Jenazah Tok Janggut dimalukan kerana menentang British.
Dalam dunia ini begitu banyak mitos. Mitos sebenarnya tidak mengandungi kebenaran. Kadang-kadang ada yang suka saja mempercayainya tanpa melakukan kaji selidik dengan bukti empirical. Ada yang menggunakan mitos ini untuk memomok-momokkan sesuatu atau untuk menaikkan martabat sesuatu golongan. Penjajah pernah membuat mitos orang Melayu malas. Penulis istana membuat mitos raja-raja Melayu keturunan Alexander, dewa dan kadang-kadang Rasulullah.
Mitos tidak perlu benar. Mungkin ada sikit-sikit kebenaran yang ditokok tambah. Namun mitos boleh menjadi pegangan psikologi sesuatu bangsa. Dalam bukunya, The Myth of Lazy Natives, Syed Husein Al-Atas membuktikan bahawasanya mitos pribumi malas hanya digunakan oleh penjajah untuk melemahkan psikologi kaum pribumi.
Di Indonesia, Belanda menguar-uarkan kemalasan pribumi hanya kerana enggan menyertai sistem tanaman paksa mereka. Dari segi logik, apa faedah tanaman kepada bumiputera Indonesia zaman penjajahan Belanda kerana yang akan meraih keuntungan merupakan orang Belanda. Memang wajar pribumi malas kerana mereka tidak ada kepentingan dalam keuntungan Belanda.
Di Tanah Melayu dahulu orang Melayu dikatakan malas kerana enggan membanting tulang memakmurkan Great Britain untuk menoreh getah bagi pihak Guthrie dan melombong bijih bagi pihak British. Melayu hanya akan jadi kuli kepada orang Inggeris, sedangkan pembesar Melayu mendapat elaun yang sedikit hasil bumi sendiri. Jika Melayu ingin melawan, takut dengan 'gunboat diplomacy' orang Inggeris, atau takut menjadi seperti nasib Tok Janggut di Kelantan.
Orang Melayu begitu damai dengan tanaman mereka, hidup sebagai petani dan tidak terlibat dengan aktiviti ekonomi bertaraf dunia, hasil dasar Imperialist orang kulit putih. Di importnya kaum pendatang dari India dan Cina. Maka berkuasalah mereka menjarah ekonomi Tanah Melayu dengan Yap Ah Loy menguasai Kuala Lumpur dan melombong bijih timah. Memang mereka lebih bijak kerana terdedah.
Bukan umat Melayu bodoh tetapi kerana sistem feudal dan kurang pendedahan menjadikan mereka tidak terdedah kepada perniagaan global dan jaringan antarabangsa ketika itu. Rakyat marhein Melayu sangat bergantung kepada orang besar mereka; mungkin hanya pandai berniaga 'buluh kasap'.
Apabila Melayu sudah pandai sikit, cuba menuntut kemerdekaan untuk mentadbir sendiri negara tercinta yang sudah 'kehausan' hasil bumi ini dijarah oleh Inggeris 'Si Bajak Laut'(pirate), Inggeris mengenakan syarat untuk merdeka bersama dengan masalah yang mereka bawa: kaum Cina dan India. Pihak Inggeris yang membawa permasalahan, orang Melayu yang terpaksa menanggungnya. Bukan setahun dua tetapi berabad-abad selagi wujudnya negara Malaysia.
Mitos mengatakan adanya sosial kontrak. Mungkin Wikipedia kata bukan fakta jadi kita namakan dia mitos. Kemudian diciptakan pula mitos baru: Melayu juga bukan penduduk asal Tanah Melayu. Haish, macam mana jika kita kata Cina bukan penduduk asal Tanah Besar Cina? Apa kata Wikipedia?
Melayu bukan bangsa bodoh. Melayu cuma bangsa kurang tahu, kata Datuk A.Samad Said dalam novelnya Hujan Pagi. Mustahil bangsa Melayu yang baru merdeka selama 50 tahun dapat menyaingi budaya kaum Cina yang sudah wujud 4000 tahun. Seperti kata Stalin, "bit by bit, we learned."
Mitos mengatakan kita mencipta DEB untuk mengembalikan 'hak orang Melayu' yang terampas oleh penjajah selama ratusan tahun. Orang mendatang lebih berjaya dan makmur, bukan hanya kerana faktor malas atau rajin. Sesuatu sudah berakar umbi dalam jiwa Melayu - mereka menjadi inferiority complex dan kurang keyakinan.
Selama 40 tahun DEB dilaksanakan dengan jaya dan cacat cela, matlamat 30% tidak kesampaian. Hanya 19% saja. Logik berkata 81% lagi kek ekonomi dikuasai oleh kaum pendatang, atau keturunan mereka. Semalam diadakan Kongress Ekonomi MCA. Antara tuntutan mereka adalah minta dikurang 30% ekuiti bumiputera secara beransur-ansur.
Mitos mengatakan, DEB atau pegangan ekuiti ini melembabkan ekonomi Malaysia. Mitos mengatakan IMF kurang setuju cara Malaysia ditadbir kerana memberati satu kaum iaitu Melayu. Mitos juga mengatakan, ini punca FDI kita merundum sebanyak 81%. Dan kita mempercayai saja mitos yang mereka cipta, menjadikan kita bersikap merendah-rendah meminta maaf.
Anehnya, realiti yang sebenar ekonomi dikuasai oleh kaum lain. 81% lebih besar dari 19%. Simple math. Jadi berapa sebenarnya keadilan bagi mereka untuk mengagihkan kek ini? 100%?
Affirmative action bukan tongkat. Ia hanya instrument untuk membolehkan Melayu bersaing nanti. 40 tahun bukan lama. British yang menjajah dan kaum pendatang yang bersekutu dengan Inggeris sudah lama menjarah ekonomi Tanah Melayu - ketika Melayu masih bangsa petani. Sudah ratusan tahun mereka melakukan tanpa kawalan. Bagi Melayu masa lagi.
Sekarang nasib bangsa Melayu bergantung kepada Perdana Menteri, yang datang dari keturunan pembesar Melayu juga. Jika dulu, rakyat dan pembesar sangat intim. Pembesar seperti bapa dan rakyat merupakan anak. Tapi itu dulu, zaman mitos dan legenda.
Jika Demang Lebar Daun lupa waadatnya, maka Melayu sudah tidak terikat pada janjinya lagi.
5 comments:
Salam bro, Kalau aku pensyarah aku bagi ko "A".
Cuma agak panjang dan berpusing sedikit sebelum sampai kepada masej yang mahu disampaikan!!!
Syabas...
Salam bro ISAC,
panjang sikitlah kawan pakai format kepenglipurlaraan dan kepenghikayatan sbb tajuknya 'Mitos'. Anyway, thanks bro for the comment
Hey Bro, Orang tak cerita dah hal orang melayu ni. Orang dah cakap fasal mitos pendapatan tinggi kelangit hijau, libralisasi mengawan, Allah untuk semua. Markah boleh bagi A, tapi artikel untuk kenangan manis sepeti zman kegemilangan kesultanan Mansur shah diMelaka. Nak Lihat model melayu hari ini luhat KJ awak tu heheheh....KP awak tuuu..... kehkehkeh.... TQu
stb
Apa yang Chua Soi lek tu cakap tu selari dengan dasar kerajaan sekarang buat apa kita bantah-bantah. Ikut saja sebab orang melayu dah ada merit dilahirkan DEB. Jangan sebut-sebut DEB lagi ia hanya mitos. Hayalan orang melayu zaman raja chulan. Apa yang kita fikir sekarang kita lebih libral pada fahaman libral yang ada sekarang. Baru lah melayu itu diangkat jari oleh IMF, Singapore, Yahudi dan antarabangsa. Kalau kita dapat jadikan kita libral hingga negara ini milik semua bangsa didunia lagi advence kawan. Hahaha.
Kita kena tebal rasa malu kalau kita dikata chauvenis oleh bangsa lain. Jaga standard kita.
Fahaman Ibrahim Ali dengan perkasa itu fahaman kuno, itu fikiran orang pra kemerdekaan. Zaman Merdeka tidak begitu lagi sebab itu Tengku Abdul Rahman lepaskan singapura kerana libral.
Kalau sekaranmg kita boleh lepaskan pulau pinang lagi class. Kita dianggap oleh dunia libral baru. Oxford akan buka cawangan diMalaysia bagi mengkaji fikiran orang melayu yang libral luar biasa. hahahaha, kehkeh,keh,huhuhuhuh, haihaihai
kruhkruhkruh..... Selamat datang kegerbang libral.
Salam saudara anon 9:45 dan anon 9:43,
dekat sangat jarak komen ni, mcm org yg sama jer. Anyway, bagus sindiran saudara.
Post a Comment