Followers

Thursday, May 31, 2012

Rakyat Berjiwa Raja.

Walaupun Malaysia negara Raja Berperlembagaan namun saya tahu bukan semua rakyat Malaysia menyukai sistem beraja. Tanpa mengira bangsa, ada dikalangan kita melihat institusi ini sebagai relic dari masa silam. Namun kita semua di dalam negara Malaysia, dibawah naungan Perlembagaan.

Terbaru apabila Sultan Johor berjaya membida plate no WWW 1 dengan bidaan sebanyak RM 520,000, seperti biasa ramai memberi pendapat mereka. Bagi saya senang saja, samada baginda seorang raja atau hanya tycoon biasa, selagi tidak menggunakan duit rakyat, itu bukan urusan kita.

Namun ada golongan dari kalangan ahli politik tanpa segan silu mengkritik Sultan Johor. Nizar Jamaludian mempersoalkan duit sebanyak RM 520 ribu itu boleh digunakan membantu rakyat di Johor dari membida sebuah plate. Lihat twitternya di bawah

rm520k bolih dibelanjakan membantu rakyat melayu johor yg masih ramai miskin serta memerlukan bantuan utk kprluan hidup,bina 20 rumah pprt!
Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bolih tidak trlibat dlm pembidaan no plate kenderaan,yg brkmungkinan berunsur spekulatif?
JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money. So before You Open your mouth. Do your research.

Sultan Johor menderma elaun YDPA dan Sultan kepada Yayasan.


Habis kisah seorang Sultan. Bagaimana rakyat jelata yang mabuk kuasa macam Nizar apabila menjadi berkuasa? Sebaik menjadi MB, Nizar terus meluluskan pembelian 16 buah Camry untuk MB dan exco-exconya. Semuanya bernilai lebih kurang RM 2.3 juta.

Nizar tidak mengikuti konvensyen negeri-negeri BN lain yang menggunakan Perdana sahaja.

Tidak cukup dengan itu, Nizar membida no plate AGS 10, AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.

Wang sebanyak 2.3 juta dan pembidaan no-no plate untuk keselesaan MB dan Exco ini benar-benar dari duit rakyat, duit pembayar cukai tidak seperti duit Sultan Johor. Nizar tidak berpeluang menjadi raja jika tidak mungkin nafsu serakahnya lebih teruk dari sekadar Camry!

Dan yang terbaik adalah gambar di bawah ini:

Zuhud?

Adakah Nik Aziz menabung dari kecil untuk membeli Mercedes? Atau duit kutipan sekolah pondok di mana beliau mengajar sebelum jadi MB? Atau duit kutipan derma 'tin milo' semasa ceramah-ceramah?

Lebih menarik di bawah ini:

Tidak setaraf dengan driver?


Guna duit 'tin milo' bida no DV 1?


Nizar sangat dungu apabila beliau menjolok sarang tebuan. Dan mereka sendiri bukanlah zuhud seperti yang mereka dakwa. Tidak seperti Sultan Johor, mereka menggunakan duit pembayar cukai ie 'duit rakyat'. Dengan 2.3 juta Nizar membeli Camry, berapa buah rumah PPRT boleh di buat?

Kan elok jika Nizar hanya menyerang BN. Tapi habit PR yang suka menyerang apa saja bukan 'geng' mereka seperti PDRM, SPR, SPRM, dan akhirnya Sultan mengundang padah. Seperti kata Putera Mahkora Johor dalam twitternya: "The best business in the world is mind your own business".

Saya tidak takut dengan Raja Berperlembagaan samada mereka berjiwa rakyat atau tidak. Saya takut dengan RAKYAT seperti Nizar dan Nik Aziz yang berJIWA RAJA apabila dapat kuasa.

Nauzubillah. 

1 comment:

Anonymous said...

"Saya takut dengan RAKYAT seperti Nizar dan Nik Aziz yang berJIWA RAJA apabila dapat kuasa."

You said it Sir! These people memang jenis nampak salah kuman seberang laut kinda people. They forget that people in glass house shouldn't throw stones.

Just imagine if they are ever in power (nauzubillah) and their Minsters are as mulut celupar as their ADUNs & MPs now.. we could be entering into war with other country in no time! Eeerrr maybe not.. I forgot they only ada balls to kutuk BN,UMNO,Gomen & Sultan only.. they probably will give our country away on a silver platter just so they are well-liked by foreigners ;p

RCZ