Come on, if you claim your are government in waiting, please don't insult our intelligent, ma. Bukan semua penggundi atas pagar boleh digula-gulakan dengan janji tak masuk akal. *Sigh*

Saya nak tergelak baca komen-komen dalam Neutral Daily, ada yang komen jaga kambing pun rugi, ada hati nak jaga kerajaan pusat. PAS selalu kritik kerajaan, tapi lupa mereka juga sudah rugikan Kohilal. Bagi ahli PAS tak apalah sebab rugi di dunia, saham di akhirat. Tapi undi atas pagar yang penting, bukan ahli PAS sahaja.

Kalau tak kutip cukai pendapatan nak korek mana duit? Kalau tak ada duit, nak buat pembangunan macam mana? Cukai yang di kutip bukan hak kerajaan, semua duit rakyat. Kerajaan cuma pemegang amanah saja.Kami sebagai rakyat akan bagi mandat kepada pihak yang bijak menguruskan duit pembayar cukai.

Ini ada cerita menarik. Oleh kerana PAS kononnya Islamik, ada cerita tentang khalifah Islam apabila seorang kawannya melawat beliau, khalfah bertanya hal peribadi ke hal negara. Apabila dijawab hal negara khalifah berkenaan memadam lilin kerajaan dan menyalakan lilin peribadinya.

Masalah sekarang baik BN atau PR lupa bahawa mereka hanya trustee kepada duit pembayar cukai. Kerajaan tak ada duit, semua duit itu duit rakyat. Mereka hanya di amanahkan menguruskan sahaja. Ada kritikan bagaimana kerajaan BN menggunakan duit pembayar cukai dengan sewenang-wenang. Baca posting terbaru Outsyed The Box dibawah tajuk: Private Money,Taxpayer's Money, Government's Own Money & Stuff. Saya setuju dengan kritikan Syed Akhbar dalam artikelnya.

Walaupun kerajaan BN ditegur tetapi pakar ekonomi PAS ini lebih dungu. Kalau cukai tak dikutip, macam mana hendak menggerakkan birokrasi kerajaan?Kalau BN tak tau mana duit sendiri dan duit rakyat, PAS langsung tak mahu ambil tau. 

Malaysia akan lebih cepat bankrap dibawah PAS lah kalau macam itu.

Update

Sila baca rancangan Transformasi Ekonomi versi PAS Kelantan. Warning: jangan serius sangat ketika membacanyaKlik sini.





Wednesday, October 27, 2010

Dari Gua Musang ke Dublin Saya Temui 1Malaysia.

Pada 19hb October 2010, saya menghadiri program bersama YADIM(Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) di Sekolah Men.Tengku Indra Petra, Gua Musang. Majlis itu sebenarnya penyampaian water filter sumbangan YADIM kepada beberapa buah sekolah dan masjid.

Selepas acara majlis penyampaian, kami dijemput menikmati jamuan tengahari bersama guru-guru dari beberapa buah sekolah di Gua Musang. Semasa makan, saya terdengar perbualan antara beberapa guru, Melayu dan Cina dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Memang menjadi pengetahuan umum, Cina Kelantan lebih fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan dari bahasa Cina sendiri.

Saya merasakan dan menghayati kemesraan mereka - guru-guru Kelantan - tanpa mengira bangsa bila berbual dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Nama guru berkenaan tetap nama Cina, dan beliau tidak beragama Islam, tetapi saya yakin rakan-rakan Melayunya tidak merasakan itu penting. Saya sendiri merasa mesra dengan mereka. Semuanya terlebur dalam hanya perbualan menggunakan bahasa Melayu loghat Kelantan. Di Gua Musang, berbahasakan Melayu loghat Kelantan saya temui 1Malaysia.

Kemudian saya teringat satu peristiwa di kedutaan Malaysia di Ireland. Ketika itu saya ingin mendaftarkan kelahiran anak saya di kedutaan Malaysia. Seorang rakyat Malaysia keturunan India yang mempunyai urusan dengan pegawai kedutaan Malaysia menggunakan bahasa Melayu dengan fasihnya. Kemudian hadir pula seorang lagi rakyat Malaysia keturunan Cina yang ingin bertanyakan sesuatu. Beliau juga menggunakan bahasa Melayu dengan fasih. Di Ireland, dalam bangunan kedutaan Malaysia, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Saya lupa saya di Ireland. Saya merasa suasana keMalaysiaan di rantau, beribu batu dari Malaysia. Semua bangsa tanpa segan silu bertutur dalam bahasa Melayu dan saya bangga. Kami, rakyat Malaysia tidak menjadi lebih orang putih dari orang putih. 

Mungkin jauh dari Malaysia, jauh dari Dong Zhong atau HINDRAF, jauh dari politik sebenarnya kita boleh menjadi 1Malaysia dan tanpa segan silu menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Melayu. Kami tahu dengan berada dirantau orang, kami hanya rakyat Malaysia dan kami tidak perlu menjadi chauvanist atau ultra atau rasis. Kami hanya rakyat Malaysia.

Pengajaran dari dua cerita ini cukup mudah. Bahasa merupakan medium penyatuan mana-mana bangsa dalam mana-mana negara. Jika Datuk Seri Najib serius ingin melaksanakan 1Malaysia, tidak ada cara lain melainkan sekolah jenis kebangsaan mesti dihapuskan dan hanya bahasa Melayu dinobatkan. Pastikan semua rakyat Malaysia fasih berbahasa Melayu. Itu sebenarnya rahsia penyatuan sesebuah negara dan formula yang sama digunakan oleh Shih Huang Ti dalam menyatukan China yang terdiri dari berbagai dialek hanya wajib bertutur secara rasmi dalam mandarin.

Jika Datuk Seri Najib tidak mempunyai will power untuk melaksanakannya, lupakan slogan 1Malaysia, memang minyak dan air tidak akan bercampur.

Monday, October 25, 2010

Ulasan Ucapan Dasar Presiden UMNO 2010 Bahagian 2

Seterusnya dalam ucapan dasar Presiden UMNO menjamin walau apapun, hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu dibawah artikel 152 dam 153 terjamin. Terjamin ini bererti siapa pun yang memerintah mereka tidak akan berupaya meminda perlembagaan walaupun mereka menguasai 2/3 majoriti. Ini kerana untuk memindanya perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Logiknya, mustahil Majlis Raja-raja bersetuju melakukannya.

Presiden bagaikan memberi isyarat kepada golongan radikal dan extremist bahawasanya, tidak ada guna kita mengungkit-ungkit, bertempik terlolong sesuatu yang sudah dijamin oleh perlembagaan. Dalam masa yang sama, DSN cuba meyakinkan orang-orang Melayu yang resah supaya kembali merasa selamat kerana hak istimewa mereka terjamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Point ini sebenarnya mendapat kritikan dari Kickdefella dalam postingnya bertajuk 'Transformasi, Reformasi dan Penetrasi'. Dalam masa yang sama, pembangkang juga telah mengeksploitasi pengakuan Presiden UMNO bahawa tidak ada apa yang akan berubah jika UMNO tidak memerintah kerana segalanya sudah dijamin oleh perlembagaan persekutuan. 

Menurut Kickdefella, hujah ini seperti mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Maksudnya jika DAP juga memerintah, hak-hak keistimewaan orang Melayu dibawah artikel 152 dan 153 tetap tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Dalam soal ini, Presiden UMNO sudah senada dengan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Di sini nampak kejujuran Datuk Seri Najib, dan mungkin beliau sedar sudah ramai rakyat memahami perkara ini.

Beliau bercakap benar berdasarkan teori peruntukkan perlembagaan. Ini persoalan objektif walaupun nampak merugikan parti UMNO yang dipimpin oleh beliau sendiri. Namun demikian, tidak ada apa yang pasti di dunia ini, kata Benjamin Franklin kecuali kematian dan cukai-cukai. Begitu juga politik.

Secara teori, tiada siapa boleh meminda perlembagaan yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Secara praktikal, jika kuasa terletak ditangan bukan Melayu, masih sebenarnya mereka boleh mengabaikan perlembagaan ini. Mereka tidak perlu memindanya, hanya sekadar mengabai dan tidak menguatkuasakan saja.

Sebagai contoh, Raja-raja sepatutnya above the law dan tidak boleh dikritik kerana mereka tidak tertakluk kepada mana-mana parti. Kita lihat sekarang, walaupun hal ini termaktub dalam perlembagaan, dan orang yang mengkritik raja-raja Melayu ini boleh diambil tindakan undang-undang dibawah Akta Hasutan, tetapi pemimpin Hindraf yang mengkritik Sultan Johor masih boleh bebas berkeliaran dan mengkritik mana-mana sultan yang dia suka.

Tidak ada kekuatan mana-mana undang-undang jika tidak ada enforcement. Jika pemimpin UMNO sendiri yang sewajarnya mempertahankan Melayu dan Raja-raja Melayu mengikut peruntukan perlembagaan teragak-agak untuk bertindak tegas, apatah lagi jika bukan Melayu menjadi pemerintah. Perlembagaan yang tidak perlu dipinda as good as dead. Ia tidak membawa apa-apa makna pun. 

Kesimpulan dalam soal ini sebenarnya Melayu masih memerlukan kuasa Melayu bagi menjamin survival Melayu. Melayu tidak boleh mempercayai undang-undang yang kaku. Ambil contoh Singapura, mereka tidak meminda undang-undang berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu sebagai native dan bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Malah Lee Kuan Yew sendiri menyelar mana-mana ahli politik Singapura yang ingin meminda peruntukan itu. 

Melayu Singapura boleh bangga mereka berdikari dalam banyak hal tetapi siapa yang menguasai tentera, polis dan GLC Singapura? Dan amat menyedihkan jika pemeliharaan survival bangsa kita terletak kepada bukan bangsa kita. Bahkan Rasulullah tidak akan benarkan Yahudi Madinah melakukan perkara ini. Tidak juga kafir Quraish. Keselamatan dan kelangsungan politik Islam mesti terletak pada Amirul Mukminin.

Jika hak  penting orang Melayu seperti biasiswa boleh dipersoalkan kini, siapa boleh jamin jika bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, dengan kuasa 'rakyat' di Parlimen mereka tidak boleh lakukan apa saja. Kuasa pratikal tidak terletak pada Raja-raja. Majlis Raja-raja hanya mempunyai kuasa teori.

Kita sendiri sudah lihat sembilan Raja-raja Melayu terpaksa tunduk kepada tekanan politik UMNO satu ketika dahulu. Apabila ahli politik mula menggerakan sokongan rakyat, para baginda tidak dapat menyaingi propaganda ahli politik. Mereka hampir hilang kuasa ketika Inggeris bercadang melaksanakan Malayan Union. Ketika itu, dengan izin Allah, hanya kebangkitan menyeluruh orang Melayu dibawah panji UMNO menyelamatkan kedudukan mereka.

Perlembagaan perlu guardian atau penjaga. Ia hanya dokumen yang tidak bererti apa-apa jika penjaga kuasa masih mempunyai banyak instruments of power. Oliver Cromwell sebagai pemimpin Parlimen Inggeris boleh memancung Raja England bila rakyat dan parlimen menyebelahinya. Jangan pandang remeh pada KUASA yang tidak berada pada kita.

Never underestimate your opponents. Kata Sun Tzu.

Alhamdulillah, dalam ucapan penggulungan, Presiden UMNO kembali menekan hanya parti UMNO(dengan izin Allah) boleh menjaga Melayu, dan  juga menjaga kaum-kaum lain. Baca ulasan Big Dot Com di sini.

Kesimpulannya, UMNO tidak perlu menjadi apologetik dan takut dituduh rasis dalam mempertahankan kepentingan Melayu. Majoriti Melayu perlu diyakinkan bahawa mereka selamat dibawah panji-panji UMNO. Dalam Malaysia ini, keamanan terjamin jika Melayu gembira. Dengan willpower dan kejituan jati diri, akhirnya kaum lain akan faham, kegembiraan Melayu adalah formula kepada kegembiraan semua.

HIDUP MELAYU!

Sunday, October 24, 2010

Ulasan Ucapan Dasar Presiden UMNO 2010 Bahagian 1

Kickdefella dan Cucu Tok Selampit mempersoalkan tajuk ucapan dasar Presiden UMNO: Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran . Menurut mereka yang merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mendaya bererti menjalankan tipu muslihat. Khairul Rizal Osman(aka Cucu Tok Selampit) menyalahkan penulis teks ucapan berkenaan yang terlepas pandang perkara sebegini.

Pada pandangan saya, maksud mendaya disini adalah membolehkan yang asal dari perkataan daya. Walau bagaimanapun, biar ahli semantik membahaskan betul atau tidak ayat mendaya itu. Lebih baik kita bincangkan falsafah dan mesej yang tersirat disebalik amanat Presiden UMNO ini.

Untuk membaca penuh teks ucapan beliau, boleh rujuk ke blog Another Brick in the Wall  disini.

Presiden cuba menerangkan bahawa konsep 1Malaysia bukan ciptaan baru tetapi merupakan kesinambungan perjuangan pemimpin UMNO masa silam. Secara ringkas beliau menerangkan bermulanya konsep ini sejak zaman Presiden pertama UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar yang cuba menjadikan UMNO multirace parti tetapi ditentang oleh majoriti ahli UMNO.

Ini menyebabkan pengasas UMNO keluar dan cuba melaksanakan ideanya melalui Parti Negara tetapi gagal mendapat sambutan. Almarhum Tunku pula menyelesaikan kekalutan 'untuk merdeka dengan kaum lain' dengan mengadakan perundingan dengan parti MCA dan MIC yang masing-masing mewakili kaum Cina dan India untuk merdeka bersama. Maka wujudlah Perikatan.

Allahyarham Tun Abd Razak pula selepas peristiwa 13 Mei 1969 menyedari sekadar ikatan yang longgar jika tidak disokong oleh program penyusunan semula ekonomi dan sosial antara orang Melayu dan kaum keturunan immigran yang menguasai ekonomi pula menubuhkan Barisan Nasional. Melalui perundingan dan consensus akhirnya wujudlah DEB.

Perjuangan itu diteruskan oleh Tun Hussein, dan ketika era Tun Mahathir dengan gagasan dan Wawasan 2020 cuba mewujudkan Bangsa Malaysia. DSN cuba menerangkan UMNO dibawah Onn Jaafar, hingga Perikatan dibawah Tunku, Barisan Nasional dibawah Tun Razak, Tun Hussein dan wawasan Bangsa Malaysia dibawah Tun Mahathir hingga ke 1Malaysia intipatinya hanya satu iaitu Perpaduan Nasional.

Respond dalam blogsphere yang mengulas ucapan Presiden yang menarik hati saya adalah dari Datuk A.Kadir Jasin. Dalam posting bertajuk Melayu Pengasas UMNO Manusia Progresif beliau menyangkal dakwaan DSN idea membuka UMNO kepada kaum lain ditolak  ketika zaman Onn Jaafar kerana Melayu ketika itu tidak progresif seperti Dato' Onn.

Berikut sebab mengapa cadangan itu ditolak:

1. UMNO merupakan parti kebangsaan orang Melayu dan anak peribumi.

2.Majoriti orang bukan Melayu ketika itu bukan warganegara Tanah Melayu atau warganegara negeri-negeri Melayu(state citizens).

3. Majoriti orang bukan Melayu yang mempunyai kesedaran politik ketika itu lebih mengutamakan politik negara ibunda mereka. Pendatang Cina dengan politik Negeri China dan India dengan nasionalisme India. Malah, pendatang Cina yang menyokong Parti Komunis China dan Parti Kebangsaan Kuomintang pernah bergaduh menggunakan senjata kerana fahaman politik tanah besar China.

4. Orang bukan Melayu menyokong Malayan Union. Cheah Boon Kheng mengulas lagi: “The idea of a single state or a large union which combined all the Malay states and the Straits Settlements appealed, in fact, only to the British and the non-Malays but not to the Malays who were still extremely parochial in their attitude.”

(Idea sebuah negeri atau kesatuan yang besar yang menggabungkan negeri-negeri Melayu dengan negeri-negeri Selat pada hakikatnya menarik minat Inggeris dan orang bukan Melayu sahaja, tetapi tidak orang Melayu yang masih kuat perasaan kenegeriannya.)

Walaupun Melayu bersemangat kenegerian, tetapi melalui Umno mereka meluaskan pandangan dengan berjuang atas landasan kebangsaan Melayu; dan

5. Orang Cina Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu terbahagi kepada tiga kumpulan – Cina pendatang, Cina kelahiran tempatan dan Cina Baba. Yang jelas mahu menjadi warganegara Tanah Melayu merdeka adalah Cina Baba yang sudah berabad lamanya menetap di bumi Melayu.

Saya dapat mengesani mesej yang hendak disampaikan oleh Datuk A. Kadir Jasin. Kebanyakkan kaum Cina ketika itu masih  bukan warganegara Tanah Melayu dan negeri Melayu tidak mempunyai kesetiaan kepada Tanah Melayu. Hanya Cina Baba saja yang sanggup berasimilasi dengan bahasa dan budaya Melayu.

Kecurigaan orang Melayu memang mempunyai asas untuk menerima mereka kedalam 'perut' Melayu iaitu UMNO kerana mereka hanya seperti penumpang kesiangan atau opportunist. Objektif mereka hanya ingin menjadi warganegara Tanah Melayu kerana kepentingan niaga dan kawasan konsesi seperti bijih dan lombong emas yang mereka kuasai.

Namun demikian, British memastikan kemerdekaan mesti dicapai bersama kaum Cina tanpa mengira latarbelakang mereka termasuk yang masih bersetia negara asal mereka. Jika kita faham sejarah, kita faham juga masa kini. Mana-mana kaum Cina yang akhirnya menjadi warganegara Malaysia sepatutnya menghormati sosial kontrak dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sejak awal kaum Cina sudah terbahagi dua, samada mereka pro UMNO untuk berkongsi kuasa atau sejak awal anti UMNO dan ingin menguasai Malaysia secara total. Golongan yang tanti-UMNO, ingin Chinafication Tanah Melayu dan bergerak dalam beberapa sayap kiri radikal seperti komunis berselindung di bawah Parti Buruh dan DAP. 

Kaum Cina yang pro UMNO menjadi MCA. Melalui Barisan Nasional mereka bahu membahu membentuk Malaysia berasaskan Perpaduan Nasional. Masalah timbul kerana dalam syllibus sejarah tidak mahu menghayati kebenaran dan pelajar ditarbiyah perkara lain. Akhirnya sejak akhir-akhir ini kaum Cina merasakan mereka tidak boleh menerima sosial kontrak dan Perlembagaan yang terlalu melindungi bumiputera.

Ini menjadikan MCA sendiri sudah bernada DAP dan DAP mengambil kesempatan atas sentimen menyeluruh kaum Cina yang ingin menguasai lebih dari sepatutnya. MCA kadang-kadang bermain wayang dan mempersoalkan hal-hal yang sangat asas orang Melayu, dan mereka bukan lagi automatik menyokong perlembagaan persekutuan yang tidak menguntungkan kaum Cina. Seperti kata Presidennya: "We are agree to disagree from time to time." MCA sudah meninggalkan formula Perpaduan Nasional yang selama 50 tahun berjaya membendung racism.

Seperti kita lihat, ahli politik samada UMNO, PKR atau PAS lebih berminat menjaga kepentingan politik dan kedudukan dari menjaga kepentingan bangsa dan Islam. Datuk A. Kadir Jasin melihat Melayu dulu lebih progresif dan lebih fighter. Beliau berkata:

"Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa orang Melayu pada waktu itu adalah cukup progresif dan melepasi keadaan masa dan persekitaran mereka. Mungkin juga mereka lebih progresif dan berilmu daripada sesetengah Melayu yang ada hari ini.

Yang pasti, mereka lebih kenal diri, lebih tinggi jati diri dan lebih berkeyakinan mengenai hak dan kedudukan mereka sebagai peribumi. Mereka tidak berasa bersalah atau apologetik menjadi Melayu dan peribumi."

Bandingkan ahli politik dulu seperti Tun Dr. Ismail, Tun Razak, Jaafar Albar, Harun Idris dengan Khairy Jamaludin, Nazri Tan Sri Aziz dan Khaled Nordin dan kita akan faham maksud Datuk A. Kadir Jasin.

Mengulas semula ucapan Presiden, jika 1Malaysia merupakan kesinambungan polisi-polisi bapa-bapa kemerdekaan, maka segala kekalutan perlu dijernihkan. Parti komponen seperti MCA dan MIC perlu relevan dengan Perpaduan Nasional. Orang-orang Melayu yang tidak menggesa status quo mereka seperti sekolah jenis kebangsaan perlu dibalas dengan mereka tidak mempersoalkan status quo Melayu. Ini termasuk ekuiti 30%, biasiswa dan lain-lain.

Mana-mana constituency yang majoriti Cina sudah tentu berpihak kepada DAP. MCA sebenarnya yang banyak menumpang undi Melayu kerana jumlah Cina yang pro-BN semakin kurang. MCA perlu menyokong perlembagaan persekutuan kerana itulah rahsia kejayaan Perpaduan Nasional selama ini. 1Malaysia sebenarnya bukanlah  'promise land' kepada MCA dan kaum Cina.

Dalam posting selepas ini, akan dibincangkan tentang Perlembagaan yang melindungi hak-hak istimewa orang Melayu yang tidak boleh dipinda yang mana Presiden UMNO turut menyentuhnya.

Akan bersambung.



 







Friday, October 22, 2010

Retorik KJ.

Saya dah bukan menantu PM. :(

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat ucapan dasar beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum ini, bahkan sekarang Ketua Pergerakan UMNO Pemuda merupakan jawatan sangat penting, setaraf dengan Naib-naib Presiden dan mewakili sayap yang radikal. Penyandangnya sebenarnya mencorak samada Pemuda UMNO perlu menjadi radikal atau lembik.

Sebenarnya kita tidak perlu beretorik tentang kepentingan Melayu. Kepentingan Melayu memang agenda UMNO. Pemimpin atasan mereka mungkin akan mendakwa mereka memperjuangkan semua kaum - dan Melayu merupakan keutamaan mereka.

Ketua Pemuda tidak perlu mengikuti retorik ini. Mereka perlu commit dengan perjuangan Melayu, malah sebagai sayap tidak salah mereka menjadi radikal dan fanatik. Semua orang faham Pemuda berdarah panas seperti bangsa Turki. Itu sebab gelaran 'The Young Turk' adalah gerakan yang tepat kepada pemimpin 'the angry young men'. Pemuda belum perlu menjadi 'negarawan'. Imej mereka sepatutnya 'ultra Malay' seperti Tun Mahathir sebelum beliau menjadi negarawan.

Untuk ikuti ucapan penuh Khairy Jamaludin baca sini.

Pertama sekali saya hairan dengan penggunaan perkataan maqasid dan manhaj. Maqasid bermaksud tujuan atau matlamat, sementara manhaj bermaksud pendekatan. Mungkin KJ juga sudah berjangkit penyakit pemimpin PAS yang rasa lebih mulia dan Islamik jika menggunakan bahasa Arab. Ini juga retorik. 'Ana'. 'Anta'.

KJ telah menekankan peranan pentingnya pengundi muda kepada mana-mana parti dalam PRU ke 13 nanti dan beliau juga melaporkan sudah mendapat ramai ahli UMNO dikalangan orang muda, Katanya sudah seramai 41,663 ahli Pemuda telah berjaya beliau tarik menyertai UMNO. Tahniah.

Kemudian beliau mendakwa bahawa undi Melayu telah meningkat sejak PRK Bagan Pinang, Manek Urai dan Hulu Selangor. Kebanyakkannya dari undi saluran muda. Sudah tentu secara tidak langsung beliau mengambil kredit sebagai Ketua Pemuda walaupun sebenarnya beliau tidak dibenarkan turun berkempen.

Seterusnya beliau menekankan peranan Lab Pemuda yang banyak membantu PM dalam merancang bajet baru-baru ini. Antara yang didengari oleh PM adalah hal perumahan, pinjaman PTPTN, gaji minima dan pinjaman perniagaan. Syabas lagi kerana ini satu usaha yang baik.

Dan ini ungkapannya yang paling menarik perhatian saya:

"Berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan; upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi kerana saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia." 


Ini merupakan ungkapan yang paling beretorik. Ramai yang menafsirkannya beliau menginginkan jawatan kabinet demi membela masa depan Pemuda UMNO dan anak-anak muda Malaysia. Beliau juga turut mengkritik DEB yang menurutnya tidak dapat membantu Melayu sepenuhnya kecuali golongan elit. Tapi selama ini, sistem yang beliau kritik ini yang banyak membantu beliau hingga menjadi penganggur terkaya dan hingga menjadi Ketua Pemuda.

Dan beliau menurunkan 10 ciri-ciri Pemuda negatif yang perlu ditolak. 

1. Elitis dan egois.
2. Suka melihat orang lain dihentam.
3. Syok sendiri.
4. Budaya 'check-in' dan 'check-out' serta 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.
5. Suka 'enter frame' atau mengambil kredit atas usaha orang.
6. Budaya politik sate - kipas dan cucuk pemimpin.
7. Balin batu sembunyi tangan.
8. Budaya yes man/yes bos
9. Talam dua muka.
10. Opportunist.


Alhamdulillah akhirnya Khairy Jamaludin sudah menemui dirinya sendiri selepas hidup lebih setahun sebagai bukan menantu PM. Beliau menemui cermin dirinya dan mengajak semua Pemuda membuang penyakit yang pernah dialaminya. Dalam laporan mStar Online beliau berkata beliau ikhlas. 

Ikhlas memang susah hendak dibuktikan. Ia seperti mencari kucing hitam dalam bilik gelap, dan kucing itu tidak berada dalam bilik berkenaan pun.

Apa-apa pun, beliau berkata, zaman ini bukan dengan cara retorik, demonstrasi, report polis dan guna kuasa bagi memikat pengundi muda. Pengundi muda, menurutnya hanya boleh dimenangi dengan hujah intelek. Jika kita ingat sebelum PRU ke 12, semasa beliau masih Naib Presiden dan menantu PM, beliau melakukan segala itu kecuali intelek. 

Khairy menolak retorik dengan retoriknya sendiri.

Thursday, October 21, 2010

Suleiman The Magnificent.

Qanuni Suleiman to the East, The Magnifecent to the West.


"I who am the Sultan of Sultans, Sovereign of Sovereigns, Distributor of Crowns to Monarchs over the whole Surface of the Globe, God's Shadow on Earth, Sultan and Padishah of the White Sea and Black Sea; of Rumelia and Anatolia, of Karaman and the countries of Rum, Zulcadir, Diyarbekir, Kurdistan, Azerbaijan, Persia, Damascus, Aleppo, Cairo, Mecca, Medina, Jurusalem and all Arabia, Yemen and many other lands that my noble forebears and illustrious ancestors......  conquered by the force of their arms and my August Majesty has also conquered with my blazing sword and victorious sabre....."

Letter from Suleiman to Francis I of France.

Surat ini ditulis oleh Suleiman the Magnificent kepada sekutunya, Francis I, Raja Perancis. Ketika Islam sedang dikemuncak kekuatan tentera dan ekonomi, politik Eropah di tentukan oleh seorang Sultan dari Istambul yang dipanggil 'Sublime Porte' oleh diplomat Eropah, 

Sekarang arus sudah berbalik, politik umat Islam seluruh dunia ditentukan oleh kuasa Barat - Eropah dan Amerika( juga Yahudi). Umat Islam terpaksa menjadi apolegetik diseluruh dunia, dan mempertahankan hak mereka akan dilabelkan 'extremist'. Terpaksalah mereka menjadi moderate atau liberal untuk menyenangkan hati kuasa Barat. 

Di Malaysia, Melayu terpaksa menjadi apologetik walaupun tentang hak mereka sendiri. Jika terlalu lantang mempertahankan hak mereka, akan dilabel 'rasis', extremist dan mentaliti dunia ketiga.

Ingin lagi sekali saya quote kata Richeliu dalam Political Testamentnya:

"In matters of state he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."


Umat Islam diseluruh dunia ramai, tetapi hanya seperti buih-buih dilaut..... 

Tuesday, October 19, 2010

Beza Antara Tanah Air dan Negara.

Tanah Melayu adalah tanah air kepada bangsa Melayu. Malaysia merupakan negara kepada Melayu, kaum Cina, India dan lain-lain. Ada beza antara tanah air dan negara. Ramai yang masih tidak faham konsep ini sangat berlainan.

Sementara Malaysia adalah baru dari persetujuan gabungan entiti politik dari beberapa buah negeri yang merdeka untuk membentuk persekutuan, tanah air pula merupakan kawasan yang mana secara semulajadinya menjadi tempat tinggal, membina sistem politik dan kuasa de jure dan de facto sesuatu kaum. Di Malaysia ini, Tanah Melayu merupakan tanah air orang Melayu, induk dalam satu kedaerahan lebih besar dalam Kepulauan Melayu. Jika Melayu berhijrah keluar dari Kepulauan Melayu, maka Melayu adalah pendatang. Melayu seperti di Cape Town tidak akan marah jika orang Afrika Selatan kata mereka pendatang.

Jika orang faham konsep tanah air ini adalah tanah air Melayu, orang yang mendatang walau beberapa keturunan pun tidak perlu cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan. Jika peribahasa Melayu berkata 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum', orang Inggeris juga berkata 'When you in Rome, you are Roman.' Dua perpatah berkenaan menampakkan secara universal sesiapa yang mendatang kena mengikut resam orang yang terdahulu mendirikan kerajaan dan adat resam mereka.

 Sejarah membuktikan, negara boleh mula dan boleh berakhir. Burma menjadi Mymar, Siam menjadi Thailand, beberapa negara Soviet boleh berpecah menjadi Rusia, Uzbeskistan, Armenia, Azaibaijan dan sebagainya, tidak mustahil satu hari nanti mungkin Malaysia boleh bertukar menjadi negara lain, bergantung kepada keadaan politik semasa itu. Namun tanah air ini tetap kekal milik Melayu walaupun jika Malaysia sudah tidak wujud lagi satu masa nanti.

Equality atau persamaan sama rata sama rasa dijamin dalam perlembagaan berkaitan dari segi kebebasan bersuara,  berpolitik, mendapat hak yang sama dari segi undang-undang dan sebagainya. Sebagai negara maju dan demokrasi, tidak wajar Malaysia menghukum rakyatnya mengikut etnik. Namun Ketuanan Melayu tidak boleh dikompromi kerana itu merupakan tunjang kepada pembentukkan Malaysia.

Sultan-sultan Melayu yang memerintah negeri masing-masing merupakan sultan berdaulat. Dalam kes Maharaja Abu Bakar yang telah disaman oleh seorang rakyat British kerana engkar janji untuk berkahwin dengannya, mahkamah England memutuskan Sultan Abu Bakar tidak boleh didakwa kerana baginda raja yang berdaulat dari negeri merdeka.

Sultan-sultan bersetuju menyerahkan kekuasaan mereka untuk bersatu dengan beberapa buah negeri untuk membentuk persekutuan yang dinamakan Malaysia. Seorang Yang Di Pertuan Agong akan dilantik dikalangan sultan-sultan secara bergilir-gilir untuk menjadi Yang Di Pertuan Agong. Ini bermakna tidak dapat dinafikan kuasa Melayu adalah dominan kerana Malaysia adalah tanah air orang Melayu sebelum merdeka, dan secara consensus raja-raja setuju membenarkan foreigns subject menjadi rakyat baginda.

Mengapa sejarah ini dilupakan dengan senang? Biar Malaysia menjadi negara berteraskan Melayu, siapa yang ingin berniaga dan hidup makmur boleh saja mencapainya tanpa mengira kaum asalkan faham ini.

 Kepada kaum yang masih bersetiakan tanah air asal mereka, kamu tidak berhak bercakap tentang nasib orang Melayu. Baca sini.








Monday, October 18, 2010

Salim The Sot.

Sultan Muhamad Al Fateh

Kemuncak pemerintahan Ottoman atau Usmaniyah adalah di zaman Suleiman, yang dikenali sebagai 'The Magnificent' di barat. Baginda lebih dikenali sebagai 'Qanuni Suleiman' atau lawgiver dalam dunia Islam. Walaupun moyang Suleiman, iaitu Sultan Muhamad Al Fatih di anggap Turki yang agung kerana berjaya menakluk Constatinople; yang dinamakan semula Istambul(dari corruption perkataan Greek 'instapoli' yang bermakna 'to the city'), namun sejarahwan menganggap zaman pemerintahan Suleiman merupakan kemuncak kekuasaan Usmaniyah.

Dunia Eropah hanya menjadi papan catur kepada Suleiman yang dikenali di barat sebagai 'Sublime Porte'. Baginda bertanggungjawab menaik dan menurun tahktakan mana-mana raja Bulgaria dan Hungary sesuka hati baginda. Baginda juga mempunyai sekutu atau privy dalam dunia Barat iaitu raja Perancis bernama Francis 1.

Baginda pernah menyerang Eropah hingga ke Vienna dan memusnahkan kebangkitan Eropah dibawah Ferdinand dan Charles dalam peperangan terkenal dinamankan 'Battle of Mohac'. Hingga kini di Hungary, Mohac melambangkan kemusnahan total Hungary. Jika ada malapetaka, orang Hungary akan berkata adakah seteruk Mohac.

Baginda juga menguasai armada dibawah Kapundan Shah atau Admiral bernama Khairuddin Barbarossa. Tidak pernah ada Padishah sebelum Suleiman yang menguasai tentera darat dan laut sekaligus kecuali zaman Suleiman. Melalui armadanya, orang Islam menjadikan mediteranen seperti Tasik Turki dan buat julung-julung kali muslimin menjejak kaki ke Toulouse, Perancis.

Segalanya musnah dalam sekelip mata selepas kemangkatan Suleiman. Suleiman mempunyai empat orang putera. Putera baginda yang paling berkaliber dan disenangi oleh Janissari bernama Mustafa. Putera banginda yang lain bernama Ahmad, Salim dan Cem. Mustafa memang digeruni di Eropah kerana mempunyai bakat ketenteraan dan pemerintahan yang tinggi.

Politik istana bermula menjelang kemangkatan Suleiman. Ironinya, orang yang memainkan peranan penting memajukan calon-calon pengganti Suleiman adalah gundik-gundiknya. Ibu kepada Salim dikenali di Eropah sebagai Roxana atau 'Rambut Merah'. Beliau keturunan Rusia.

Diakhir-akhir hayat Suleiman, Roxana merupakan orang yang sangat disayangi dan banyak mempengaruhi keputusan baginda. Walaupun Mustafa merupakan putera yang diasuh menggantikan Suleiman tetapi Roxana merencanakan kenaikan puteranya, Salim. Roxana mendapat bantuan Grand Pasha bernama Rustam. Penipuan demi penipuan yang dirancang bersama akhirnya menimbulkan keraguan dihati Suleiman terhadap kesetiaan Mustafa.

Mustafa difitnah sedang berkomplot untuk menjatuhkan ayahandanya. Sebenarnya Mustafa sangat setia kepada ayahandanya, tetapi popularity baginda dengan Janissari menjadikan ayahandanya mencuragai Mustafa. Suleiman memerintahkan Mustafa menghadap baginda dan Mustafa tahu jika beliau menurut bererti berakhirlah riwayatnya.

Keengganan Mustafa menurut perintah ayahandanya digunakan oleh Roxana bagi meracuni fikiran Suleiman. Suleiman menghantar petugas bisu dari Istana untuk membunuh Mustafa ketika baginda sedang tidur. Bukti menunjukkan Mustafa cuba melawan pembunuh Istana yang menggunakan tali busur panah untuk mencerut lehernya. Mustafa tewas dan jenazahnya telah di lemparkan kepada Janissari. Janissari tahu mereka tidak mempunyai peluang untuk melawan kerana ketua mereka, Mustafa telah terbunuh.Berita kematian Mustafa disambut baik oleh musuh-musuh Islam di Eropah.

Peristiwa ini menyebabkan kematian putera Suleiman yang lain bernama Cem. Cem seorang yang bongkok. berjiwa seni, penulis sajak dan tidak dianggap saingan kepada Salim dan Ahmad. Pembunuhan Mustafa oleh ayahandanya sendiri telah mendukacitakan Cem yang rapat dengan Mustafa. Kesihatan beliau merosot dan beliau meninggal dunia tidak lama kemudian.

Persaingan hanya tinggal antara Salim dan Ahmad. Roxana sekali lagi memainkan peranan meracuni Suleiman. Akhirnya meletus Perang Saudara antara Ahmad dan Salim. Suleiman, dipengaruhi oleh Roxana menyebelahi Salim. Ahmad tewas dan terbunuh. Selepas kemangkatan Suleiman, Salim merupakan satu-satunya pengganti Suleiman.

 Salim The Sot

Kejatuhan Empayar Usmaniyah hingga dilabelkan 'Orang Sakit Eropah' dalam Perang Dunia Pertama bermula dengan kenaikan Salim. Salim yang dikenali dengan nama 'The Sot'(Pemabuk') bukan orang yang layak memerintah Empayar Usmaniyah yang meliputi Eropah, Asia dan Afrika. 

Satu demi satu wilayah Usmaniyah jatuh baik di Eropah, Asia dan Afrika. Salim merupakan Raja pertama Usmaniyah yang tidak pernah menyertai perang. Nenek moyang Salim bermula dengan Usman dan Orkhan hingga ke Suleiman mengepalai sendiri balatenteranya. 

Selepas Salim the Sot, janissari menjadi penentu siapa dikalangan putera-putera keturunan Usmaniyah yang akan menjadi sultan. Padishah yang terkemudian hanya menjadi boneka janissari. Hanya Sultan Murad yang ke IV melawan dan berjaya mematahkan konspirasi janissari. Akhirnya nasib Sultan Turki hanya menjadi spiritual leader atau Khalifah saja. Kuasa sebenar berpusat samada pada Janissari atau Pasha. 

Sultan dan Khalifah terakhir Turki bernama Mehmed VI telah dibuang negeri oleh British dengan kapal HMS Malaya pada tahun 1922.

Beberapa pengajaran boleh diambil dari sejarah ini.

1. Jangan underestime pencaturan wanita atau first lady. Lihat bagaimana Roxana berjaya memporak perandakan kerajaan Usmaniyah. Di China zaman Qin dinasty, empress dowager mencatur dan menjatuhkan kerajaan Manchu.

2. Fitnah jika dirancang dengan baik boleh dianggap benar seperti peristiwa pembunuha Mustafa.

3. Pengganti yang salah walaupun terhadap kerajaan yang kukuh tetap akan membawa keruntuhan. Di Malaysia, Salim the Sot mengingatkan saya kepada seseorang.

4. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk umatNya. Jika Allah mengkehendaki empayar Islam ini lebih lama berkuasa, tentu Mustafa akan jadi Padishah.

5. Wallahu alam bissawab.















Friday, October 15, 2010

Malayphobia

Wahai orang Melayu, insaflah, kita memang dianaktirikan. Baca sini.

Dari blog Tunku. Ini copy and paste iklan rasis keseluruhannya(warna biru):


 As the only tertiary heart centre in Malaysia, Institut Jantung Negara’s Vision aspire to be the Global Center of Excellence for Cardiovascular and Thoracic Care. One of our mission statement is to be the best employer that continuously builds our people to develop the organization and vocation.

In line with this, we invite suitable qualified candidates to fill the following positions:






 
EXECUTIVE, PATIENT FINANCIAL SERVICES
(Kuala Lumpur)

Responsibilities:

  • Accounts Receivable Management
  • Administer Accounts Receivable Management System
  • Reports generation, analysis & reconciliation
  • Problem identification, negotiation and problem solving

Requirements:
  • Degree in Accounting /Professional Accounting qualification
  • Degree in Information Technology /Computer Science.
  • Minimum 5 years working experience and at least 3 years experience in AR Management, credit /debt recovery with proven track record
  • Good command of Bahasa Malaysia and English – spoken and written
  • Excellent interpersonal, communication and analytical skills
  • Proficient in Microsoft Office
  • Preferred Non-Malay

All applications will be treated strictly confidential. Please indicate the position applied for at the top left-hand corner of the envelope and attached together with the relevant certificates.

Only short-listed candidates will be notified.
Human Capital & Organisational Development
INSTITUT JANTUNG NEGARA
145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
E-mail : hrd@ijn.com.my • Webpage : www.ijn.com.my



Di negara mana IJN ini? Singapura atau Malaysia? Siapa PM Malaysia? Melayu atau 'lain-lain'? Mungkin UMNO sudah tidak berkuasa sekarang, atau PM Malaysia dari DAP? Saya tertidur selama 300 tahun agaknya macam pemuda dalam surah Al-Kahfi, bangun-bangun Malaysia sudah dinyahMelayukan.

Saya pernah berbual dengan adinda Ahli Parlimen Jerantut, YM Tengku Azman. Tengku Azman seorang usahawan yang berjaya dan beliau orang kuat Takaful Nasional. Beliau menceritakan dilema profesioanal Melayu adalah, mereka sering dianaktirikan.

Menurut beliau, bahkan GLC yang mana kerajaan mengawalnya mempunyai kecenderungan untuk tidak meyakini bakat orang Melayu. Jika mereka menggaji orang Melayu, mereka ingin membayar rendah jika dibanding dengan foreigner terutama Mat Salleh. Menurut beliau, bukan orang Melayu tidak cekap tetapi sentimen oleh orang Melayu sendiri yang yakin orang Putih, Cina dan India boleh buat lebih baik. 

Mereka sanggup membayar mahal kepada orang luar, buat kerja yang sama dan kadang-kadang mutu kerja lebih rendah dari anak Melayu. Tidak ada salahnya anak Melayu tetapi mungkin terlekat stigma 'orang Melayu malas', 'tidak cekap' dan 'tidak articulate'. Ini termasuk Melayu yang belajar luar negeri. 


Saya rasa nak buat iklan yang sama. Mari tengok iklan saya:




                                JOB VACANCY: Prime Minister of Malaysia.

Requirements:
* Preferred non-Malay
* Malay can be considered but must be liberal.
* anti-Malay compulsary
* Good command in English, Mandarin and Tamil ONLY.
* must fight for human rights of non Malay. The human rights including abolish Malay rights, Malay language, Malay custom and Malay Sultan. 


Alang-alang berdakwat biar hitam.










Thursday, October 14, 2010

Selamatkan Utusan Malaysia.

Dalam dekad di mana blog dan portal online mendapat tempat, nasib kebanyakkan suratkhabar sememang mengalami zaman suram. Akhbar harian merosot penjualannya, bukan hanya di Malaysia malah hampir seluruh dunia. Manusia sudah menemui cara berkomunikasi dengan lebih pantas, tanpa kertas dan tanpa perlu diagih secara fizikal. 

Walaupun merosot, namun peranan akhbar masih berpengaruh dan dianggap lebih credible jika dibanding dengan blog-blog yang cambah seperti cendawan lepas hujan tapi kebanyakkan penulis blog tidak tertakluk kepada etika dan disiplin kewartawanan. STAR, Chin Siew, Berita Harian, NST dan Utusan Malaysia masih dianggap sumber berita yang 'sah' dan credible.

Utusan Malaysia merupakan sebuah institusi akhbar Melayu tertua, dan sangat aktif ketika UMNO menuntut kemerdekaan dahulu. Dalam blog Mesin Taip Buruk, dibawah tajuk Utusan lahir dari airmata orang Melayu!! menceritakan sejarah bermulanya suratkhabar Melayu yang pertama ini. Kata-kata dari Allahyarham Yusof Ishak, pengasas Utusan Melayu "Utusan tidak dilahirkan di atas dulang emas, Utusan dilahirkan dengan airmata." cukup menghibakan.

Utusan Melayu bermula pada tahun 1939, sebelum Perang Dunia Kedua meletus lagi. Tidak dapat dinafikan, pengaruh UMNO memang kuat dalam Utusan Melayu kerana UMNO merupakan pemegang terbesar sharenya. Ini kononnya hujah golongan anti-Melayu bahawa Utusan Malaysia berat sebelah dan tidak mengamalkan kebebasan bersuara.

Baca sini tentang kebebasan wartawan. Semua sudah maklum semua akhbar dimiliki oleh sesuatu golongan. BBC, CNN, AL Jazeera dimiliki. STAR milik MCA dan Harakah milik PAS. Ini merupakan rule of thumb dunia kewartawanan.

Sedih jika kita melihatkan suratkhabar Utusan Malaysia yang semakin layu. Rocky's Bru menyatakan, suratkhabar yang tidak perdana seperti Harian Metro merupakan akhbar Melayu paling tinggi jualannya(Baca sini). Sementara wartawan STAR dan Sin Chew menikmati gaji lumayan dan bonus, rakan sejawat mereka dalam Utusan Malaysia hanya mendapat gaji lebih rendah. 

Mungkinkah ini nasibnya akhbar membela Melayu? 

Saya tahu sentimen tidak percayakan akhbar Utusan Malaysia ini sudah tertanam kerana kononnya pro kerajaan, tetapi mana akhbar yang tidak pro kepada tuannya? Let's call a spade a spade. Namun jasa Utusan Malaysia terhadap kuasa Melayu bukan kepalang. Mungkin bagi sesetengah golongan anti-Melayu atau anti-bangsa atau Melayu liberal perkara sebegini tidak penting, tapi insaflah, kebanyakkan orang Melayu boleh menjadi doktor, lawyer, saudagar besar kerana 'Ketuanan Melayu', jika tidak melayu hanya akan jadi melukut ditepi gantang.

Jika bias merupakan alasan, adakah Malaysian Insider,Malaysian Kini, Harakah, STAR dan sebagainya tidak bias? Jika perkauman juga alasan; adakah Sin Chew tidak perkauman? Saya nampak memang ada trend dikalangan Melayu sendiri yang tidak suka apa-apa yang bersifat Melayu; kononnya liberal dan Islamik. Kita boleh saja menjadi Islam tanpa mengorbankan jatidiri bangsa kita. Kita boleh juga bersikap adil dan kekal dengan Melayu kita.

Mula-mula Utusan Melayu menjadi Utusan Malaysia. Selepas itu Utusan Melayu bertukar dari tulisan jawi kepada tulisan rumi. Kemudiannya tulisan jawi sudah pupus. Dan sekarang mungkin Utusan Malaysia sendiri akan berkubur seperti nasib tulisan jawi jika kita tidak bantu akhbar Melayu ini.

Mari sertai kempen 'Sokong Utusan Malaysia'.

Tuesday, October 12, 2010

Persoalan Yang Membingungkan!!!

Datuk Seri Najib kata kaum Cina bukan pendatang tetapi warganegara yang setia kepada Malaysia. Baca sini. Saya akui, sudah beberapa generasi di Malaysia, kaum Cina memang bukan pendatang lagi. Mereka warganegara Malaysia, boleh mengundi dan menentukan kerajaan. Terbaru 80% mereka menolak kerajaan Barisan Nasional, dan hingga kini, masih menolak kerajaan Barisan Nasional.

Setia? Ramai juga yang sudah berhijrah ke luar negara kerana Malaysia ini terlalu menindas mereka.

Kita perlukan kaum Cina. Mereka bukan lagi pendatang. Mereka rakyat Malaysia tetapi mereka sangat marah jika dikatakan nenek moyang mereka pendatang. Ini persoalan yang membingungkan. Mereka bangga dengan sejarah dan peradaban nenek moyang mereka hingga sanggup membiayai sendiri sekolah jenis kebangsaan Cina. Terbaru mereka kata menyentuh sekolah kebangsaan Cina merupakana kesalahan 'Akta Hasutan'. Baca sini. 

Bangga keturunan Cina tetapi marah dikatakan keturunan pendatang.  Boleh sesiapa terangkan persoalan yang membingungkan kepala hotak saya ini? 

Mengapa mereka tidak sanggup menyertai program 1Malaysia? Jika mereka ikhlas, hapuskan dulu sekolah jenis kebangsaan Cina, jadi rakyat Malaysia yang etnik Cina tetapi mengikut acuan Malaysia berteraskan Melayu. Dalam perundingan kena ada timbal balas, malah dalam contract pun ada 'consideration' baru boleh perjanjian dimeterai. Jika asyik minta Melayu buang keris, buang bahasa Melayu, buang Ketuanan Melayu, buang sultan, buang artikel 153 dan buang segala bersifat Melayu, mereka tidak mahu berganjak walau seinci pun ini bukan 'rundingan'.

Tapi ada satu persoalan yang paling membingungkan saya. Ini adalah misteri kepada segala misteri. Jika kaum Cina sangat marah dikatakan keturunan pendatang, bagaimana anak Tun Razak iaitu Nazir begitu bangga mengakui dia sendiri keturunan pendatang?

Kita mendapat kuasa dan memerintah atas nama Melayu tetapi malu mengaku Melayu. Liberal sungguh.


Monday, October 11, 2010

Kerajaan Perlu Tarik Kerakyatan Pemimpin Hindraf.

Tuanku Sultan Johor bertitah supaya jangan disentuh hak-hak istimewa orang Melayu menurut Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Sultan Johor bukan ahli politik mana-mana parti. Baginda sebagai sultan merupakan tunggak orang Melayu sebelum Tanah Melayu menjadi Malaysia. Kesultanan Johor merupakan legitimate ruler Johor Riau ketika konsep Malaysia sebagai nation masih belum wujud ; ketika nenek moyang Moorty masih buruh paksa orang Inggeris lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, Moorty perlu memahami rukun negara, jika tidak negara tidak perlu ber'rukun' dengannya lagi. Sultan Johor atau mana-mana sultan negeri sama taraf kedaulatan dengan King atau Queen of England. Mengapa seorang rakyat keturunan India, mengusung gambar Gandhi ke hulu ke hilir ingin menegur seorang sultan berdaulat sedangkan nenek moyangnya yang mendapat faedah menjadi warganegara Malaysia hasil dari rundingan UMNO-Sultan dan Biritish. Kami, orang Melayu memberi kerakyatan supaya kamu  can respect our rulers and our heritage. 

Kamu, Moorty, minta kami menghormati kamu yang minoriti sementara kamu boleh bersikap kurang ajar kepada institusi Melayu sesuka hati kamu? Kamu yang tidak sedar diri minta kami menjaga  sensitiviti kaum kamu sedangkan kami, majoriti dan orang asal tidak perlu dijaga sensitivitinya? Kamu bukan kritik kerajaan BN atau UMNO, kamu kritik sultan kami, orang Melayu, institusi kami, orang Melayu.

Apa lagi perlu saya katakan? Minta KDN dan kerajaan lucutkan kerakyatan Moorty, dan sesiapa sahaja yang tanpa segan silu mengkritik Sultan. Mereka tidak setia dengan negara, memburuk-burukkan negara dan melarikan diri. 

Kerajaan begitu pantas menangkap penulis blog Aduka Taruna yang menghina marhum Sultan Johor yang baru mangkat. Saya tidak mengalami amnesia. Saya masih ingat kerajaan tegas tetapi seperti biasa, mengapa hanya Melayu yang dihukum?

Baca kenyataan penuh Moorty di sini.

Saturday, October 9, 2010

Rahsia Di Sebalik Terbentuknya Semangat 46.

Sejarah selalunya ditulis oleh orang yang menang. Apa lagi sejarah politik. Sejarahwan yang sebenar akan menulis menurut fakta. Di Malaysia, selalunya sejarah jarang ditulis berdasarkan fakta kerana 'sejarah' ditulis bertujuan propaganda - paling tidak semi-propaganda.

Pertama suka saya menerangkan saya tidak pernah menjadi ahli Semangat 46. Parti pertama yang saya sertai hingga kini adalah UMNO. Semangat 46 mendakwa mereka sebenarnya UMNO Lama yang terbunuh pada tahun 1987. Dalam usaha mereka merebut nama keramat 'UMNO' itu, Tun Dr. Mahathir yang memang terkenal lebih tangkas dan siaga lebih dahulu beroleh faedah mendaftarkan UMNO Baru.

Cerita disebalik penubuhan Semangat 46 sering mengelirukan, apa lagi pada ketika itu perang propaganda kedua pihak untuk mendapat sokongan Melayu bagi me'legitimate'kan parti mereka menyebabkan cerita ini ditambah dan menjadi makin tidak benar. Rahnsianya begini.

Selepas UMNO diharamkan, Tengku Razaleigh mendapati mereka sukar untuk menyertai UMNO Baru. UMNO Baru yang diterajui oleh Tun dan jawatankuasa protem agak sukar untuk menerima kembali Tengku Razaleigh dan pengikutnya. Sebagai calon Presiden yang tewas 43 undi sahaja, pengikut Tengku Razaleigh bukan sedikit di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.

Orang yang mencadangkan Tengku Razaleigh agar menubuhkan sebuah parti yang berasaskan perlembagaan UMNO 1946 tidak lain tidak bukan adalah Almarhum YM Tunku Abdul Rahman sendiri. Mengikut sumber yang rapat dengan Tengku Razaleigh, Tunku Abdul Rahman sangat bimbang melihat perpecahan UMNO yang belum pernah berlaku sedemikian besar sebelum ini. 

Buat julung-julung kali selepas merdeka orang Melayu dalam UMNO sudah berpecah sebegitu hebatnya. Almarhum Tunku bimbang, penyokong Tengku Razaleigh yang tidak diterima UMNO ini nanti akan menyertai parti-parti lain terutama PAS. Demi menjaga Melayu yang tidak diterima oleh UMNO Baru, Tengku Razaleigh telah menubuhkan sebuah parti Melayu Semangat 46 bertujuan memelihara pengikutnya.

Demi penyatuan Melayu, Tengku Razaleigh menunjukkan semangat kenegaraan yang tinggi apabila membubarkan parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1996 dan kembali menyertai UMNO(Baru). Beliau berbuat demikian kerana selama ini beliau tidak diterima oleh UMNO(Baru) dan membubarkan partinya serta membawa pengikutnya kembali menyertai UMNO(Baru) tanpa ada apa-apa agenda.

Sirih telah pulang ke gagang, dan kebenaran perlu dinyatakan tanpa mempunyai apa-apa maksud dan tujuan. 


Thursday, October 7, 2010

Rumah Yang Tidak Boleh dipanggil 'Home'.

Pada 29 September 2010, sahabat saya blogger PANTAU telah menulis tentang harga rumah yang melambung tinggi. Beliau menulis dibawah posting bertajuk Harga Rumah Jauh Lebih Maju. Dalam keghairahan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan menjana pendapatan per kapita rakyatnya sebanyak 15,000 USD dalam masa 10 tahun, rumah mendahului menjadi 'maju' bahkan sebelum Model Ekonomi Baru dilancarkan. 'Maju'nya rumah kerana harga yang tidak masuk akal.

Pada 5 Oktober 2010, Datuk Ahirudin Atan A.K.A Rocky's Bru turut menulis tentang isu yang sama dibawah tajuk In KL, a property bubble's waiting to burst. Kedua mereka menulis tentang manipulasi harga rumah yang tidak berdasarkan pemintaan dan penawaran. Ada orang yang membuat untung dengan keadaan yang ada yang tidak berdasarkan harga sebenar pasaran perumahan.

Walaupun Rocky's Bru bimbang 'ekonomi buih' atau bubble economy yang sedang hot di Kuala Lumpur, namun sahabat saya blogger PANTAU turut melahirkan kebimbangan harga yang tidak menurut pasaran walaupun diluar Lembah Kelang. Menurut National Property Information Centre(NAPCI) diluar Kuala Lumpur harga hartanah meningkat sebanyak 19% tetapi di Kuala Lumpur sahaja meningkat sebanyak 35%.

Apa yang menjadi tandatanya, sebanyak 22.6% rumah tidak dapat dijual pada suku kedua tahun ini. Data membuktikan bahawa rumah sebenarnya oversupplied dan harga sepatutnya lebih murah dari pasaran sekarang jika mengikut teori penawaran(supply) dan permintaan(demand).

Jadi harga rumah in sebenarnya telah dimanipulasikan oleh pemaju dan banker. Kenaikan harga rumah ini hanya 'buih-buih' yang boleh meletup bila-bila masa sahaja. Menurut blog PANTAU antara faktor penyumbangnya adalah polisi Bank Negara yang membenarkan bank-bank memberi loan hingga 90% bukan hanya kepada pembeli rumah pertama tetapi kepada yang menjalankan aktiviti 'spekulasi'.

Rumah sangat penting, terutama kepada graduan muda yang baru mendirikan rumahtangga. Hakikatnya harga rumah yang melambung tinggi ini kerana wujudnya konspirasi antara pemaju dan institusi kewangan membebankan graduan yang baru bekerja dan baru membina keluarga. Gaji mereka jauh lebih rendah jika dibanding dengan harga rumah yang sekadar 'sekangkang kera.'

Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana kerajaan tidak perlu terlalu obsess mewujudkan pendapatan per kapita yang tinggi tetapi kuasa beli kebanyakkan rakyanya rendah. Apa guna duit yang banyak jika terlalu sedikit barang yang boleh dibeli(inflasi).

Kita sudah belajar dari kejatuhan ekonomi Asia tahun 1997, Amerika dan Eropah baru-baru ini semuanya kerana spekulasi dan perniagaan 'buih-buih' yang tidak fundamental berdasarkan demand dan supply. Kita tidak mahu generasi kita berhutang hingga ke anak cucu(ada bank memberi pinjaman hingga 35 tahun!) dan menjadi seperti Sisypus. 

Kita sudah letih. 



Tuesday, October 5, 2010

Con (in)sultan(t)

Semasa saya belajar undang-undang, kami belajar statute. Begitu juga dengan beberapa istilah undang-undang. Ada bahasa Inggeris, ada bahasa latin. Oleh kerana pengamal undang-undang ini profesional, sukar untuk 'layman' memahami technicalitynya.

Perkataan-perkataan seperti 'parri pasu', 'mutatis mutandis', 'inter alia', 'ultra virus, mens rea, actus rea. bona fide, mala fide; dan berbagai lagi membuatkan layman sukar memahami undang-undang. Seorang pensyarah pernah bergurau mengatakan tujuan segala kompleksiti bahasa ini untuk mengelirukan layman, jika tidak pengamal undang-undang - terutama peguam - tidak ada kerja.

Saya rasa hampir keseluruhan bidang profesional mempunyai technicality mereka dengan bahasa eksklusifnya milik pengamal prefesion berkenaan. Ini memisahkan mereka dengan layman. 

Istilah yang tengah hangat dipasaran sekarang ini adalah consultant. Tajuk posting ini boleh di dechiper kan berbagai. Con adalah penipu, kita temui banyak con man diluar sana. 'In' dalam kurungan dicantum dengan perkataan asas 'consultant' bererti 'insult' - (con)'in'sult(ant). Insult our intelligent mungkin kerana perkara mudah pun perlukan consultant. Can gomen we think?

Sultan apabila t 'consultant' dalam kurungan kerana mereka - con 'in' sultan(t) - boleh charge berjuta-juta untuk membuat kertas kerja yang boleh disalin dari buku teks, diberi istilah-istilah yang nampak intelligent dan bombastic dan dibaca oleh seorang menteri Pemandu. Nampak gah tapi adakah ianya connected dengan realiti? Realiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan saling curiga mencurigai.

Akhirnya kita kembali ke asas. Mari belajar A B dan C sampai Z kalau rajin. Ini hasilnya:

GTP, ETP, NEM, SRI, NKRA, NKEA, dan JLO oppss. Saya kena berhenti belajar ABC. Terlalu mudah dan tidak technical. Tak profesional.


Monday, October 4, 2010

Tengku Razaleigh: Perlukah Naga Menjadi Ular?

Tengku Razaleigh bukan ahli politik picisan. Beliau tokoh politik sezaman dengan Tun Mahathir. Ketika itu  UMNO masih keramat, semasa UMNO masih digeruni, semasa UMNO masih tunjang Melayu, semasa UMNO ketika itu boleh membuatkan NGO seperti Perkasa nampak picisan. Beliau merupakan UMNO's old guard, dan ketokohan serta kewibawaan beliau jauh lebih hebat jika dibanding dengan sesetengah menteri yang memegang jawatan sekarang ini.

Mungkin ramai generasi muda hari ini kurang mengenali Tengku Razaleigh, apa lagi selepas tokoh ini meninggalkan UMNO selepas perebutan jawatan Presiden UMNO antara beliau dengan Tun Mahathir pada tahun 1987. Beliau menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Pada 1996, beliau kembali ke UMNO.

Selama lebih kurang 10 tahun beliau menjadi lawan kepada UMNO Baru, sudah tentu ketokohan Tengku Razaleigh ini digelapkan. Segala jasa-jasa beliau dalam UMNO asal telah hapus sama sekali oleh UMNO Baru. Antara orang kuat UMNO Baru ketika itu adalah A.I - Anwar Ibrahim.  Ini hakikat sejarah dan saya kena menulis berdasarkan fakta.

Walaubagaimanapun, saya terbaca dalam sebuah blog mahasiswa UM, Pencak Bicara MHM tentang Tengku Razaliegh. Baca sini. Banyak fakta yang menarik, dan juga sulit telah diluahkan oleh anak muda yang bernama Hasbie Muda tentang Tengku Razaleigh. Antaranya, kemenangan tipis 43 undi Tun Mahathir dan peristiwa 'black out.' Pembaca boleh baca sendiri diblog itu.

Ketika Tengku Razaleigh terkeluar dari arus perdana ini, sangat menguja jika ada anak-anak muda masih menghormati beliau dan juga menganggap beliau sebagai negarawan tanpa beliau pernah menjawat jawatan Perdana Menteri.  

Perjalanan politik Tengku Razaleigh hampir sama dengan perjalanan politik Winston Churchill. Satu ketika, Churchill terkeluar dari arus perdana semasa pentadbiran Neville Chambelain. Semua pemerhati politik menyifatkan ketika itu 'Churchill is finish.' Hanya meletusnya Perang Dunia Kedua menyelamatkan Churchill dan menjadikan beliau negarawan British yang paling terkenal.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh disebut-sebut sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Galas. Dalam facebooknya, beliau menafikan beliau menerima jawatan itu dan beliau tidak juga menyatakan beliau menolak. Mungkin 'yet to be comfirmed.'

Ada juga cadangan hendak meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon ADUN Galas. Dato' Sakmongkol berpendapat, tokoh sehebat Tengku Razaleigh sepatutnya digunakan dengan lebih bermanafaat diperingkat federal. Baca sini  dan sini. 

Saya setuju dengan pandangan beliau. Seorang tokoh seperti Tengku Razaleigh ini sebenarnya tidak digunakan sepenuhnya. Beliau sebagai seorang pakar ekonomi, tokoh yang mewujudkan Petronas, Pernas dan Bank Bumiputera tidak diconsult dalam hal berkaitan dengan MEB kerana mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri.

Tengku Razaleigh satu-satunya tokoh yang hampir menewaskan Tun Mahathir, boleh meraih undi yang banyak dan Tun hanya menang sekadar 43 undi. Bahkan Anwar Ibrahim sendiri gagal untuk menjentik bulu roma Tun. Walaupun beberapa tindakkan 'politik' Tengku Razaleigh agak clumsy seperti isu royalti minyak Kelantan, namun beliau satu-satunya tokoh dalam UMNO yang boleh 'command respect' non-partisan tanpa mengira bangsa dan agama. 

Perlu diingat, UMNO dan BN tidak boleh menang dengan hanya mempunyai ahli UMNO yang ramai. Pilihanraya dimenangi dengan sokongan silent majoriti yang kebanyakannya tidak berparti. Dalam blog Bicara Nobisha, Norizan Sharif membuat kaji selidik tentang pandangan orang ramai terhadap parti-parti di Malaysia. Seramai 51.6% bersetuju pemimpin tanpa mengira parti gagal berperanan seperti yang diharapkan rakyat. 24% setuju Pakaran Rakyat memenuhi janji mereka sementara 35.9% bersetuju UMNO telah berubah menjadi lebih baik selepas PRU ke 12.

Secara ringkas jika dicerakinkan, silent majority sebenarnya belum tetap pendirian parti mana yang layak memerintah. Ini kerana jika UMNO dikatakan bobrok, parti alternatif nampaknya lebih bobrok dengan perebutan kuasa dan 'harta rampasan perang.' Ini memberi kelebihan kepada Tengku Razaleigh sebagai tokoh yang boleh diterima oleh non partisan, malah oleh golongan muda yang melihat tokoh ini sebagai negarawan tidak mempunyai agenda lain selain mahu melihat negaranya, Malaysia kembali dihormati.

Tengku Razaleigh sudah sememangnya kaya sebelum menyertai politik. Beliau juga tidak mempunyai anak menantu dan tidak ada kroni. Beliau sudah bebas dari masalah kroni dan korupsi yang menjadi penyakit kepada pemerintah dan pembangkang.

Jika benar UMNO ingin meletakan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN Galas adalah tindakan paling tidak berhemah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Ianya terbalik dari apa yang dikatakan oleh Frederick Niestche dalam bukunya yang terkenal: 'Human, All to human.':

"  If someone want to be a hero, a snake must be a dragon; otherwise he lacks a proper enemy."