Jika Superman tidak datang ke bumi, dan masih menetap di Planet Krypton, adakah dia dianggap sebagai manusia super di planetnya?
Di Krypton, semua penghuninya mempunyai kuasa yang sama, semua penghuninya boleh terbang. Kar El, nama Clark Kent di Krypton hanya manusia biasa di sana. Dia diagung-agungkan dibumi kerana dibumi hanya dia yang boleh terbang dan mempunyai kekuatan luar biasa. Justeru itu dia dipanggil Superman.
Bukan satu kebetulan, pemimpin yang agung dalam sejarah bukan datang dari tempat berkenaan. Hitler merupakan orang Austria dan bukan orang German. Joseph Stalin merupakan orang Georgia dan bukan asal orang Rusia. Napoleon Bonaparte orang Corsica dan bukan orang Perancis. Malah, diwaktu mudanya, Napoleon lebih menganggap dirinya sebagai patriot Corsica dari seorang warganegara Perancis. Rasulullah S.A.W sendiri lebih diterima oleh orang Madinah dari orang Quraish Mekah pada peringkat awal kerasulan baginda.
Orang luar akan nampak lebih jelas permasalahan kaum yang bukan kaumnya. Mereka lebih cepat menghidu dan merasai denyutnya kerana mereka secara emosi dan sentimentnya detach. Detachment ini menjadikan mereka clinical dan boleh membuat pertimbangan lebih rasional dan objektif. Mungkin ini rahsia kejayaan orang luar.
Ramai yang memperolok-olokkan Tun Mahathur kerana kononnya beliau bukan Melayu tulen kerana bapanya Pakistan dan hanya ibunya Melayu. Namun Tun lebih memahami psikologi orang Melayu lebih dari orang yang mengaku Melayu tulen.
Mungkin satu masa nanti pemimpin agung Malaysia bukan datangnya dari orang Melayu langsung, maksud saya tidak beragama Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mengamalkan adat resam Melayu.
Sekadar sergahan minda supaya Melayu jangan tidur terlalu lena.
2 comments:
begitu ye.
STB,
ada cina klantan yg lebih melayu dari orang melayu, cakap melayu kelantan lebih pekat dari melayu bandar kota bharu & makan budu petai mengalahkan melayu klantan yg ada geli dgn budu sbb takut jerawat naik!
kalau ada antara mrk ni jadi PM di masa depan, kalah orang melayu yg menjaga melayu sbb sudah ada gurubesar cina yg merotan pelajar melayu yg tuang solat & kelas kafa!! ha! ha!
*pun sekadar selingan...
Post a Comment