Followers

Friday, August 6, 2010

Isytihar Harta

Saya menyambut baik cadangan Pengarah SPRM, Datuk Seri Abu Kasim Mohamed supaya semua ahli kabinet untuk mengisytiharkan harta mereka. Seperti pernah saya tulis, semua rakyat tidak sukakan korupsi tidak kira bangsa, agama dan parti. Jika masih ada yang suka, mereka merupakan yang beroleh faedah dari amalan berkenaan.

Langkah minta menteri mengisytiharkan harta ini merupakan langkah yang baik. Jika ada menteri yang tidak setuju, bererti menteri berkenaan beroleh faedah dari loophole ini. Negara maju mempunyai sistem 'check and balance' yang berkesan. Pemegang jawatan awam seperti ahli politik yang melibatkan dana besar serta duit cukai rakyat perlu dipantau dengan ketat. Memang sifat manusia, sewarak manapun mereka tidak boleh dipercayai untuk menjaga dana negara tanpa kawalan.

Kita sudah bosan mendengar laporan Audit Negara skru yang berharga beratus-ratus, laptop mencecah RM 45,000 dan sebagainya. Habis laporan Audit, media kecoh sekejap, kemudian semua berjalan macam biasa hingga laporan tahun depan. Mungkin sebuah kementerian membeli sepasang terompah berharga ratusan ribu pula. Kemudian kecoh balik. Lepas itu senyap semula. Rakyat sudah tidak mahu diperbodoh-bodohkan setiap masa.

Kemudian semua yang terlibat dalam menguruskan dana awam seperti wakil rakyat, pegawai kerajaan, pegawai-pegawai parti tidak kira parti apa perlu mengisytiharkan harta. Semua ini perlu diserahkan kepada SPRM dan bukan kepada PM. PM juga perlu isytihar harta. Juga kroni-kroni seperti adik-beradik, anak menantu, isteri pertama, kedua, ketiga dan ke empat. 

Jika kita benar, kita tidak perlu takut.  Dengan banyaknya kelonggaran dalam hal ini menyebabkan begitu banyak harta negara diselewengkan. Tiba-tiba kita dengar ada menteri mempunyai rumah di Holland Park, anak menteri membeli Lambogini dan sebagainya. Negara kita sudah menjadi lelucon, mempunyai kemajuan kelas pertama seperti KLIA dan Putrajaya tetapi mentaliti politik kelas ke tiga. Anak menantu semua ada share. Isteri juga.

Sekarang kerajaan kena ihklas memerangi korupsi. Jika menteri memang kaya sebelum menjadi menteri, kita tahu dari mana kekayaan mereka. Jika tidak, kita juga berhak tahu dari mana datangnya kekayaan mereka. Begitu juga wakil rakyat. Dengan sukar bagi wakil rakyat dan menteri untuk membuat duit dengan cara 'luar biasa' atau 'wahyu' maka makin kurang lobi-melobi dan yang berebut hendak memegang jawatan. Semua ini berlaku kerana mereka tahu dengan terpilih menjadi menteri dan wakil rakyat, akan terbukalah gua Ali Baba. 

Oleh kerana saya setuju semua kena ada kawalan, naikkan elaun wakil rakyat dan menteri semunasabah mungkin supaya mereka tidak perlu mencari 'duit lebih'. Mencari 'duit lebih' ini sebenarnya check kosong untuk menjarah harta negara.

Hal yang sedemikian bukan hanya melibatkan kerajaan BN. Saya mencadangkan ini secara universal dan melibatkan semua parti. Ada kecenderungan kepada ahli politik - baik pembangkang dan kerajaan - apabila beroleh kuasa akan menggunakan kuasa untuk membanyakkan 'dana parti'. Husam Musa mengakui beliau perlu mencari 200 juta untuk membolehkan PAS ke Putrajaya.

Di mana datangnya duit sebanyak itu? Tak mungkin dari elaun exco PAS, dari derma ceramah dan yuran ahli PAS. MSO selalu kata ramai business yang dermawan suka menderma untuk PAS kerana menderma 'ke jalan Allah'. Jika sesebuah parti menerima 'derma' dari businessman, sudah tentu akan ada 'imbuhan dunia' nanti jika mereka menang kerana PAS parti 'dunia dan akhirat.'

Isytihar sahaja harta dan biar rakyat nilai. 


3 comments:

Anonymous said...

Salam STB,

Semua pandangan dan saran saudara itu benar tetapi boleh di perdebatkan dan tidak akan pernah habis sampai lah generasi kegenerasi selagi ada manusia di dunia, selagi ternampak peluang ditambah pula dengan kehendak hawa nafsu, itu sebab ALLAH mengujudkan Rasul dan Nabi sebagai pe4suruh nya untuk memberi panduan dan kabar gembira. Dalam awal surah Al Baqarah telah dijelaskan bahawa manusia ada 3 golongan saja, ia itu: Mukmin, kafir dab Munafik. Sendiri fikir lah.

TQ Kuang Bukit.

Anonymous said...

Spot on bro..

Antihipokrit

Anonymous said...

stb,
read ti lian ker babi tu