Followers

Monday, September 26, 2011

Hudud Datang Lagi!

Ini wajah PAS ketika memegang kuasa.

Dengarkan pengakuan Nizar Jamaludin. Ketika ini Nizar sebagai MB menjaga kepentingan politik PAS. DAP tak suka hudud, maka tiada hudud dalam perlembagaan Islam kerana kerajaan Perak dizaman PR memerintah tertegak kerana majoriti DAP. 

Jawapan politik, bukan?




Dalam Muktamar PAS yang terbaru PAS setuju untuk mengugurkan 'Negara Islam' dan hudud, digantikan dengan negara kebajikan. Maka nas dan dalil dicari untuk mewajarkan tindakan mereka. Mereka sendiri mengatakan 'negara Islam' dan 'hudud' tidak ada dalam Islam. 

Kerosakan yang dibuat oleh Mat Syabu menyebabkan undi Melayu kembali menolak PAS. Sesuatu perlu dilakukan. Sesuatu itu sudah tentu bukan pembaharuan ekonomi kerana mereka tidak cukup pemikir untuk itu. Terlalu banyak ustaz-ustaz dalam PAS dari ahli ekonomi, jadi mereka kembali ke first love mereka iaitu hudud. Dalam bab ini, mereka merasakan mereka lebih layak bercakap dan berdebat.

Ramai yang percaya kononnya isu hudud akan memecahkan pakatan antara DAP dengan PAS. Saya tidak berasa demikian. DAP, PKR dan PAS membenci UMNO lebih dari segala. Mereka akan korbankan kepentingan masing-masing demi menjatuhkan UMNO. Jadi strategist UMNO jangan berasa seronok sangat. Ini hanya lakunan.

Adalah selamat jika kedua-dua pakar strategi - UMNO dan PR - memberi undi kaum Cina sebanyak 80% kepada PR. Hanya tinggal 20% masih bersama MCA dan Barisan. Tindakan terbaru PAS ini bagi memancing semula undi Melayu menyokong PAS yang kononnya fundamentalist Islam. DAP sudah faham kerana di Perak terang-terangan PAS mengaku "negara Islam dan hudud tidak ada dalam perlembagaan PAS". 

Polemik terbaru PAS ini hanya ingin membuktikan kepada undi Melayu bahawa DAP bukan tuan mereka, kononnya PAS itu parti mempunyai pendirian. Saya masih percaya jika PAS bertanding, undi Cina tetap pergi ke PAS walaupun mereka cuba menjuarai isu hudud ini.

PAS hanya ingin melihat UMNO nampak tidak Islamik jika tidak menyokong hudud mereka. Saya setuju pandangan Datuk Zaid Ibrahim, hudud adalah undang-undang jenayah. Hudud bukan undang-undang sivil yang melibatkan soal nikah kahwin, cerai dan faraid. Undang-undang jenayah adalah seragam mengikut Persekutuan. Undang-undang jenayah juga tidak boleh berbeza-beza dari satu negeri dengan satu negeri yang lain, apa lagi berbeza mengikut pegangan agama.

Undang-undang jenayah hudud jika ingin dilaksanakan mesti melibatkan kaum lain. Sebagai undang-undang jenayah, hukuman mesti sama antara orang beragama Islam dengan Hindu, Buddha dan Kristian. Orang Islam tidak boleh mempunyai undang-undang jenayah mereka sendiri.

Orang PAS tahu itu. Jika mereka mengatakan undang-undang hudud hanya untuk orang Islam, ini kerana mereka tidak mahu hilang undi orang Cina. Rasulullah tidak menegakkan Islam dengan demokrasi.

PAS hanya menyediakan candu untuk mengkhayalkan orang-orang Melayu yang merasakan sangat penting melaksanakan hudud untuk diterima sebagai fundamentalist. Lepas PRU jika PR berkuasa, wajah sebenar PAS sebagai haiwan politik akan berubah seperti yang ditunjukkan oleh Nizar Jamaludin dalam you tube di atas.

Itu saja.


4 comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pandangan YB. Memang LAKUNAN sahaja. Konon2 Karpal kutuk Nik Aziz vice versa... walhal ini strategi mereka untuk dapat undi Melayu yg dah lari balik ke BN.

Bodohlah Melayu yg support PAS.. PAS will never be the leader in PR. The minute PR took over Putrajaya, DAP will control PR. Melayu is simply TOO WEAK in PR.

Mat Debu said...

Orang melayu islam umno mesti menyokong Hukum PAS. Ini satu cara menunjukkan melayu umno mahu bersatu sesama melayu.Umno perlu menunjukan dia mahu bersatu.

Isu hudud dibangkit oleh PAS ... mengapa MCA mengertak UMNO. Umno memberi jumpa yang se olah-olah takut MCA keluar BN.

Anonymous said...

Bro, apa kecoh2 hudud ni, habis pru nanti tak de lagi lah tu. Diam je, biarlah tuan guru ugama nik aziz tu nak cakap apa pun. Tuhan dia kan dah cakap, kalu nak buat gak hudud, tuhan nik aziz akan halau kuar dari syurga gerombolan pembangkang.

Anonymous said...

Hukum Hudud ni mmg perlu dilaksanakan apabila kajian perlaksanaannya telah dibuat dgn terperinci.Ini bukan soalnya sapa menolak hukum ini. Adakah PAS telah bersedia dengan perlaksanaannya, jgn hanya bercakap nak laksanakan saja...itu semua orang boleh bercakap.
Kaedah pelaksanaannya bagaimana? Bukan boleh semudah air liur yg keluar dari mulut je, kena le fahamkan bangsa lain agar mereka terima hukum ini.
Janganlah hanya nak dapatkan undi saja keluarlah hukum ini, tp kaedah pelaksanaan tiada....