Followers

Monday, August 2, 2010

Mengapa Felda?

Agak baru juga pembangkang menimbulkan isu Felda bankrap. Sebenarnya ini strategi terancang pembangkang. Saya selalu menulis kekuatan UMNO berada pada kawasan kampung. Makin banyak kawasan yang melalui proses pembandaran(urbanisasi) semakin kurang pengaruh UMNO.

Bagi BN pula, Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposit mereka. Di Semenanjung ini, Johor sering dianggap fixed deposit kerusi-kerusi BN. Secara teori, BN masih boleh mengekalkan kuasa walaupun mungkin sukar mengembalikan 2/3 lagi selagi banyak kawasan majoriti Melayu yang masih mengharap pembangunan dan bantuan kerajaan. BN juga boleh terus memerintah jika kerusi parlimen Sarawak dan Sabah utuh bersama BN. 

Namun BN perlu ingat Sabah sebelum kemasukkan UMNO pernah menyebelahi pembangkang iaitu Semangat 46 semasa di bawah Pairin Kitingan. Sarawak setia dengan BN dan dibawah Ketua Menteri sekarang, Taib Mahmud Sarawak kelihatan sukar digugat. Teori ini juga ada pencabarnya apabila Sibu tewas kepada pembangkang dalam PRK baru-baru ini.

Selain dari dua faktor ini, Felda boleh dikatakan kubu kuat BN. Ada sebanyak 55 kerusi parlimen yang pengundi terdiri dari Felda. Ini sebab mengapa PAS kena attack Felda. Semuanya hanya kerana politik. PAS dan Pakatan Rakyat tidak kisah pun mengenai kebajikan peneroka Felda. Kebajikan peneroka Felda sudah lama dijaga oleh Felda yang ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak dalam usaha beliau menyusun semula ekonomi Malaysia.

Jika PAS berani membangkitkan kerugian-kerugian kerajaan, ingat PAS sendiri masih belum boleh menjawab perihal kerugian Kohilal. PAS jika mereka berjaya menjadi PM boleh ke mengurus kekayaan negara?

Benarkah Felda bankrap seperti didakwa PAS. Rujuk huraian comprehensive Syed Akhbar Ali di sini.

5 comments:

Anonymous said...

STB,

Lantok le ke deme, aku ini urag di ulu seno, tak ke faham aku. Aku hanye faham dan selalu ngeloh bila ke market, ikan patin mahal, cili mahal, pucuk ubi naik harga dari ikat besar ke ikat kecil gitu juga pucuk paku. Susah gini gaye, itu lah ekonomi yang aku faham. kerja payoh, ada pun gaji sikit. dulu ngangor ni lepasan srp dan spm sekarang menjangkit ke sarjana muda dan malah ade juga sarjana. kerje kosong ada sbgai nerh getah dan kait buah sawit, tapi 2 ke 4 bulan ngangor juga. ini hal dekat dengan aku. sape pun ame aje, sebab rakyat yang same dan negeri same. tak gitu stb ooi.

Anonymous said...

temberang la ko..tempat aku ni..budak tempatan baru keje sehari..dah cabut,tak tahan keje tempat panas katenye..siot betul..nak ambik budak indonesia pun banyak proses & susah sbb diorg dah mula mintak gaji mahal2..

Anonymous said...

anon 12:19.. agok2nyer la kan... klau kerajaan sekarang bertukor.. sume yang dema kata tu akan beruboh tak..? ke lagi terok...? bukti dh ader.. tak caya jenguk2 le ke penang n selangor.. melayu cam kita ni dema wat lap tapak kaki je..

Anonymous said...

Anom 4:49..... betol katek aok tu.... yang bertukar tu ...pasukan kepolitikan..... fail same.....jentera same.....kerana pelembagaan, undang2 dan enakmen same...... raja same.....sape pun akan peduli pasal ekonomi dan sosial dan survival kuasa politik.
Aok jangan banding di PP, selangor , kelantan dan kedah dengan Kerajaan BN sekarang, kerana kuasa deme itu terhad seperti dalam pelembagaan, bila terhad maka terhad juga ape nak dilakukan. Pasal lap tapak kaki salah kita juga, kerana kitek amat suka hal politik, kalau ekonomi nak senang aje dan sape dibelakang nye. Aok pun tahu kita majoriti dari bilangan dan agama tapi kitek minoriti dalam ekonomi. Masalah kitek suka amat tikam belakang,menjatuhkan urag kitek sendiri. Tingok aje macam mana deme ( blog jerantut tertentu) asik nembok pemimpin sendiri, umpama nye Bos WZWH dan WZWH. Kesian kedie....kesian kedie....seme serbe tak kene.

Anonymous said...

Anom 4:28,

George Bernard Shaw Said" progress is impossible without change ; and those who cannot change their minds cannot change anything". This is the answer to your statements.