Followers

Friday, September 9, 2011

Akibat Gagal Mendengar.

Baru dua hari lepas posting saya tentang 'audi'. Ianya bukan hanya berkenaan kereta Audi, tetapi berkenaan bahana gagal mendengar suara rakyat. Hari ini, dalam facebook saya terbaca suara-suara anak muda yang mengamuk sakan mengutuk kerajaan kerana mengenakan cukai 6% kepada top up pre-paid.

Mungkin mereka pengundi, dan dengan aliran sebegini, kita boleh tebak ke mana undi mereka akan laburkan. Tidak sesuai masa ini untuk naikkan apa-apa yang membebankan rakyat.

Pembangkang bagi bola tanggung, kerajaan bagi bola tanggung balik. 

Seperti kata Tun Dr. Mahathir, ahli politik yang baik adalah yang mempunyai 'good sense of timing.' Malang buat saya, terbaca nasihatnya setelah saya bertanding di bahagian saya ketika masa yang tak sesuai. Dari pengalaman peribadi, saya tahu nasihat Tun itu benar.

Bagaimana dengan ahli-ahli kabinet yang kebanyakkan mereka sudah menteri di zaman Tun. Tidak ada langsung kebijaksanaan dari beliau ketika beliau PM untuk dipelajari? A wise man learn a lot from his enemy, let alone his mentor.

Oh saya lupa, Melayu mudah lupa.

6 comments:

Jeepers Creepers said...

sayapun terkejut juga bila top up prepaid dicaj 6%. memang tak masuk akal benda ni.

Kerajaan mansuhkan cukai telefon yang diimport tetapi kenakan caj 6% perkhidmatan untuk prepaid.

sedangkan masyarakat bukannya selalu membeli telefon sedangkan prepaid boleh katakan ditambah setiap hari.

golongan muda tidak akan peduli jasa Kerajaan sebelum ini tidak seperti golongan terdahulu. bagi golongan muda, sekali mereka terkena macam ni, memang habislah undi Kerajaan.

sri tribuana said...

suara rakyat tersekat dipagar2 Susk, PA, setpol dan pegawai khas. Kita bukan pembangkang tapi undi kiga berdua saja tak dpt membantu. Undi2 pembeli top up prepaid yg kebanyakkan anak2 muda tu yg membantu sbb mereka ramai.

Anonymous said...

Aku Hensem

Apa nie Najib
Kerajaan takde duit dh ke?

Sampai nk pau duit rakyat

hehehehe

Kutukandewata said...

Salam,
Belum selesai masalah bil astro timbul pulok masalah ni.kerja menyusahkan rakyat memang kerja dia orang.
Dah lah tidak bertindak terhadap penganjur bersih,tambah pulak beban ke atas rakyat.
Tanda awal nak jatuhlah tu.Agaknya nak merasa jadi pembangkang pulok la tu.Tak gitu tuan blogger?

chenerong ular said...

kena ingat, ngapa kerajaan diam jer selepas mengatakan bahawa ASTRO tidak di benarkan menaikkan bayaran bulan tv berbayar, bukan sahaja yuran bulanan di naikkan malahan cukai kerajaan di kenakan dalam lingkongan rm7 ringgit. lepas kuat kenyataan rais terus senyap, kenaikan di teruskan juga, kerajaan dah tiada kuasa atau memang nak cari duit gamoknya. tak faham lah dalam keadaan ekonomi kelam kabut,ditambah dengan berbagai isu kecik dan besar yang di lakukan oleh pehak kerajaan juga saudara mara dan orang sekelilingnya kita maseh nampak kerajaan berbelanja mcamm biasa jer banyak benda yang tak patut di buat di buat, ingat ini rakyat tak pandang ke?, tak faham lah kawaeh,langsung tiada rasa keinsafaan?, angin perubahan 2008 langsung tak memberi kesan pada mereka mereka yang sekarang ini di buai oleh kuasa yang baru di perolehi, mereka harus sedar kuasa yang ada pada anak anak muda?. MUNGKIN KUASA TIDAK TERLETEK 100% DI TANGAN PM KOT?

Anonymous said...

Rasa2nya both post & prepaid memang dah lama kena service tax (previously 5% & now 6%).

The difference was post-paid charge customers direct but prepaid the telcos konon2nya "absorb" the tax.. but they recover via high voice, SMS, MMS etc charges compared to post-paid charge.

The problem now is due to competition, the voice, SMS, MMS etc charges are getting cheaper thus the need for the telcos to "recover" the tax directly from the customers.

Telcos memang cekik darah.. prepaid users have been paying thru their nose for so many years. Not to mention giving the telcos free cash advance (pay first use later).

I think you prepaid people shd either just change to postpaid lah OR talk less on the phone so that no need to top up so much.