Audi merupakan bahasa latin. Makna 'audi' adalah mendengar. Audio dalam bahasa Inggeris datangnya dari akar kata audi juga. Seperti maxim perundangan, "Audi alterem partem" atau "tiada siapa boleh dihukum tanpa didengari".
Seorang jurutera Mercedez bernama Horch membuat keputusan untuk membuka kilang keretanya sendiri. Kemudian beliau bergaduh dengan pekerjanya, lalu beliau ingin membuka syarikat lain dengan menggunakan nama yang sama. Mahkamah German memutuskan, nama Horch itu milik syarikat dan syarikat sebagai 'artificial person' dianggap individu. Horch tidak boleh mengguna nama itu.
Horch dalam German juga bermakna 'listen'. Anak Horsch yang belajar bahasa latin mencadangkan nama Audi kepada bapanya. Ingin mengekalkan namanya, bukan dalam German tetapi dalam latin, Horch mengambil nama Audi sebagai nama baru syarikatnya.
Maka lahirlah Audi, yang kemudian bergabung dengan 3 lagi pembuat kereta terkenal termasuk bekas syarikatnya: Horch, Wanderer dan DKW lalu membentuk Auto Union bagi menyaingi Mercedez yang mendapat patronage Hitler. Ini sebab lambang Audi adalah empat relung.
Dalam perkara yang lain, Tun Dr Mahathir pernah berkata, antara rahsia kejayaan politik beliau adalah mendengar. Tun berkata selalunya dalam perbualan dan perbincangan beliau lebih banyak mendengar dari bercakap. Dengan adanya habit ini, beliau boleh mendapat banyak maklumat dan gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara.
Apabila Datuk Seri Najib mula-mula menjadi PM, dalan ucapan pertama beliau adalah: "the era of government knows best is over". Secara tidak langsung, PM membayangkan kabinetnya sepatutnya lebih banyak mendengar dari bercakap. Dengan lebih banyak - dan bersedia - mendengar dari bercakap pentadbiran PM akan lebih sensitif terhadap aspirasi rakyat.
Malangnya, mengenali orang politik, mereka lebih suka bercakap dari mendengar. Saya menemui ahli politik bertaraf ADUN yang tidak boleh berhenti bercakap. Malah beliau bagaikan tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar. Mungkin ini antara sebab kita makin tidak memahami pengundi kita.
BlackBerry telah mengeluarkan Bold 9930 atau Bold 4. Saya mempunyai seorang sepupu peminat tegar Bold dan masih menggunakan Bold 1 walaupun sebelum Bold 4 terkini adalah Bold 3. Beliau menyatakan beliau akan membeli Bold 4 kerana kesamaan dari segi size dan keypad dengan Bold 1. Saya complaint Bold 4 lebih besar dari Bold 2 dan 3, juga model itu kembali ke belakang iaitu improvised Bold 1 sahaja.
Menurutnya, Blackberry improvise Bold 1 kerana permintaan peminat. Masih ramai peminat Bold 1 mahu Blackberry mencipta model retro dengan software yang lebih canggih. Maka terciptalah Bold 4 yang size dan bentuk menyamai Bold 1. Blackberry mendengar kehendak pelanggan dan mencipta mengikut permintaan mereka.
'Audi' atau mendengar mungkin senjata baru dalam perkembangan perang korporat. Juga rahsia kejayaan mereka untuk terus relevan dalam pasaran. Jika korporat boleh, mengapa ahli politik Malaysia tidak boleh?
Rahsianya hanya 'audi' atau listen. Senang bukan?
4 comments:
"Malangnya, mengenali orang politik, mereka lebih suka bercakap dari mendengar. Saya menemui ahli politik bertaraf ADUN yang tidak boleh berhenti bercakap. Malah beliau bagaikan tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar. Mungkin ini antara sebab kita makin tidak memahami pengundi kita."
STB, Satu cara untuk tunjuk kita pandai ialah banyak bercakap. Bila bercakap banyak sudut pandangan di katakan, termasuk lah fakta, bobok, geromal, pedooh. itu semua melindungi ketidakpandaian nya. Aok macam kata kepada dompok aje. Mata manusia menilai RM dan harta, orang ingin tarik orang guna banyak bercakap dan RM.
Tak senang YB. A LOT of people only like to LISTEN to their OWN voice ;p
Shahrir,
minta link blog aku.
http://kutukandewata.blogspot.com
"audi" and take action... action will lead to reaction... positive action will bring positive reaction..
ssa 85-89..
Post a Comment