Followers

Wednesday, June 16, 2010

Siapa Mainkan Siapa?

Curiga Asas Waspada. 

Seorang pembaca blog saya pernah membuat komen berkenaan. Beliau mengambil petikan itu dari Ahmad Bustamam jika saya tidak silap. Memang benar kata-kata berkenaan, terutama dalam politik. Seperti benarnya kata-kata "tidak ada kawan dan lawan sejati dalam politik". Semua pertimbangkan berdasarkan untung rugi kepada sesebuah parti.

Muktamar PAS yang ke 56 memutuskan parti itu akan meletakkan calon bukan Islam mereka sendiri. Menurut pandangan seorang kolumnis STAR, ini boleh menimbulkan kegusaran kepada sekutu PAS iaitu DAP dan PKR. DAP memang terkenal sebagai jaguh kepada kaum Cina akhir-akhir ini, sementara PKR pula parti yang liberal dan tidak berasaskan kaum. 

Keputusan terbaru PAS yang menerima Kelab Penyokong PAS(KPP) sebagai Dewan Himpunan, dan membenarkan bukan Islam bertanding dibawah lambang bulan sekaligus menenggelamkan identiti PAS sebagai parti 'pure' Islamik. PAS yang menolak nasionalisme UMNO sebagai punca mereka menentang parti Melayu itu sering menekan konsep Islam dan bukan bangsa akhirnya berkompromi dengan keadaan. 

Walaupun PAS pernah membuat fatwa BN sebagai parti kafir kerana bekerjasama dengan kaum Cina dan India, akhirnya PAS mengikuti jejak langkah yang sama. Bagi PAS, ini hanya tindakan taktikal seperti kata Nik Aziz, Rasulullah terpaksa membuang title Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiah untuk kemenangan Islam keseluruhannya. Kita boleh terima, tetapi ini bermakna UMNO sudah maju 50 tahun kedepan jika ditilik dari sudut itu. 

Ada beberapa persoalan menarik, sudah tentu purely hypothetical tentang move terbaru PAS ini. Selama ini, PAS merupakan buah catur DAP untuk meneutralkan sokongan Melayu. PAS hanya bertanding dikerusi majority Melayu dan cuba menyaingi UMNO sebagai jaguh Melayu walaupun Islam merupakan additional value mereka. 

Kali ini kita lihat PAS sudah membuat perancangan 'pre-emptive' kerana sudah bercadang meletakkan calon bukan Islam mereka sendiri. PAS tetap bertegas, major business atau 'bread and butter' PAS merupakan undi Melayu, sebagai kiasan undi Melayu merupakan 'bini tua', tetapi PAS cuba untuk tidak bergantung kepada parti sekutu mereka iaitu DAP dan PKR.

Dengan tindakkan ini, secara tidak langsung PAS memberi signal kepada pengundi Melayu mereka bukan lagi hanya Pak Turut DAP dan PKR. Mereka mempunyai politik brand sendiri, malah pengikut kafir harbi acuan mereka sendiri. Ini membuktikan PAS juga bukan calang-calang parti lagi untuk dipandang remeh, walaupun tindakkan mereka ini mengorbankan 'kesucian' parti Islam mereka.

Persoalannya dimana calon bukan Islam PAS akan bertanding? Salah-salah pencaturan akan berlaga dengan sekutu mereka samada PKR atau DAP. Ini boleh memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Jika PAS meletakkan calon bukan Islam di tempat maoriti Cina, akan bertembung dengan DAP dan akan memberi kelebihan kepada calon BN. Jika PAS langsung tidak meletakkan calon bukan Islam mereka, PAS akan dilihat sebagai parti omong kosong atau tidak 'walk the talk'. Dewan Himpunan akan menganggap mereka dilayan sebagai 'ahli parti kelas kedua'.

Walaupun ada pandangan mengatakan tindakkan terbaru PAS ini menimbulkan kegusaran dikalangan sekutunya, namun pandangan itu masih 'purely hypothetical'. Kita masih belum dengar desas desus pandangan baik PKR mahupun DAP. Namun saya boleh mennyelami rasa curiga DAP sudah mula terbentuk.

Sebagai parti yang mempunyai saham paling sedikit dalam Pakatan Rakyat, DAP sudah tentu beranggapan mereka boleh mainkan PAS. Kali ini PAS seperti sedia untuk 'retaliate' dan cuba keluar dari kongkongan sekutu mereka. Kaum Cina juga gusar kerana tindakkan PAS ini dilihat boleh menimbulkan kekeliruan kepada silent majoriti mereka. Adakah elok swing vote kepada UMNO semula yang sepatutnya lebih liberal, atau kepada PR yang ada PAS? Mungkin mereka beranggapan PAS seperti api, semasa kecil merupakan kawan, sudah besar menjadi lawan. Kaum Cina juga meragui  genuinenya liberal versi  PAS seperti yang ditunjukkan oleh parti itu akhir-akhir ini.

Dengan move terbaru PAS, semua parti baik UMNO, MCA, MIC, PKR dan DAP akan membuat aligment semula. Ada unsur baru yang perlu difikirkan oleh semua, termasuk silent majoriti Cina dan Melayu yang tidak kuat pegangan politik mereka.

Dalam PR, gamenya adalah siapa boleh outwit siapa? Siapa boleh mainkan siapa. Benar, curiga asas waspada.

Kita lihat drama seterusnya


4 comments:

Embun Jantan said...

STB.

PAS semakin gentleman bila dia tentukan sendiri calun bukan melayu di kawasan bukan majoriti melayu. Itu caranya bagaimana mereka dominan dalam PR. Contoh diPerak masa Nizar Jadi MB, apa jadi telur nizam kena pegang oleh DAP?. Kalau mereka calon Pas tentu mereka sehala, lagipun dalam kepala DAP Bukan Hadi PM, DAP mahu Al Jubri. Mereka takut pada hadi.
DAP Tahu Hadi Extrimis Islam. Hadi sorok kuku sekarang.Sebab itu mereka lebih banyak deal dengan N ajis sebab orang tua tu walaupun keras kepala tapi bodoh sikit. Sekarang nyanyuk lagilah.. mudah.Jangan main-main sama Hadi dia bukan bodoh macam kaldai tua tu.

YANG GAMBI said...

Bro, kawan rasa PAS akan berjaya dengan taktik sebegini, mengapa ? hanya PAS saja satu-satunya parti kuasa Melayu yang sanggup mengorbankan hak-hak Melayu-Bumiputera semata-mata untuk kuasa... hanya PAS saja yang berani menghapuskan kuasa Melayu serta menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu untuk menjadikan Malaysia sebuah republik.... maka puak-puak bukan Melayu-Bumiputera, khusus Cina akan berlumba-lumba menyertai PAS utuk mencapai matlamat itu... DAP sudah sedia dgn Cinanya, menunggu bulan jatuh ke riba, DAP bijak mengatur agenda, biarlah nampak Melayu sendiri meruntuhkan kuasa Melayu, mereka sebagai penyokong dari belakang...

Anonymous said...

PAS dan Islam

1-Dua minngu lepas seorang kuat pas bergelar Datuk dan professor dan pernah menjadi pensyarah Akedemi Islam di UM, menjadi khatib Jumaat di masjid al- Mujahiddin. Beliau di situ bertujuan mengutip derma untuk menambah baik sekolah tahfiz beliau di Johor. Ada dua perkara yang dilakukan. Pertama, tema khutbah beliau adalah berkenaan kebaikan memberi zakat dan juga sedekah. Ini seolah-olah beliau mempunyai tujuan tertentu memilih tema tersebut. Kedua, walaupun pada masa menjadi pensyarah beliau tidak menerima Bible sebagai Injil, tetapi dalam khutbah beliau mengakatan "Injil iaitu Bible".

2-PAS mengumumkan akan membenarkan calun bukan Islam menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya. Mungkin ini cara mereka menenangkan pemilih bukan Islam untuk menerima mereka sebagai sebahagian daripada pakatan, dan seterusnya secara tersirat tidak lagi membawa agenda agama Islam sebagai asas perjuangan mereka.

3-Dari apa yang berlaku sekarang, terang-terang PAS bukan lagi memperjuangkan agama Islam, dan pendirian mereka terhadap orang Islam yang tidak menyokong PAS, sama dengan penganut Wahhabi, iaitu mengutuk dan menghukum.

Kesimpulannya, kita ada PERKASA untuk menjadi kumpulan pendesak mewakili kepentingan orang Melayu, tetapi tiada NGO yang lantang dan berwibawa untuk menjadi kumpulan pendesak untuk menjaga kepentingan agama Islam.

Ahlil Sunnah wal Jamaah

sri tribuana said...

Saudara sekelian,

Quran berkali-kali mengingatkan kita akan ada golongan yg berlagak alim, menggunakan agama, berpura2 warak dan mengambil keuntungan dari agama atas nama perjuangan Islam.

Hati-hati