Saya teringat kata-kata Tun Mahathir. Beliau pernah berkata jangan kita bangga jika kita dibantu, hanya orang lemah yang perlu dibantu, hanya orang yang cacat perlukan tongkat. Malangnya bagi sesetengah orang Melayu, ditolong merupakan kebanggaan.
Banyak saya jumpa orang yang ditolong oleh dasar DEB, terutama dalam pendidikan, kemudian mereka menjadi liberal kerana pergaulan dengan 'golongan terpelajar'. Mereka juga yang bising tentang affirmative action, minta dihapuskan. Tun Mahathir juga berkata, sangat memalukan apabila kita sendiri menggunakan tongkat, selepas berjaya mendesak kerajaan membuang tongkat untuk membantu generasi akan datang. Saya merujuk kepada pendidikan, bukan persoalan 'orang kaya' DEB.
Ini saya ambil dari blog Penarik Beca. Untuk bacaan penuh, baca sini.
Untuk tahun 2010 ini, peruntukan kepada MARA yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu, dicantas-cantas sampai betul-betul ciput sehingga berjumlah RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009.
Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga rajah di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dicantas-cantas jumlahnya oleh kerajaan Umno BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak jumlahnya supaya betul-betul kecil dan tak payahlah keluar duit banyak-banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan orang-orang Melayu).
Pendidikan sangat penting kepada mana-mana bangsa yang hendak menjadi 'first world mentality'. Kepada Melayu liberal, bergembiralah, doa anda sudah dimakbulkan. Saya sendiri tahu lambat laun tongkat tidak diperlukan. Tidak sangka ianya secepat ini. Maafkan saya bangsaku kerana tidak boleh berbuat apa-apa.
4 comments:
salam sri buana. utk pertama kali saya dapat jumpa satu blog penyokong BN yang sgt matang bila berdiskusi. tahniah. saya akan selalu melawat blog anda.
Salam saudara kelisa_sammudera,
terima kasih atas galakkan saudara. Selamat dtg ke blog saya.
salam...
saya ingin minta pendapat, cuba tuan buat kajian sedikit tentang program destini anak bangsa yang dilancarkan oleh uitm. Kalau tuan lihat program ini, ianya khas untuk anak melayu dan bumiputra miskin yang tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kurusus yang ditawarkan untuk mereka ialah pra-perdagangan dan pra-sains. Mereka menikmati pendidikan percuma (tidak perlu membayar apa-apa lansung hatta yuran sekalipun) malah diberi elaun bulanan(Rm 150 atau 200 kalau tak silap saya). Pendidikan percuma yang mereka nikmati bukan hanya pada peringkat pra sahaja, malah hingga ke ijazah. Selain itu uitm juga dalam usaha untuk menambah bilangan pelajar kepada 200,000 pelajar, dan seperti tuan nikmati dahulu, yuran uitm adalah sangat murah (kerana diberi subsidi oleh kerajaan) dan seperti tuan cakap tantang 1Malaysia, hasil dari pendidikan ini bukan kita boleh lihat hari ini atau esok, mungkin 10-20 tahun baru kita akan nampak kesannya. Kerajaan dalam usaha untuk menambahkan professional bumiputra dan uitm merupakan platform yang telah disediakan... dan pada pendapat peribadi saya, mungkin beberaoa peruntukan daripada institiusi kemahiran untuk menampung kos program destini anak bangsa ini.
wallahulam...
wan.
(p/s : saya baru berjumpa blog tuan dalam sebulan yang lalu dan sangat megagumi tulisan tuan berikan, lain dari yang lain, rigkas tapi jelas.)
Salam saudara anon 8:22,
saya rasa program berkenaan sudah lama ada.Sejak dulu MARA banyak membantu orang Melayu. Cuma sekarang kementeriannya telah dipecah2kan. Saya terkejut apabila melihat peruntukkan bagi institusi yang benar2 membantu Melayu ini dipotong sekecil itu. Jika Melayu gagal dalam business jika tidak ditolong kerajaan, saya sangat harap ramai anak melayu cemerlang dalam pendidikan jadi mereka boleh bersaing apabila mereka bekerja atau berniaga kerana intelligent, kreativiti dan kemahiran sangat penting dalam dunia terbuka. Sbb itu Melayu perlukan ilmu dan kerajaan masih patut sediakan peruntukkan yg banyak buat mereka.
Post a Comment