Dalam satu posting saya bulan Ogos ini berkaitan dengan perihal parti-parti Malaysia, kecuali PKR yang masih bayi, saya menyimpulkan semua parti yang sudah berumur 50 tahun ke atas bagaikan nyanyuk. Mereka menghadapi krisis pertengahan umur dan sudah lupa peranannya masing-masing. Rupanya DAP tidak. DAP yang bijak memainkan kad rasis merupakan 'DAP at its best'. Isu perkauman sedang bermaharajalela di mana-mana.
DAP, dalam keghairahan UMNO dan PAS menjadi liberal tetap utuh dengan anti-Melayu dan anti-Islamnya. Sebagai haiwan politik, sudah tentu mereka akan berubah warna. mengurangkan kegarangan atau tone warna mereka yang sebenar tetapi DAP tetap DAP.
DAP berjaya membuatkan PAS yakin boleh menggunakan mereka tanpa menyedari PAS digunakan sebagai pemecah Melayu. Seperti kata blogger Kickdefella, "sampai bila PAS akan anjakkan pintu golnya?" Ini merupakan kes klasik penjajahan minoriti ke atas majoriti. Siapa yang membunuh, mengusung dan menjungkir balikkan jenazah Tok Janggut? Semua yang terlibat adalah Melayu agen British. Jika British yang lakukan sendiri mungkin boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama. British gunakan Melayu yang sanggup jadi talibarut.
Sementara PAS sudah menganjak dan makin menganjak pintu golnya, PAS mengorbankan prinsip Islamnya. Mereka yakin, "DAP nak tulong Islam, nak tulong PAS". Jika ditilik kebenarannya, DAP tetap utuh dengan ideologinya, pertama anti-Melayu dan kedua anti-Islam. Penolakkan hudud yang dinyatakan dengan jitunya oleh Karpal Singh sebagai bukti. Kemudian, dalam usaha untuk menganjak lagi pintu golnya, Nik Aziz berkata itu pandangan peribadi. Akhirnya seluruh DAP bersepakat mengatakan mereka menolak kerajaan Islam. Namun PAS, dan juga UMNO, semakin ingin menunjukkan liberalnya mereka. Tipikal Melayu.
DAP semakin yakin mereka boleh memerintah Melayu dengan menggunakan PAS atau Melayu PKR sebagai boneka. Ini bukan mustahil, sila rujuk posting Kickdefella dibawah tajuk: Memahami Perpecahan Melayu dari sudut orang biasa. Saya percaya untuk masa terdekat ini, mereka akan menggunakan PM Melayu hingga mereka benar-benar mencengkam barulah akan ada PM dari bangsa Cina.
Hanya UMNO dan PAS yang sudah nyanyuk rupanya. DAP menemui dirinya semula. Dibantu oleh MCA dan Gerakan. Teringat pula saya lagu tema series 'Cover Up' yang popular dalam tahun 1980an: 'We need a hero'. Orang Melayu memang memerlukan hero.
7 comments:
Tidak perlu pemimpin Cina sebagai PM kerana calun-calun di bawah ini masih ramai lagi"
1. Pemimpin Melayu yang berhati Cina
2. Pemimpin Melayu yang separuh Cina
3. Pemimpin Melayu yang sedap dicelah kelangkang Cina
4. Pemimpin Melayu yang sudah tidak diakui umat Nabi.
5. Pemimpin Melayu dari hasil benih yang ditabur oleh Cina.
Tak cukup lagi? Siapa yang terlibat saje akan merasa marah dengan post ni. Jadi, Kalau tak de kene mengene jangan mare.
hehehe
Aku Yang Bingai
Indon oh Indon di Tendang Terajang (18SX)
Wahai tuan hamba Sang Seri Buana. Sejak berzaman orang Melayu telah di dakwa mengaggongkan orang Cina khasnya pahlawan dari bangsa mereka. Ada email yang tersebar luas mengatakan Hang Tuan sebagai Hang Too Ah, Hang Jebat sebagai Hang Jee Fatt, Hang Lekir sebagai Hang Lee Ker dan Hang Lekui sebagai Hang Lee Kiew. Cuma Hang Kasturi sahaja bukan dari keluarga Hang yang di hantar oleh Maharaja Cina bagi menjaga keselamatan Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po dengan seramai 500 orang. Ahli sejarah dari orang Melayu sendiri yang mengakuinya. -(Sahabudeen Jalil). Bertunjang dari fakta kajian hipotesis ini, orang Cina hari ini bertempik sorak mengatakan mereka di antara yang terawal berada di tanah bertuah ini jika di bandingkan dengan orang melayu pendatang dari Indonesia. "Melayu" kata orang Jawa bermakna lari.Bangsa yang lari dari Indonesia ke tanah air ini.Dari itu, orang Melayu tidak berhak menghalau mereka balek ke tanah besar negeri China.
Wahai Sang Seri Buana, bagaimana hamba boleh menepis silat kuntau mereka dan berikanlah hamba buah pukulan maut bagi mematikan kebiadapan bangsa yang tidak mengenang budi ini?
agbr47: Kian hari kian Melayu menyerah kuasa kepada mereka.
Salam Perjuangan,
Syabas buat saudara dengan pengendalian blog yang begitu baik demi menegakkan yang benar.
Saya tlh linkkan blog saudara di dalam blog pilihan di blog saya.
Sekian, semoga kita dapat berkongsi idea dalam memantapkan artikel..
Blogger :-
Melayu CinDia
Salam saudara Bingai@Bangang, memang hakikatnya begitu, ramai yg sanggup jual bangsa demi kepentingan politik.
Abg47,
saya ada menulis tentang tulisan shabudeen jalil dalam posting 'Melayu Bodoh'. Tentang hujah, tak perlu, hujah hanya untuk politician, we need action.
saudara Gelombang Rakyat,
terima kasih, namun saya tak boleh masuk ke blog saudara, tak tau mengapa...
Kita ambil sejarah secara mudah saja. Malaysia asalnya bernama Tanah Melayu, yang diperintah oleh Sultan atau Raja-raja Melayu. British datang sebagai penjajah kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil seperti bijih. Untuk membolehkan berkuasa, British telah membantu memenangkan satu puak Melayu yang bertelagah dan dengan tipu helah, telah berjaya mencampuri pemerintahan sesuatu negeri. Untuk mengeluarkan hasil getah dan bijih timah, penjajah British telah membawa masuk pekerja atau buruh murah imigran dari negeri cina dan india. Kemudian bangkit gerakan untuk memerdekakan diri dari penjajahan di kalangan orang-orang melayu. British tidak lagi dapat bertahan dan terpaksa memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Timbul masalah bagi British untuk menghantar balik buruh kasar imigran Cina dan India, yang telah terlalu ramai dibawa masuk ke Tanah Melayu ini. Ada pula di kalangan imigran India dan Cina ini, yang hendak terus tinggal menetap di Tanah Melayu, disamping negara asal mereka tidak lagi mahu menerima mereka kembali. Itulah sebabnya British memaksa orang-orang Melayu supaya menerima kaum imigran cina dan india sebagai warganegara, sebagai syarat memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Memahami kesukaran mana-mana negara lain untuk menerima imigran asing, penjajah British telah membuat janji bahawa hak istimewa orang-orang Melayu sebagai penduduk asal akan dipelihara, seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. Ianya adalah merupakan jalan penyelesaian keatas masalah berlainan/pelbagai kaum dan agama di Tanah Melayu ini, iaitu pengorbanan orang Melayu memberikan hak warganegara kepada kaum pendatang. Jalan penyelesaian tersebut nampaknya berjaya menjadikan negara ini bertambah maju dan harmoni, hinggalah pada tahun 1969, ada beberapa pihak cuba menjadikan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan sebagai isu. Ini ibarat bermain api. Adalah jelas, sesiapa yang cuba mempertikaikan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan, dia sememangnya mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan perpaduan kaum dan agama. Kaum Cina dan India sendiri harus sedar sebagai warganegara, tiada harga yang lebih mahal daripada perpaduan dan jangan menyokong mereka yang cuba mengguna isu ini untuk mendapat sokongan segera untuk menjadi juara murahan. Jadi kalau ada orang melayu sendiri yang mempertikaikan hak orang Melayu, maka jelas dia telah menjadi buta mata hati. Mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang Melayu bererti cuba meruntuhksn perlembagaan dan telah melakukan kesalahan melanggar undang-undang yang serius.
saudara agbr47,
sy syorkan saudara dan yg lain2 utk jengok blog www.riwayatmelayu.blogspot.com yg mematahkan hujah sahabudeen jalil semudah memakan kacang dan kuaci shj. entry terbaru ada patah hujah michael chick yg claim semenanjug malaysia ni dulu dikenali sbg semenanjung china atau barr xinn. sgt menarik. moderator adalah seorg wanita dgn nick srikandi seorg pensyarah sejarah melayu. byk asal-usul melayu yg x pernah sy tau sy belajar di sini!
jentayu
Terima kasih Sri Tribuana, akmy dan Jentayu. Maklumat yang tuan berikan amat berguna. Ulasan Srikandi amat mudah di faham dan boleh mematahkan balik isu yang di kemukakan. Saya juga emailkan hujah ini kepada semua anak-anak saya supaya mereka tidak di perbodohkan oleh sejarah melayu yang di bodohkan oleh pengkaji sejarah melayu itu sendiri.
agbr47: Menghianati bangsa melalui sejarah.
Post a Comment