DAP memusatkan kuasa pada Setiausaha Agungnya. Seperti komunis, kuasa politburo atau political biro terletak pada Setiausaha Agung parti, bukan Presiden. Stalin adalah Setiausaha Agung parti dan menjadi orang nombor satu dalam empayar Soviet.
PAS pula cuba meniru cara Iran dengan Dewan Ulama sebagai entiti politik yang berpengaruh. Walaupun mereka mempunyai Presiden namun 'spiritual leader' atau Mursyidul Am adalah individu yang berpengaruh. Iran menamakan 'spiritual leader' mereka sebagai Ayatollah.
Kedua-dua format jawatan kedua parti berkenaan tidak direka untuk demokrasi. Semua orang tahu politburo adalah segalanya tapi tidak demokratik. Justeru itu Lim Kit Siang boleh menjadi de facto leader dalam DAP selama mungkin, selagi beliau tidak meletakkan jawatannya.
Begitu juga dengan Mursyidul Am. Selagi mursyidul am sendiri tidak berniat untuk mengundurkan diri, selagi itu beliau akan terus menjawat jawatan berkenaan. Pertembungan atau gabungan dua format jawatan dari PR ini melahirkan sesuatu yang tidak demokratik dalam menangani isu-isu yang sepatutnya rakyat.patut tahu permuafakatan mereka. Atau perbezaan pendapat mereka.
Ini hasilnya:
GAG ORDER!
3 comments:
Itulah sebenarnya, politik dipersada negara.Negara Malaysia, sebenarnya begitu liberal dalam demokrasinya.
Inilah yang di istilahkan sebagai the next phase of liberalism. Satu titik persimpangan pemikiran baru dalam menuntut kebebasan berfikir dan ber-ideologi yang akan membawa negara ke-ambang yang sangat tragis jika tidak dibendung. Lebih tragis lagi kerana negara dihuni raayat berbilang kaum.
Disini istilah "strenght thru diversity" tidak terpakai. Malaysia bukan Switzerland dimana hampir 100% penduduk bukan Islam.
Cabaran yang kita hadapi, kerana adanya kelompok bangsa melayu yang telah terpedaya dengan momokan "sosialist" "liberatarian" "shite'ism" juga janaan pemikiran human rights yang keterlaluan.
PAS jauh tersasar dari tujuan utamanya. DAP sudah berjaya memesongkan pemikiran orang melayu, yang ada jiwa "kiri" sosialist.Lebih parah lagi, fahaman assobiyah DAP lebih tebal dari PAS yang celaru dengan tafsiran assobiyahnya.
Berpecahnya orang melayu nyata dengan terpedaya mereka dengan ideologi tersasar yang jauh dari kehendak Islam itu sendiri. PKR ibarat melukut tepi gantang, yang dipenuhi mereka cari makan dengan berpolitik.Umno harus sedar akan peranan utamanya,sebagai wadah perjuangan agama, bangsa dan pembela anak watan dan bersusaha membersihkan dan muhasabah akan kedudukannya dikalangan orang Islam.
demokrasi cara pas yang buta
de facto leader pkr = nwar
de fakto leader dap = lks
de facto leader pas = n.azis
de facto leader mana yg paling berkuasa pada masa ini?
adakah kedudukan ini wujud dlm umno? mca? mic? jawapannya tidak krn parti komponen BN ini bukannya parti anak beranak @ paktan haram!
apapun, rakyat perlu bangkit segera krn pas opportunist dlm segala keadaan terutamanya dlm mempengaruhi minda melayu kampung yg masih lagi gagal keluar dari kepompong usang mrk. ramai yg melopong mendengar, mendengar & terus mendengar ceramah2 yg berdegar2 dari penceramah2 opportunist pas yg memang mencari makan dgn berceramah semata!
mrk yg totok ini tidak pandai membaca & kalau ada yg membaca pun hanya akan membaca akhbar parti mrk semata2 tanpa mahu membuat perbandingan sedikitpun utk mencabar minda totok mrk...kesian krn akhirnya mrk terus mendokong kepimpinan yg pandai memanipulasi minda mrk shj...
yg pasti, mrk tidak pernah mahu bertanya kpd penceramah "betulkah berita ini, ustaz?". mana sumber yg penceramah dapat, tidak pernah dipersolakan melainkan mrk percaya bulat2 berdasarkan dengar kata & diyakinkan penceramah benar semuanya!
kesian...
Post a Comment