Followers

Wednesday, August 18, 2010

MCA = DAP

Kita sudah lihat permuafakatan MCA dan DAP. Tidak perlu duduk semeja. Tidak perlu bersatu. Tidak perlu ada 'sami besar' untuk menyatukan mereka dalam hal kepentingan Cina. Kaum Cina hanya perlu disatukan oleh DNAnya. Tak pula dipecahkan oleh agama mereka.

Mula-mula Tony Pua minta dihapuskan diskaun 10% untuk bumiputera bagi rumah mewah. MCA tidak menyangah desakan Tony Pua. Kemudian Chua Soi Lek minta dikurangkan 30% pegangan ekuiti bumiputera secara beransur-ansur. DAP tak membantah.

Bila PAS mahu sedar? Bila UMNO mahu sedar? Ke mana Melayu perlu buang undi. Baik pencaturan UMNO dan PAS, kedua-duanya menguntungkan kaum Cina. Jika UMNO mencadangkan sesuatu, walaupun untuk kebaikan Melayu, PAS akan menyambut dengan curiga. Begitu juga sebaliknya. Jika MCA meninggalkan BN, UMNO kelihatan keseorangan dan PR akan lebih kuat tapi adakah PAS untung?

Sudah makin nyata sekarang, politik Malaysia sudah bukan BN melawan PR, tetapi Melayu melawan Cina. Majoriti bukan jaminan Melayu akan kekal berkuasa. Minoriti yang tersusun, kemas dan mempunyai siasah yang tinggi boleh saja berkuasa.

MCA sudah tanpa segan silu membelasah UMNO dan memalukan Timbalan Presiden apabila Chua Soi Lek membalas teguran Tan Sri Muhyidin Yasin. Baca sini. Ke mana perginya Pemuda UMNO? Sibuk bermain twitter keputusan Man United versus Newcastle?

Walaupun Chua Soi Lek berkata 13 Mei peristiwa silam dan kita perlu mengikut peredaran zaman, tapi emosi dan sentimen tetap sama tidak kira zaman mana. Adakah Hitler membakar semangat orang German berdasarkan rasionality dan logik? Dan tidak mustahil peristiwa seperti 13 Mei boleh berlaku. 

Seperti kata Tun Razak, semuanya bergantung kepada orang Melayu. Jika mereka gembira, dan jika mereka tidak gembira. 

3 comments:

Pemerhati said...

UMNO harus adakan ops lalang sekali lagi dan tangkap semua anasir jahat ke dalam ISA.
Bertindaklah sebelum terlambat!
Jangan sampai berulangnya Mei 13.

Anonymous said...

Wan,

UMNO dan PAS yang bengap. Saya pun dah tak tau nak undi parti apa lagi dah. Nasib baik Golden Share perlembagaan adalah terletak di tangan Majlis Raja2. Jikalau tidak, menang aje GE 13, dah tentu si pemakan babi itu akan menukar perlembagaan pada sesi parlimen yg bermula.

Antihipokrit

Mordecai Kucai said...

Mereka ini belajar dari Singapura. Kalau kita teliti perlembagaan Singapura ada menyebut tentang hak bumiputera atau Melayu di Singapura.

Hak tetap hak. Hak Melayu dalam perlembagaan Singapura tidak di ubah. Tidak di usik pun langsung tetapi cara kuatkuasanya dan sistem pencairan darah Melayu telah di lakukan dengan baik.

Dari segi pengutkuasaan ianya pada taraf minimal misalnya kemudahan pembayaran hospital. Hak dalam perniagaan dan lain lain tidak di sentuh atau telah di jerut.

Mengenai 'darah Melayu' pula ianya di cairkan dengan membezakan Melayu dan Indonese.

Sekiranya Melayu itu kahwin dengan orang Bawean maka anaknya adalah Indonese. Bukan Melayu lagi maka tidak lagi ia mendapat hak keistimewaan orang Melayu.

Di minta pihak yang perihatin mengkaji apa yang berlaku di Singapura kerana ianya adalah blue print MCA dan DAP.

Pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dan juga PAP Singapura. Itu sebenarnya hujung kenyataan Soi Lek.

Memang orang yang tidak ada maruah dari segi hubungan kelamin dan kekeluargaan langsung tidak akan ada malu mengenai hal hal lain pula.

Saya fikir ini soal biasa kaum China rupanya ada pihak wanita MCA sendiri yang menentang pemimpin yang tidak bermoral.