Followers

Friday, September 16, 2011

Tiada Lagi ISA - Siapa Untung?

Menjelang sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan, Malaysia ternanti-nanti pengumuman yang 'gempak' dari PM. Tepat 8.45 malam,.PM memulakan ucapannya. 

Tak perlu saya ulangi ucapan beliau. Segala preamble, segala bunga bahasa dan segala retorik berkisar hanya pada satu perkara: tidak ada lagi ISA. TIDAK ADA. Bukan digubal, bukan diubah atau bukan dipinda. Di HAPUSkan. HALAS. FINISH.

Selama ini keamanan Malaysia dijaga oleh ISA. Memang ia mencemar beberapa hak individu seperti penahanan tanpa bicara, namun 'desperate time, desperate measure'. Sebenarnya, tidak ada apa yang salah pada ISA kerana tujuan asal mengekang unsur-unsur subversif dan komunisme. Kesalahan, seperti halnya yang lain adalah pelaksanaan - apabila Menteri Dalam Negeri menggunakan kuasa ini untuk tujuan politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan asal akta berkenaan.

Aneh apabila jaguh demokrasi dan hak asasi manusia seperti Amerika memperkenalkan Patriot Act setelah 9/11, Malaysia pula memansuhkan ISAnya. Patriot Act juga mencemar hak asasi manusia, dan saya yakin ada antara tahanan di Guatanamo yang tidak bersalah, dan disiksa.

Aneh apabila jaguh menentang ISA seperti DAP adalah penyanjung Singapura, manakala Singapura pula penyanjung Amerika. Singapura juga memperkenalkan Patriot Act mereka, dan selama ini lebih tidak liberal dan lebih tidak demokratik berbanding Malaysia.

PKR, DAP dan PAS adalah pembangkang. Mereka akan hanya bangkang. Mereka tidak benar-benar minat melihat hasil bangkangan mereka kerana bagi mereka, apa sahaja yang berbentuk kerajaan adalah salah. Namun mereka sudah mula mengaku penghapusan ISA ini adalah hasil jerih dan penat lelah mereka berdemo. Mereka mendapat kredit, PM dikecilkan peranan sebagai pembuat 'perutusan sahaja.'

Dan saya percaya jika PR memerintah, mereka akan cari jalan untuk menghidupkan semula akta sedemikian walaupun atas nama dan bentuk yang berlainan. Liberalisasi hanya 'political ploy' sahaja. Lagipun, DAP adalah pemuja PAP, dan PAP mentadbir Singapura dengan cara kuku besi.


"When you in power, make yourself powerful, otherwise, you are bloody FOOL."

Menurut PM, ada akta baru akan diperkenalkan. Akan bererti 'bakal'. 'Bakal' bererti 'cadangan'. 'Cadangan' bererti akan dibahaskan. Dan PR yang memiliki suara yang ramai tidak akan mendiamkan diri untuk menyuntik pengaruh mereka dalam akta yang bakal digubal bagi menguntungkan mereka. Ya, menguntungkan MEREKA kerana parti hanya memikirkan keuntungan politik, untuk menarik sokongan rakyat.

Kita harap PM dan MP BN tidak flip flop dalam perbahasan nanti.

PR juga sudah menyediakan list permintaan yang panjang untuk dihapuskan dan sudah tentu atas nama 'rakyat'.(Komunis cukup suka 'in the name of the peoples of so and so').

Mari kita lihat PM mampu melayani mereka satu per satu atau tidak. PM terakhir sebelum Datuk Seri Najib cuba bersungguh-sungguh untuk kelihatan toleran dan liberal, hanya mendapati beliau masih tidak dapat memuaskan hati rakyat dan diminta turun. Partinya gagal membentuk 2/3, dan beliau hilang kuasa.

SPRM yang dibentuk oleh beliau, yang menyerahkan kuasa PM semasa BPR dan diletak dibawah Parlimen masih boleh dikecam oleh PR seperti halnya kes Teoh Beng Hock. Dan PR terus mendapat sokongan sesetengah pihak yang naive, disebalik niat murni Tun Abdullah, ianya masih tidak menguntungkan BN.

Mari kita lihat adakah ISA akan mengalami nasib yang sama.

Rakyat ingin lihat reformasi ekonomi yang mana kesan segala pengumuman masih tidak dirasai oleh peniaga tepi jalan, kontraktor kelas F, petani, orang kampung dan pegawai kerajaan. Jika ini berjaya, ISA kekal atau tidak, BN akan menang majoriti yang besar.

Nothing else matter.




9 comments:

Anonymous said...

rilex la bro.. PM mesti dah fikir dulu sebelum buat perkara ni.. jangan la emo sangat..

BaitiBadarudin said...

Salam STB, saya setuju 100% dengan hujah ttg Patriot Act, pentadbiran 'kuku besi' LKY/PAP dan 'wayang Cina' DAP/PR yg menindas atas nama anti-terrorisme, pembangunan ekonomi dan hak asasi manusia.
Semoga Allah melindungi kita daripada tersilap langkah dan terjebak dalam permainan politik mereka yang bijak dan petah menipu daya.

sri tribuana said...

Salam semua,

Tbanks BB.

Saudara anon 8:31,

mengapa saya perlu emo kerana bukan kepentingan saya yg terancam. Bagi saya siapa jadi kerajaan saya tetap mcm, saya tak untung dan saya tak rugi. Indifferent. Org yg paling terancam adalah org yg memegang jawatan samada menteri, timbalan menteri atau YB2.

Tentang PM tentu dh fikir dulu, sebelum ini kita percaya Pak Lah juga begitu, lagipun tegur pemimpin tak salah. Saya bukan penyokong yang membawa rebah.

Anonymous said...

Pandai aja komen tentant Patriot Act tuan tuan dah baca ke Patriot Act tu. Saja bertanya aja. Kalau belum baca, baca la dulu baru. Tak rugi dengan ilmu tambahan.

sri tribuana said...

Kalau dh baca share la kat sini. Saya sebut kerana dunia mengamalkan double standard, kalau negara Amerika suka dia org tak kisah negara tu liberal ke tak, kalau dia tak suka mcm2 la dia suruh buat. Sbb tu Tun Mahathir suka lwn dia org ni. Kita corak la negara ikut acuan sendiri.

Mohd said...

Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
Inilah akibatnya apabila Bajib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
Nauzubillah ........

Anonymous said...

Bagus jugak Najib mansuhkan.. Lepasni if ada anasir jahat yg bersenjata polis & tentera akan handle.

Anasir jahat politicians yg tak sudah2 menabur fitnah pulak, kita handle via civil court. Kita sue dia sampai bankrupt.

Lagipun tangkap politicians or media people (ingat lagi masa Tun Dollah?) under ISA buat Govt tak popularlah.. Furthermore Menteri Amaran skrgni tak berani pun nak guna ISA anyway SO better abolish. Kita gubal law yg lagi clear with more harsh punishment for the offenders.

Anonymous said...

peneroka yang UNTUNG ?, ISA di hapuskan?

Anonymous said...

Bukan DAP yg bijak tapi UMNO yg bangang, dah perintah lebih 50 thn tapi kedudukan Melayu terus hancus kerana UMNO asyik mementingkan MCA,MIC dan Gerakan.
Dpd kaum yg sepatutnya mendominasi Melayu akan jadi kaum yg didominasi.
Di Singapura yg majoriti Cina tak de pun kaum Singaporean...di Malaysia DAP nak Malaysian.....
Kalau Melayu nak selamat kita perlu mengikut cara yahudi mempertahankan hak mereka di Israel......dan kaum Cina yg mendominasi Singapura.....
Kalau Najib tak berani carilah pemimpin lain yg berani.