Followers

Thursday, September 1, 2011

Komunisme.

Ideologi ini sepatutnya sudah berkubur. Entah macam mana di Malaysia, ada dungus yang menghidupkan semula ideologi yang sudah berkubur ini. Saya tidak tahu apa faedahnya terhadap pejuangan mereka. Pertama kita kena akui, masyarakat kita kebanyakkannya bukan masyarakat pembaca. Makin ramai golongan ini, makin mudah mereka terpedaya dengan sebarang dakyah, spin dan pembohongan.

Karl Marx merupakan nabi komunis. Pada asalnya tidak ada istilah komunis, cuma marxist - pengikut fahaman Marx. Marx menulis 'Das Kapital' namun ideanya kekal kaku tanpa Lenin. Lenin mengkaji buku-buku Karl Marx, lalu mencipta taktik bagaimana mencapai negara komunis yang pertama.

Lenin berjaya menumbangkan Tsar di Rusia. Beliau membangkitkan 'group feeling' atau assabiyah golongan proletariat untuk menentang kezaliman tsar. Mereka menanam kebencian terhadap pemerintahan tsar dan mengecam kemewahan golongan pemodal dan bangsawan. 

Sementara itu, di China, Mao telah memulakan gerakan komunis. Selepas Revolusi 1911, Dr. Sun Yun Set telah menggulingkan kerajaan Manchu dan menubuhkan Kuomintang. Kuomintang merupakan parti kebangsaan China. 

Ketika Mao cuba mengkomuniskan China, Kuomintang dipimpin oleh Chiang Kai Shek. CKS merupakan musuh abadi Mao. Seperti biasa taktik komunis, mereka akan propaganda kerajaan rasuah, mewujudkan rasa tidak percaya pada semua institusi kerajaan, menghasut rakyat untuk memulakan revolusi mengguling kerajaan yang ada. Semua kononnya atas nama rakyat marhein.

Setelah Rusia menjadi komunis, dan juga  China, mereka menubuhkan Commitern atau  Communist International. Ini bertujuan untuk membantu mana-mana parti komunis negara lain bagi menjatuhkan
kerajaan kapitalist. 

Selepas Perang Dunia Kedua, Rusia dan China tidak sehaluan dalam mentafsirkan ideologi komunis. China tidak setuju cara Stalin, pengganti Lenin lalu membuat mazhabnya sendiri. Secara semulajadi, China akan membantu gerakan komunis di Asia termasuk Vietnam dan Malaya. Sementara Rusia mendapat wilayah seperti Jerman Timur, Poland, Romania, Hungry, Chekoslavakia, kebanyakkan negara Balkan, Armenia, Georgia, Kazastan, Uzbekistan dan Azabaijan yang dinamakan Soviet Union, China mempunyai pengaruh politiknya di Korea, Vietnam, Thailand, Malaya dan Indonesia.

PKM di Malaya, seperti ditempat lain menggunakan kekerasan dan kekejaman dalam mencapai tujuan mereka. Kedengaran kononnya PKM pejuang kemerdekaan yang sebenar kerana mereka menentang British dan Jepun. 

PKM tetap bergerak dibawah agenda besar  Commitern, bukan bersendirian dalam menentu hala tuju komunis di Malaya. China membekal senjata dan wang kepada PKM. Namun blogger Outsyed the Box mempunyak teori yang nenarik. Menurutnya, Ketua PKM yang asal merupakan ejen British. Ketika itu, Chin Peng merupakan budak suruhannya.

Teorinya mudah. Selepas Perang Dunia Kedua, British hampir bangkrap. Beberapa negara bawah jajahan British seperti Mesir, Arab, India dan juga Malaya menuntut kemerdekaan. British masih memerlukan mereka, terutama Malaya kerana sumber getah, timah dan emasnya. British tidak rela melepaskan Malaya lalu mereka planted agent British dalam Parti Komunis.

PKM telah wujud pada tahun 1930. Tujuannya untuk menjadikan Malaya republik bebas dari negara kolonial seperti British. Pembangkang mendakwa PKM merupakan pejuang kemerdekaan yang tulin kerana menentang Jepun. PKM menubuhkan MPAJA atau Malayan People's Anti-Japaness Army. Mereka lupa ketika ini, MPAJA bekerjasama dengan British yang telah lari meninggalkan Malaya semasa serangan Jepun. Dalam menentang Jepun, MPAJA juga bertuankan British, dan China dan Rusia.

Ketika itu komunis bersekutu dengan British dan Amerika menentang fasis iaitu Jepun, Itali dan German. Ini bermakna, PKM bukan kuasa bebas yang kononnya datang dari penduduk Malaya atas kesedaran menentang penjajah.

Sejak awal parti itu berniat untuk mengkomuniskan Tanah Melayu. Mereka di bantu oleh China dan Rusia dalam usaha komunis menubuhkan Commitern. PKM berkuasa selama 14 hari dan banyak melakukan kekejaman. Mereka membunuh sesiapa saja yang tidak setuju dengan ideologi mereka. Amalan ini bukan hanya di Malaya, di Rusia mereka membunuh kulaks, atau tuan tanah dan merampas harta mereka untuk dimiliknegarakan. Begitu juga di China.

Kekejaman komunis ini selama 14 hari menyebabkan penduduk Malaya yang tidak setuju dengan komunis gembira apabila British datang kali kedua. Birtish mengembalikan 'law and order'. Benar British masih mempunyai kepentingan di Tanah Melayu seperti yang saya katakan tetapi dengan polis dan askar mereka berjaya menghalang kekejaman komunis yang membunuh orang yang tidak berdosa.

Jika dungus dalam.pembangkang berhujah cetek tentang sejarah telah diputarbelitkan, sejak dari awal PKM tidak ingin memerdekakan Malaya  dari sesiapa. PKM hanya ingin mengkomuniskan Tanah Melayu seperti halnya China dan Rusia. Jika PKM yang berkuasa, ini bererti kaum Cina yang menguasai Tanah Melayu, disokong oleh China. Melayu dalam PKM hanya picisan. Ini adalah penjajahan bentuk baru - berselindung disebalik kesamarataan komunisme yang ternyata gagal. Komunisme hanya mampu bertahan hingga tahun 1989 sahaja.

Menjelang BERSIH 2.0, apabila polis menemui beberapa elemen komunisme, ramai yang meragui masih wujud ancaman komunisme. China secara politiknya masih komunisme, masih diperintah oleh politburo. Dari segi ekonomi saja China mengamalkan ekonomi ditentukan pasaran. Ini juga sebenarnya punca perpisahan antara Rusia yang jumud, ingin ekonomi  dan politik berdasarkan komunisme. China memilih jalan pragmatik - secara politik mereka komunis, secara ekonomi, mereka mengamalkan pasaran bebas.

Reformasi. Lepas itu politik jalanan. Kemudian revolusi. Anwar sudah mula bercakap tentang revolusi. Sudah ada usaha-usaha memburuk-burukkan Bapa-bapa Kemerdekaan. 

Saya tidak tahu apa yang berjaya mereka capai dengan menilai semula sejarah dari kacamata mereka. Mereka katakan DEB sudah ketinggalan namun mereka masih bertengkar soal mengapa British memberi kemerdekaan kepada UMNO? Kononnya Tunku talibarut UMNO. Kemerdekaan perlu diperjuangkan dengan angkatan senjata bukan rundingan dan sebagainya.

Selama 54 tahun peristiwa itu berlalu, bagaimana kita ingin mengubahnya kembali? Setelah 54 tahun Malaysia menjadi sebuah negara dan bermacam-macam pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara ingin dipadamkan kerana ada seorang berdua tidak puas hati nama moyang mereka tidak ada dalam sejarah. 

Kita bagaikan mengadili Syadina Umar yang pernah membunuh anak perempuannya ketika zaman jahiliyah. Setelah Umar menjadi Khalifah yang teragung dalam sejarah Islam, masih ada yang ingin membangkit kesalahan Umar sebelum beliau Islam.

Saya tidak kata UMNO bersalah. Tidak salah mencapai kemerdekaan tanpa mengorbankan darah anak bangsa. Cuma pembangkang yang tak habis-habis berhujah perkara silam menampakkan kedangkalan mentaliti mereka.

Dalam filem 'Random Heart' lakonan Harisson Ford, beliau sangat sedih apabila mengetahui isterinya mengadakan hubungan sulit dengan suami seorang calon senator. Beliau mengetahuinya setelah isteri dan suami calon senator berkenaan mati dalam nahas kapalterbang. Calon senator itu lebih pragmatik, tidak terbawa-bawa dengan emosinya menasihati Harisson Ford supaya jangan terlalu memikirkan lagi soal itu.

"They both dead, we can't get a divorce." Katanya.

Onn Jaafar, Tunku, Tun Razak dan beberapa Bapa-bapa kemerdekaan sudah meninggal dunia. Mereka bukan lawan kamu lagi. Move on.

2 comments:

Anonymous said...

http://samakita.blogspot.com/
Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan

Dot said...

sejarah yg cuba dipesongkan oleh mrk yg buta sejarah..

MasyaAllah, menangis arwah toknenek kita yg dizalimi komunis jika mrk masih hidup...

mengapa mat syabu ni mabuk ayaq ketum ka? takkanla dapat duit upah guaneng dia boleh u-turn sampai mcm tu skali?

kalau iyapun nak bela mat indera kononnya banyak ilmu agama( boleh plak berkolaborasi dgn komunis?), takkan sampai tergamak nak dewa2kan komunis? malangnya arwah2 pulis2 & keluarga mrk yg terkorban menjaga benteng negara...

cht! isk! isy! pathetic pas leader!