Followers

Wednesday, June 2, 2010

Lahirnya Tragedi

Ada sebab mengapa kita masih memerlukan ahli politik. Politik dalam bahasa Arab siasah. Jika segala boleh diatur oleh orang birokrat, kita tidak perlukan ahli politik. Ahli politik mungkin layman dalam bidang ekonomi, kewangan, teknologi dan sebagainya tetapi mereka diperlukan dalam menangani isu dan menangani persepsi. Oleh itu salah satu ciri-ciri ahli politik yang baik adalah kemahiran retorik dan propaganda.

Meletakkan tugas-tugasan politik kepada orang yang bukan ahlinya boleh menjerumuskan seseorang pemimpin kepada masalah. 'Makmal Idris Jala' yang cuba bertindak mengumpul pendapat awam tentang pengurangan subsidi sebenarnya boleh menjadi mala petaka kepada kerajaan BN. Ini boleh melahirkan sebuah tragedi. Dan dengan jujur lagi beliau mengakui beliau bukan ahli politik, jadi beliau hanya membentangkan fakta. Kebenaran selalunya pahit.
Alasan untuk memotong subsidi kerana bimbang Malaysia akan menjadi seperti Greek pada tahun 2019 bukan kenyataan yang bijak dari seorang ahli politik yang cekap. Saya bukan ahli ekonomi, tetapi saya merasakan Greek terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi bukan kerana subsidi, tetapi kerana salah urus pinjaman dan digunakan untuk tujuan yang tidak menjana ekonomi.
Sesebuah negara tidak akan bankrup kerana subsidi. Sesebuah negara akan bankrupt kerana salah urus dana awam. Kita sudah lihat beberapa fallacy dalam mengurus syarikat milik kerajaan. Sime Darby merupakan contoh yang paling terbaru. Di Jepun jika seseorang menjadi CEO sesebuah syarikat mereka akan bekerja seolah-olah syarikat keluarga mereka. Mereka tidak akan buat kerja sambil lewa dan membelanjakan dana awam seolah-olah dana awam itu 'no body business'.
Masalah salah urus dana awam dan GLC ini menular bukan sahaja korporat besar tetapi dalam syarikat milik kerajaan negeri. Saya tidak rasa ini ada kena mengena dengan tidak cekap pegawai Melayu, tetapi lebih banyak kerana kurang rasa patriotik dan cuba mengaut keuntungan peribadi. Mereka menganggap GLC ini seperti angsa bertelur emas yang memberi faedah peribadi kepada mereka. Di sini perlu ahli politik sebagai 'supervisor' mengawal GLC ini dengan lebih ketat.Tapi kadang-kadang ahli politik punca masalahnya juga. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Masalah yang kedua adalah campurtangan dari orang politik dalam keputusan profesional. Antara mengapa DEB mendapat kritikan bukan Melayu dan juga antara punca DEB gagal adalah kerana ini. Contohnya adalah Bank Bumiputera yang banyak memberi pinjaman kepada orang politik tidak memberi loan berdasarkan viability sesuatu projek tetapi kerana politik. Apabila seseorang tokoh besar gagal membayar loan ini, pinjamannya akan di 'write off'. Budaya 'write off' ini akhirnya menyembelih angsa bertelur emas dan orang Melayu terpaksa menjual institusi ini kepada bank yang lebih kecil. Ikan bilis yang menelan ikan jerung!

Kerajaan adalah seperti syarikat juga. Dalam dunia perniagaan semua korporat meminjam. Dalam istilah perniagaan adanya 'good debt' dan 'bad debt'. Soal apa dan ke mana kerajaan berbelanja dengan pinjaman itu yang akan membankrupkan kerajaan. Kerajaan tidak akan bankrup kerana subsidi tetapi kerana gagal menggunakan pinjaman untuk menjana ekonomi. Seperti businessman yang mempunyai duit sejuta, jika beli Ferrari duit itu akan tertanam dalam kereta berkenaan, jika beli ladang sawit akan menjana pendapatan bulanan.
Boleh dikatakan kebanyakkan negara memberi subsidi kepada rakyatnya. Amerika juga memberi subsidi kepada rakyatnya. British dan Ireland merupakan negara kebajikan. Jangan pula kita mengambil contoh Mymar dan Laos.
Jika kerajaan merasakan bebanan untuk menanggung subsidi ini, perlu dirangka mekanisme untuk menyampaikan subsidi kepada 'target group'. Membuat pengumuman yang menakut-nakutkan bukan tindakkan siasah yang baik. 
Lagipun subsidi itu duit cukai rakyat juga. Makin cekap kerajaan mengagihkan sumber wang negara adalah benchmark kerajaan yang baik. Jika tidak, akan lahirlah sebuah tragedi.



9 comments:

Anonymous said...

bgs nye..ulasan yg menarik. subsidi bkn faktor utama sesebuah kerajaan akan bankrupt. tp kerna salah urus dana yg d peruntukkan....

Mook said...

main-main dengan isu subsidi, kalau bukan pergi ke rakyat, nak pergi ke mane sume hasil kekayaan tu? jangan cuba tunjuk handal sangat.

Unknown said...

Salam sri tribuana..,

Pengumuman yg tak enak memang meresahkan rakyat. Namun dgn keadaan pemikiran masyarakat hari ini, rasanya kerajaan wajar berkata benar daripada hanya seronok menabur janji palsu seperti pembangkang.

Cuma dari segi salah urus tadbir wang negara, harapnya kerajaan BN kena serius dan minimumkan indeksnya. Rasanya NKRA yg DS Najib cetuskan itu pasti membantu menaikkan nilai terhadap urus tadbir kantung negara.

ariffaiman said...

Hapuskan subsidi satu alasan yg dungu dari menteri yg masuk kabinet melalui pintu belakang, Subsidi bukan penyebabnya.....ketirisan dan kebocoran mesti diatasi dulu sebelum nak hapuskan subsidi.

ariffaiman said...

Daripada hapus subsidi lebih baik potong separuh gaji menteri menteri,

one one no belen said...

Salam.Kegagalan ekonomi sesebuah negara adalah kerana adanya unsur unsur rasuah oleh pemimpin pemimpin negara tersebut.Ketidak telusan kewangan negara yang menyebabkan negara akan muflis.Nyahkan pemimpin pemimpin yang bangsat yang mengamalkan rasuah jika kita sygkan negara kita.

sri tribuana said...

Salam semua,

Subsidi masih penting. Kerajaan kena cari jalan mcm mana nk bantu rakyat. Disamping itu kurangkan ketirisan, rasuah dan salah tadbir dana awam. Kita tak mahu minta rakyat ikat perut, tapi pemimpin bermewah2 membelanjakan wang rakyat. Program sana sini yg membazir dan melampau perlu dikurangkan. Baru rakyat tak marah.

Wake UP! said...

Subsidi diberi pada semua rakyat. Tak adil kalau subsidi juga diberi kepada orang kaya terutamanya Cina yang menguasai ekonomi negara.

Sampai bila mahu bergantung kepada tongkat?

Apostate and tithe.

Anonymous said...

Salam STB,

Can you ask Najib and his Cabinet to start keep their office clean, tidy and empty....No need to wait for GE 13 lur.

Especially my old friend Idris Jala..

Sahabat Lama