Followers

Sunday, August 15, 2010

Apabila Persekutuan Hilang Cengkaman.

Malaysia merupakan negara persekutuan atau federation. Seperti Amerika, ini bermakna beberapa buah negeri bergabung dan mewujudkan persekutuan yang dinamakan Malaysia. Seperti juga UAE. Dalam perlembagaan Malaysia dinyatakan bidangkuasa persekutuan dan negeri. Ada juga tanggungjawab bersama. 

Perkara-perkara seperti tanah dan galian adalah bidangkuasa negeri. Perkara-perkara seperti pendidikan dan keselamatan melibatkan ketenteraan dan polis bidangkuasa persekutuan. Perjalanan pentadbiran nampak cantik jika parti yang sama memerintah Persekutuan, juga memerintah negeri. 

Buat julung-julung kali dalam Pilihanraya Umum ke 12, beberapa negeri yang secara tradisinya diperintah oleh kerajaan Persekutuan jatuh ke tangan pembangkang. Mereka adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak walaupun yang akhir ini kembali ke BN. Kelantan memang selama 20  bersendirian menjadi negeri pembangkang. 

Ada dua berita yang boleh menggugat kerajaan Persekutuan yang dilakukan oleh negeri yang diperintah pembangkang. Pertama DAP ingin Pulau Pinang sebagai negeri autonomi. Baca sini. Hasrat ini dinyatakan oleh Malaysia Kini, Pulau Pinang sepatutnya mempunyai autonomi sendiri. Isu ini timbul setelah berlaku pertelingkahan antara Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dengan SDO(State Development Officer) yang merupakan pegawai persekutuan dan tidak berasa perlu setia kepada Ketua Eksekutif Negeri.

Saya rasa isu ini tidak perlu ditimbulkan. Apabila kerajaan negeri diperintah oleh parti pembangkang, secara tidak langsung ianya merupakan autonomi selagi tidak bercanggah dengan peruntukkan perlembagaan. Artikel yang menuntut autonomi ini redundant, dan cara menangani seseorang pegawai kerajaan baik negeri atau persekutuan merupakan siasah atau kebijaksanaan seseorang ketua eksekutif. Disini pentingnya kuasa budi bicara kerana sebagai pegawai, beliau mempunyai bidangkuasa dan sebagai Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mempunyai bidangkuasa. 

Apa yang boleh kita bincangkan adalah, ulterior motif politik DAP. Mereka sebenarnya sedang bermain dengan api apabila mencadangkan kononnya mereka perlu kuasa autonomi. Secara tersirat mereka cuba mendakwa kebolehan mereka mentadbir terhalang oleh kuasa persekutuan. Oleh itu, jika ada kepincangan pentadbiran mereka - seperti merosotnya pelaburan sebagai contoh - adalah kerana red tape kerajaan persekutuan. Dengan ini mereka membakar semangat majoriti kaum Cina yang kemajuan Pulau Pinang ini terhalang kerana kejamnya kerajaan BN. DAP seperti 'bapa'nya PAP cuba menjadi duri dalam daging kepada persekutuan seperti yang dilakukan oleh Singapura di zaman Tunku Abdul Rahman.

Kita tinggalkan dulu Pulau Pinang. Kita perhatikan perkembangan yang berlaku di Kelantan. Baca sini. Kelantan telah mengeluarkan dinar emas dan dirham perak mereka sendiri. Kononnya dalam usaha untuk menjadikan Kelantan negeri Islam. Mengikut laporan yang dimuatkan oleh Rocky's Bru, dinar emas dan dirham perak ini digalakkan dalam Quran, kata penguasa Kelantan. Saya belum jumpa mana-mana surah menyatakan demikian, jika pembaca ada terjumpa tolong berikan saya nama surah berkenaan sebagai rujukan.

Tindakkan Kelantan ini jelas bercanggah dengan Akta Bank Pusat Malaysia 2009(Bahagian VIII).Baca sini. Dalam akta berkenaan, clause 62(1) jelas menyatakan hanya Bank Negara yang berhak mengeluarkan currency dalam bentuk wang kertas atau syilling. Saya hairan bagaimana pentadbiran Kelantan boleh membuat keputusan untuk menggunakan dinar dan dirham sebelum berunding dan mendapat kelulusan Bank Negara.

Adakah tindakkan ini calculative act atau impromptu? Kelantan tidak mempunya penasihat undang-undang atau tidak mempunyai pakar ekonomi? Adakah ini respond Kelantan terhadap isu royalty minyak? Seperti halnya Pulau Pinang, saya nampak tindakkan ini mencabar persekutuan Malaysia. Dalam kes Kelantan lebih teruk kerana jelas ini bercanggah dengan perlembagaan. Hanya kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab menentukan matawang Malaysia. Adakah selepas ini negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat akan membuat isu demi isu yang mencabar kerajaan Persekutuan seolah-olah mereka negara dalam negara? 

Setakat ini Persekutuan masih tidak menjawab atau membuat apa-apa kenyataan berkenaan dua hal di atas. Baik dari segi politik atau authority, kita masih menanti respond kerajaan persekutuan. Apa yang nyata, jelas kerajaan Persekutuan nampak hilang cengkaman mereka sekarang.

Isu-isu sebegini merupakan batu ukur Perdana Menteri samada beliau mahir atau tidak memanipulasikan perlembagaan. Jika Tun Mahathir masih Perdana Menteri, beliau sentiasa bertindak 'within the law' walaupun dengan cara Machivellian. Seperti Alexander membunuh Promenion, tindakkan itu lebih sebagai 'act of necessity'. Kadang-kadang, kita perlukan 'orang kuat' dan bukan 'orang baik' semata-mata.

"It's even better to act quickly and err, rather than let opportunity slip."
-Carl von Clausewitz, On War

7 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, kekadang kita kena berfikir juga, tunduk bukan bererti takut, diam bukan bererti akur.... apa dapat dilihat, semakin hari semakin jelas apa yang tersirat dalam hati Guan Eng dan Nik Aziz... kalau mereka tidak dapat menerajui negara keseluruhan, memadai mereka dapat berkuasa di Penang dan Kelantan..... kalau tidak masakan Lee Kuan Yew hanya berjumpa dengan mereka berdua sahaja ? Kelantan dan Penang mungkin akan jadi sebuah Republik kalau rakyat tidak menyedarinya.... ini suatu masa dahulu pernah disuarakan oleh Nik Aziz.....

sri tribuana said...

Buat masa ini PM kelihatan mengelak untuk menjadi kontroversi. Mengelak menerangkan isu, mengelak untuk bertindak dan mengelak segala2nya. Masalah tidak akan selesai sendiri jika kita tidak pro active, itu apa yang leader buat - lead bukan di lead. Kehebatan Tun adalah berani mengambil risiko dan bertindak sebelum masalah menjadi lebih besar. Dia sentiasa ambil langkah preventive. Dia sentiasa advance dua tiga tapak dari musuh2nya.

shamshul anuar said...

SAudara,

Memanglah kalau boleh bukan Guan Eng nak autonomi tetapi lebih dari itu. Kalau boleh nak merdeka terus.

Ianya boleh berlaku jika Kerajaan Persekutuan benarkan. Segalanya terletak pada Kerajaan Persekutuan.

Jadi jangan benarkan. Itu saja. Pulau PInang macam negeri lain juga.. Segala hal ehwal luar negeri dan keselamatan dibawah bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan.

sri tribuana said...

Salam saudara shamsul anuar,

saya setuju, sbb itu saya nak tengok 'seseorang' bertindak.

Pemerhati said...

Amerika memanglah sangat gembira dgn perkembangan di Penang dan Kelantan ini.
Di Penang bolehlah dirikan satu lagi pengkalan perang Amerika. Di Kelantan bolehlah Amerika dapatkan minyak dgn percuma. Orang Kelantan cuma akan menggigit jari saja.
Kesian.
Melayu mudah lupa .....

Anonymous said...

sebut pasai kelantan buat dinar sendiri, royalti dah jadi ihsan sapa punya idea, minta pandangan selain dari pelantar 3 km dari pantai kelantan

joecharlie said...

Apalah buat penin kepala buat saja duit celup banyak-banyak bila orang dah tak'percaya taklakulah duit dinar ni.Aiseyman sejak zaman Roman lagi sabotaj macam ni digunakan .