Followers

Tuesday, August 24, 2010

Perkasa Sebagai Parti

Rocky's Bru memberi kemungkinan ini dalam blognya.Baca entry PARTI Pribumi Perkasa Negara?

Dalam bulan Ogos ini juga, saya pernah memberi verdict peribadi tentang Perkasa dibawah posting Perkasa: Penilaian Peribadi. Pada 24 Julai, saya menulis tentang Parti Melayu Ketiga. Baca sini. Dalam posting itu saya sudah lama meramalkan, lambat laun Perkasa akan menjadi parti politik juga.

Dalam posting saya yang terdahulu, saya mencadangkan Perkasa kekal sebagai 'pressure group' untuk kepentingan Melayu dari menjadi sebuah parti. Namun sebagai sebuah NGO yang mewakili Melayu, saya faham jika mereka ingin menjadi parti politik kerana sebagai NGO mereka hanya mampu berarak, protes, buat laporan polis dan berpidato berapi-api. Mereka tetap tidak mempunyai kuasa.

Perkasa merupakan neo UMNO lama, atau UMNO sekarang dalam versi yang radikal. Mereka juga tidak disenangi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang menganggap politik a'la Perkasa merupakan politik kuno. Kononnya dalam alaf baru ini, sesetengah pemimpin berkelulusan Oxford atau UK's Boys sudah tidak percaya politik  radikal seperti Perkasa. Satu fakta yang mereka lupa, majoriti Melayu masih menganggap politik 'kuno' itu sebagai hero. Ini menjadikan mereka - UK's Boy - tidak popular dikalangan majoriti Melayu. Perkasa terus menjadi icon; Ibrahim Ali menjadi 'hero' kepada perjuangan Melayu.

Sebagai carbon copy UMNO, Perkasa disertai oleh ramai ahli UMNO yang tidak mendapat tempat, golongan muda yang berkebolehan dan intelek tetapi terpinggir  dalam sistem UMNO sekarang yang mengutamakan pemimpin berduit dan bukan terpelajar. Dalam erti kata lain, dari segi jangka panjang, Perkasa menyediakan platform leadership yang lebih baik dan telus. Ia tidak berpaksikan kepentingan projek dan 'jual beli undi'. Belum lagi.

Rocky's Bru berpendapat, jika Perkasa terdorong menyertai PKR, DAP dan PAS, pengakhiran pemerintahan BN memang akan menjadi kenyataan. Saya sedikit meragui ini kerana sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, Perkasa akan menghadapi masalah dengan DAP. Namun dalam politik, seperti kata Bismarck, segalanya mungkin. Jika ia benar berlaku, Perkasa menyalahi tabiinya sebagai parti Melayu. Jika Perkasa ingin kekal bebas, ia turut melemahkan UMNO kerana mereka berebut pengundi yang sama iaitu pengundi Melayu.

Saya percaya Perkasa sebagai parti Melayu yang muda dari UMNO, segak dan tidak terpalit mana-mana lumpur akan menjadi popular tetapi seperti yang saya simpul dalam posting saya dulu, saya meragui kemampuan Perkasa menyaingi gergasi UMNO. Saya juga percaya politik lambat laun akan merosakkan kesucian perjuangan Perkasa kerana sebagai parti, matlamat adalah kuasa. 

Mari kita renung kisah Pemberontakkan Taiping di China ketika diakhir pemerintahan Manchu. Manchu ditentang oleh orang ramai kerana korupsi. Manchu tidak jatuh walaupun banyak pemberontakan ketika itu seperti Pemberontakan Boxer dan gerakan islah 'Gerakkan Menguatkan Diri'. Rahsia keutuhan Manchu adalah musuh-musuh mereka juga berpecah dan senang Manchu mengalahkan musuh-musuhnya satu persatu. 

Apabila muncul Pemberontakan Taiping, Manchu berhadapan dengan musuh baru. Taiping mementingkan rakyat, pada awal pemberontakan mereka popular dikalangan rakyat. Manchu hampir tewas dengan pengaruh Taiping dikalangan rakyat biasa Cina. Malangnya selepas mendapat sikit kuasa, pemimpin Taiping sudah mula suka bermewah-mewah, menjadi corrupted dan menindas rakyat. Tidak susah untuk Manchu memusnahkan Taiping selepas itu.

Peringatan kepada Perkasa, jangan jadi seperti Taiping.

4 comments:

kelisa_samudera said...

walaupun anda mengingatkan perkasa jgn menjadi taiping, saya rasa perkasa mmg taiping. rata2 ahli perkasa ialah ahli umno yg 'tidak mendapat tempat'. tidak dapat kontrak, jawatan dsbnya. selepas ini jika perkasa naik takhta, sikap gila jawatan dan wang akan ketara. percayalah.

ini sama seperti pkr. pkr juga parti utk ahli2 umno yg kecewa. lihat apa jadi sekarang? mereka juga sudah berpecah2 setelah dapat kuasa.

lagi satu, perkasa diketuai oleh seorang yg berdarah umno pekat. saya yakin kalau ibrahim ali dijanjikan apa2 jawatan oleh umno (spt mahathir menjanjikan jawatan tpm kepada anwar), saya yakin perkasa akan ditinggalkan terumbang ambing.

bRAVEhEART said...

kebimbangan dan keraguan kelisa_samudra ada asasnya. saya juga dalam blog mengingatkan supaya perkasa tidak jadikan pertubuhan ini sebagai gudang barang lusuh untuk dikitar semula dengan tidak menerima terlalu ramai bekas pemimpin UMNO untuk memimpin perkasa, sebaiknya biarlah pemimpin di pkt negeri dan bahagiannya bukan dari mana-mana dhli politik supaya perkasa nampak lebih telus, malangnya ......

Wake UP! said...

Perkasa sudah patut jadi Parti Melayu kerana nampaknya UMNO semakin tidak mempertahankan Melayu.

sri tribuana said...

salam saudara semua,
we hope for the best, for the sake of malays