Followers

Wednesday, August 25, 2010

Hentikan Politik Perkauman.

Beberapa hari lepas saya menulis tentang politik perkauman, dalam tajuk 'Hukuman Untuk Rasis - Hanya Melayu'. Posting itu berkenaan desakan chauvanist yang menuntut Melayu melutut minta maaf kerana kononnya mengeluarkan kata-kata rasis. Mereka juga menuntut Melayu itu dihukum sekeras-kerasnya. Sejarah rasis Malaysia sebenarnya adalah sejarah DAP. DAP parti rasis, menyuburkan rasis dan menggalakkan rasis. Baca posting Che Det di sini.

Saya minta ahli politik DAP menghentikan politik rasis mereka. DAP sebagai parti rasis, menuduh Melayu rasis. Ingat, DAP tidak menuduh hanya UMNO rasis tetapi DAP menuduh keseluruhan orang Melayu sebagai rasis. UMNO sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi liberal, namun masih tidak melepasi piawaian DAP.  Mungkin PAS tidak kerana PAS sudah dijinakkannya. Mana-mana Melayu yang tunduk kepada mereka, walaupun non political tidak pula DAP anggap rasis.

Politik rasis DAP ini merupakan politik yang merbahayakan. Baru-baru ini MCA sudah terikut-ikut rentak DAP tanpa mengambil kira perasaan orang Melayu. Jika berlaku soal ungkit-mengungkit dibuat oleh orang Melayu, ini kerana mereka merasakan kaum Cina dan India sudah melampau. Dan permainan ini tidak akan berkesudahan.

Permainan DAP ini persis seperti menjelang 13 Mei 1969. Apabila kewarasan berfikir orang Melayu sudah hilang dan kesabaran sudah tiada, tidak kira alaf mana zaman mana dan betapa liberalnya Melayu, mereka tetap akan mengamuk. UK's Boy boleh lupakan hasrat mereka untuk pulang. Malaysia memang akan jadi politik primitif. Soalnya, siapa yang mula-mula membakar politik perkauaman? Jawapannya: DAP and always DAP.

Ada artikel menarik dari sahabat blogger saya, Papa Gomo tentang 13 Mei 1969. Beliau membuat 'homework' yang teliti, termasuk pandangan Tunku Abdul Rahman berkaitan 13 mei 1969. Baca sini
Semua orang Melayu wajib baca artikel ini, terutama golongan muda. Lihat jika Melayu gagal bersatu, bagaimana mereka menginjak-injak maruah dan harga diri Melayu.

Saya bersimpati dengan kaum Cina yang tidak termasuk dalam golongan rasis. Saya  mempunyai ramai kawan Cina yang baik dan tidak rasis. Ada yang sangat rapat dengan saya. Ada yang banyak membantu saya walau kami bukan sebangsa. Ada yang lebih mulia akhlak dan peribadi dari orang Melayu sendiri. Jika berlaku rusuhan kaum, kemarahan yang tidak rasioanal tidak akan mengenal ini. Semua kaum Cina akan menerima bahana. Saya tidak mahu ini berlaku.

Kepada DAP saya mohon hentikan politik rasis anda yang sangat sia-sia.  

Saya teringat filem Godfather. Dalam satu babak, Vito Carleone menasihati anaknya Micheal Carleone, jika ada sesiapa dikalangan Carleone family yang cuba arrange meeting dengan Berzini, orang itu adalah pengkhianat. Saya menasihati pengundi Melayu, jika ada sesiapa yang bekerjasama dengan DAP untuk memerintah, tidak kira atas alasan apa, orang itu perkhianat Melayu.






4 comments:

Anonymous said...

Salam.Sememangnya PKR dan PAS pengkianat

Anonymous said...

Hi STB,

You have chinese friend but I have chinese girlfriend ? What will happen......but both of us are not 'Racist'.....and racist always connected with the political agenda by politician & people who have plenty of time and not work....to bad for country and for malaysian especially good citizen like me.

Malaysian will keep talking on this issue until 'Kiamat' and never end one....believe me. Better we move forward.

kelisa_samudera said...

saya rasa selepas DAP dan MCA, gerakan akan tampil selepas ini untuk buat tuntutan yg bukan2. dan kita org melayu tetap lembik dan penakut sebab takut hilang kuasa. tak kira umno, pas atau pkr.

Anonymous said...

Melayu kalau tak bergaduh dengan melayu, dia bukan melayu. Cina kalau tak kutuk melayu dia bukan cina.keling biasalah makan keliling. Mana kuat dia sokong.

So, Malaysia sampai bila pun tak kan boleh aman. Rakyat Malaysia tak harmoni, tak bersatu, tak patriotik, tak ada kedaulatan undang undang.

Lu lu, gua gua. Siapa kuat dia dapat. Dog eat dog.