Followers

Saturday, June 19, 2010

Mencari Parti Melayu Baru

Tidak dapat tidak semua orang perlu akui Melayu merupakan majoriti. Seperti ingatan Tun Mahathir, majoriti tidak bermakna kuat, apalagi  jika Melayu lemah mencari formula boleh menyatukan semula 60% undi dibawah satu-satu parti. Memang terlalu idealis untuk menyatukan semua Melayu ini, oleh itu datangnya bahaya jika Melayu gagal membaca siasah bukan Melayu.

UMNO selama ini menjadi parti yang mendukung pejuangan Melayu. Seperti biasa bila berkuasa akan berlaku rebutan dan tidak puas hati lalu pecah serpihan menjadi PAS. PAS juga mempunyai peminatnya sendiri, tambahan lagi setelah didekorasi dengan label 'parti Islam'. Kesimpulannya Melayu sudah berpecah dua. 

Secara ringkas perpecahan berlaku lagi setelah pertembungan Mahathir-Razaleigh pada tahun 1987 dan Ku Li menubuhkan parti Melayu Semangat 46. Banyak mana juga perpecahan ketika itu, UMNO masih menjadi tunjang kepada orang Melayu. Minoriti sahaja yang menyokong PAS dan Semangat 46. Ketika itu, dengan DAP, dan dua parti alternatif Melayu(PAS dan Semangat 46) masih gagal mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO. Dan UMNO berhak menjadi tunggak kerana majoriti Melayu menyokong UMNO.

Mengapa sokongan Melayu kurang kepada UMNO sekarang? Memang akan banyak teori atau andaian boleh dibuat. Antara biasa kita dengar UMNO mementingkan kroni, pemimpin UMNO corrupted, angkuh, tidak turun padang dan sebagainya. Ada benarnya juga pendapat ini tetapi ini lebih kepada kritikan setempat dan berkenaan individu yang dilantik oleh UMNO. Saya masih merasakan ada masalah atau sebab yang lebih besar dari ini.

Walaupun sokongan Melayu berpecah kepada beberapa parti Melayu, jumlah orang Melayu secara total masih majoriti. Suara hati nurani mereka yang perlu dijaga dan bukan slogan-slogan politik. Dengan kata lain, survival parti politik Malaysia bergantung kepada parti yang mampu meyakinkan hampir keseluruhan orang Melayu seramai 60% ini bahawa nasib mereka terbela, jatidiri mereka terbela dan kebajikan mereka terbela. Hatta jika DAP berjaya meyakinkan orang Melayu mereka boleh melakukan ini, tidak mustahil gabungan politik  mereka boleh mendapat sokongan. Cuma amat mustahil DAP boleh melakukan kerana mereka akan kehilangan sokongan kaum Cina.

Anehnya pula, baik PAS mahupun UMNO berebut-rebut untuk meraih sokongan bukan Melayu secara aggresif. Kita akui dalam demokrasi semua sokongan perlu, tetapi berlumba-lumba untuk menjadi liberal, atau kelihatan  liberal oleh parti yang sepatutnya membawa panji-panji Melayu/Islam menyalahi tabii parti berkenaan. Seperti parti komunis menjadi jaguh kepada golongan kapitalist.

Semua Melayu sayangkan bangsanya. Mungkin ada sekerat dua yang mengaku 'Melayu liberal' atau Tanggang Moden tetapi saya percaya mereka tidak ramai. Oleh kerana masih ramai Melayu yang sayangkan bangsanya Perkasa dan MPM mendapat sokongan kuat. Sayuti Omar menuduh Perkasa sebagai  platform yang dicipta oleh Tun Mahathir setelah Tun hilang pengaruh dalam UMNO. Sebenarnya Sayuti Omar mengulas kenyataan Nazri Tan Sri Aziz bahawa Perkasa bukan ditaja oleh UMNO. Baca sini.

Mungkin ada kebenara dakwaan mereka tetapi tidak akan ada supply jika tidak ada demand. Semua orang boleh buat NGO mereka sendiri tetapi mendapat sambutan atau tidak soal lain. Sambutan terhadap Perkasa walaupun didakwa(mungkin peringkat awalnya benar) disertai oleh orang-orang pencen, pengambil kesempatan dan tokoh politik yang berkepentingan dan suka melompat menggambarkan keresahan hati nurani bangsa Melayu. Bila UMNO sudah gagal memainkan peranannya sebagai tunggak orang Melayu, majoriti senyap Melayu akan cari jalan keluar.

Walaupun Perkasa banyak juga cacat celanya tetapi itu sahaja yang orang Melayu ada, dan mereka yakin Perkasa bersuara bukan atas dasar kepentingan politik parti. Jika Presiden UMNO mempunyai dua personaliti iaitu presiden BN dan UMNO, keliru pula personaliti mana yang penting, hilang punca perlu lebih menjadi presiden UMNO atau BN, secara perlahan sokongan akan beralih arah kerana UMNO sudah tidak diyakini membawa wadah perjuangan Melayu lagi seperti dahulu. 

Jika UMNO dan PAS terus-terusan gagal menjadikan pejuangan mereka sebagai pejuangan Melayu/Islam kerana ghairah hendak menakluk Putrajaya, politik Malaysia semakin sukar diramal. Katanya Perkasa mungkin meletakkan calon mereka sendiri nanti, dan akan ada ahli politik yang 'no man's land' menaja mereka. 

Sebenarnya 60% Melayu itu perlukan semula Parti Melayu yang tulin dan ikhlas.



4 comments:

Wake UP! said...

Mungkin parti Melayu baru diperlukan.

Anonymous said...

Salam Sdr Sri Tri Buana,

Sebenarnya orang Melayu benar-benar berada dalam dilema yg amat sangat.Sejak meredeka inilah pertama kali orang Melayu berada didalam keadaan yg paling lemah,goyah dan terancam.Kelemahan ini berlaku kerana banyak sebab,diantaranya ialah;
1.Semangat dan jatidiri orang Melayu telah banyak terhakis oleh kerana dilanda pengaruh material,kemewahan hidup dan kepentingan peribadi.
2.Orang Melayu berpecah kepada tiga kelumpuk parti siasah yg masing-masing mempunyai asas perjuangan yg berbeza dan ahli-ahlinya terlampau taksub kepada perjuangan masing-masing sehingga sanggup mengorbankan kepentingan kaum dan bangsa sendiri.
3.Para intelekual dan elit Melayu bukan sahaja nampak tidak berminat terhadap kepentingan orang Melayu tetapi,lebih malangnya,sebahagian daripada mereka ini bersikap anti Melayu.
4.Parti utama Melayu,iaitu UMNO YG memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu kini berada dalam keadaan lemah kerana masalah dalaman yg amat ketara.
5.Sifat semulajadi dan tabii orang Melayu yg terlalu belembut dan suka bertolakansur serta tidak berapa kisah dengan soal survival kaum sendiri,dan tidak akan berbuat apa-apa sehinggalah ianya nampak terancam dengan jelas dan nyata.

Sebenarnya orang Melayu tidaklah begitu terancam dan kritikal jika UMNO itu sendiri kuat dan padu.Jika UMNO itu kuat maka dengan sendirinya parti komponen dalam BN akan boleh diperkuatkan dan senario politik tanah air akan berada seperti keadaan lebih kurang sebelum PRU 12 dahulu.
Permasalahan utama yg kita hadapi sekarang ialah berkenaan kepimpinan.Apa yg nyata ialah pemimpin Melayu yg ada sekarang tidak mempunyai kewibawaan,kaliber dan kekuatan untuk mengubah suasana dan senario politik samada dalam UMNO atau dalam negara kesuluruhannya.Selagi kita tidak dapat menampilkan seorang pemimpin yg benar-benar berwibawa dan berkaliber yg berani,bijak dan tegas dalam segala tindak tanduk dalam keputusan yg dibuatnya maka selagi itulah, bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga seluruh negara akan menghadapi masalah yg kritikal dan mengancam kesajahteraan hidup kita semua.

Penubuhan parti baru tidak akan menyelesaikan masalah melainkan ianya dipimpin oleh seorang pemimpin yg benar-benar berwibawa dan berkaliber,matang dan berpengalaman yg mampu dan berupaya mengembeling dan menyatupadukan rakyat bagi mengerakkan segala tenaga dan sumber untuk mentadbirkan negara dengan cekap,bersih dan jayanya.

Askar Tua

sri tribuana said...

Salam saudara Wake Up dan saudara Askar Tua,

Secara peribadi saya setuju kita tidak perlukan parti baru, kerana ini akan memecahkan lagi undi. Saya cuma rasa perlu ada pembersihan secara besar-besaran dalam semua parti Melayu, bagaimana, saya tak tahu. PKR saya tidak pernah anggap sebagai parti Melayu walaupun ia tetap pemecah sokongan Melayu.

Anonymous said...

Salam Sdr Sri Tribuana,

Semua orang tahu tentang masalah yg dihadapi oleh orang Melayu lantaran bangsa kita berpecah belah dan bersengketa sesama sendiri.Kesan dan akibat daripada keadaan itu juga diketahui umum dengan jelas dan nyata.Ramai juga yg merasa tahu secara umum tentang apakah ubatnya untuk menyembuhkan penyakit itu.Sepertimana kata saudara, iaitu ubatnya ialah "pembersihan secara besar-besaran...".Tapi malangnya,kita dapati tidak ramai yg tahu,termasuk Sdr, bagaimana cara dan keadahnya untuk mengguna ubat itu supaya mendapat hasil yg berkesan.Dengan kata lain,kita tahu ubatnya tetapi tak tahu bagaimana nak gunanya.Inilah sebabnya yg saya katakan kita orang Melayu berada dalam dilema dan kritikal.

Memang benar dan saya amat setuju dengan apa yg Sdr sarankan,iaitu tindakan "pembersihan besar-besaran dalam semua parti Melayu perlu dilakukan...."Senang cakap tetapi hampir mustahil untuk dilakukan.Satu impian yg tak mungkin tercapai.

Walaubagaimana pun,harapan masih ada jika perubahan radikal dalam parti UMNO dilaksanakan untuk memperkasa, memperkuatkan dan memperteguhkannya.Perkara ini dikira ada dalam kemampuan untuk berbuat demikian jika ahli-ahli dan para pemimpin di semua peringkat diberi kesedaran dan disusuli dengan gerak kerja yg padu dan dinamik.

Jika UMNO kuat dan padu maka keadaan ini akan memberi keyakinan dan kepercayaan kepada orang ramai, iaitu UMNO adalah pilihan yg terbaik dan,dalam keadaan sekarang dimana ahli-ahli parti Melayu yg lain didapati mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti mereka,sudah pastinya UMNOlah yg menjadi pilihan alternatif mereka.

Justeru itu,tumpuan perhatian dan tenaga kita sekarang ialah kepada usaha untuk membaik pulih dan memperkuatkan UMNO sebaik mungkin.Segala masalah dalaman UMNO perlulah diselesaikan segera.Gerak kerja untuk menyatu padukan dan menguatkan semangat semua ahli disemua peringkat hendaklah dilaksanakan sekerap mungkin.Itu sahaja cara dan jalan yg palig berkesan yg dapat dilakukan jika kita mahu melihat masa hadapan bangsa Melayu terjamin selamat,setidak-tidaknya dalam beberapa dekad mendatang ini.

Askar Tua