Pertama saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibu saya sendiri, Wan Sauja Ratna bte Wan Muhamad. Sudah tentu, mak bukan pembaca blog ini. Saya sangat yakin walau satu posting pun dari blog ini tidak pernah dibacanya.
Mak saya bekas guru sekolah dewasa. Kini beliau sendiri buta IT. Sudah lewat bagi saya untuk educate beliau mempelajari IT. Namun beliau tahu saya mempunyai blog. Saya tidak pernah menceritakan sendiri. Tapi dalam dunia ini, dinding pun bercakap, dan boleh menyampai.
"How delicate, how subtle, there is nothing cannot be spied." Kata Sun Tzu.
Selamat Hari Ibu juga kepada isteri saya. Juga seluruh wanita yang bergelar ibu di dunia ini.
Semalam saya meladeni mak saya untuk shopping di KLCC. Kemudian kami dinner di Chilli's. Kembali ke rumah, tepat pukul 9, saya menonton 'Game of Thrones' musim kedua. Makin menarik. Makin banyak intriguenya.
Pada hari Jumaat, UMNO menyambut ulangtahun ke 66nya(atau 24?). Dikatakan seramai 100 ribu berhimpun memakai baju merah di Stadium Bukit Jallil. Membaca tweet rakan-rakan dan pembangkang selepas itu, mereka berkeyakinan bahawa PRU ke 13 sangat hampir.
Malah ada yang percaya PM akan mengumumkan pembubaran parlimen pada 14 atau 15 haribulan Mei ini. Saya dengar PM akan ke Australia, England dan Amerika selama tiga minggu. Saya tidak rasa ada sebarang pengumuman tentang pembubaran parlimen dalam minggu ini.
Mungkin hanya 'isapan jempul'. Nobisha meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada suku ke empat tahun ini. Ada yang meramalkan pada September.
Apa-apapun, samada bulan 6 atau bulan 9, (6 or 9, hrm mungkin numerologist suka ni), yang pasti : "WINTER IS COMING."
Bersedialah.
2 comments:
sebaik baik insan ialah yg berbuat baik dan tidak menyakiti hati ibunya.
simboleknya anak anak anda akan mentaati isteri anda sbg ibu mereka.tak perlu tunggu akhirat utk nampak balasannya.
Saya juga terjatuh cinta dengan GOT Siri TV. (bukunya belum baca sebab peruntukkan kureng kena tunggu cukup bulan - nak kena beli buku no 1 dulu) Tak sabar nak tunggu epsiode seterusnya .
Tema ibu jugak banyak dalam GOT ini seperti Cersei dari Rumah Lannister mendidik anaknya Joffrey Baratheon (ikut bapa Robert guna Rumah Baratheon). Didikan untuk menjadi Raja yang keras dan tegas malahan zalim. Susah jadi Raja ni. Kadang-kadang perlu Keras tegas dan zalim.
Kalau tidak pun seperti kasih ibu yang boleh menjerat diri Catelyn Stark. (tapi sifat keibuan hilang bila berdepan dengan anak haram suaminya Eddard Stark - yakni Jon Snow) ( oh women.... !!!)
Walau apapun ungkapan tentang ibu yang paling menarik bagi saya ialah dalam Musim kedua Episod 4 apabila pertembungan dan perundingan antara Stannis Baratheon (abang) dan Renly Baratheon (adik). Rundingan siapa berhak untuk menunut takhta 7 Kerajaan (selepas kematian Robert Baratheon)
"For the sake of mother who bore us... " (demi ibu yang melahirkan kita)
(akhirnya Renly terbunuh oleh pembunuh supernatural dan Stannis bergerak ke King's Landing untuk merebut takhta 7 Kerajaan. Kalau kita perasan yang punya angkara itu ialah ahli sihir Melisandre yang merupakan orang LUAR atau PENDATANG dan bawa AGAMA baru (CARA HIDUP BARU)kepada Stannis. Sorang yang membisik-bisik dan membawa pecah belah)
sigh bila la UMNO dan PAS hendak berunding di antara dua adik beradik ni. Tak perasaan ke ada yang terkorban nanti jika berdegil. Penyatuan dan perlu beralah kadang-kadang tidak ada salahnya. Buanglah ego demi IBU pertiwi kita.
Siri TV ini saya cadangkan kepada semua orang yang berumur 13 tahun ke atas bersama penjaga jika perlu. (version yang sudah di censored). Untuk yang mahu memahirkan diri dalam bahasa inggeris dalam ungkap-ungkapan, gaya pertuturan, madah-madah juga baik. Juga cara sebutan yang sedap di dengar.( sekurang-kurangnya lebih baik dari style sebutan Nyonya Biadap dan Wartawan Mat salleh tu - Git-out of thiz CUNTry - Git out of thiz CUNTry)
Juga dicadangkan kepada Makcik-makcik yang suka Sinetron Indonesia dan remaja yang suka Maharaja Lawak. (sikit-sikit melawak itu ok tapi genre-genra lain kita perlu tenguk jugak)
Post a Comment